Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Christmas Treat 2017 Kembali di Concorde Hotel Shah Alam | Bulan Disember bulan yang dinantikan pada mereka yang menyambut Hari Natal ataupun dalam erti kata yang lain Christmas. Pada bulan ini juga , sanak saudara mahupun ahli keluarga yang dekat mahupun yang jauh berkumpul bersama untuk meraikan hari yang istimewa ini terutama sekali pada Christmas Eve. Pasti masing-masing ingin menikmati hidangan bersama didalam suasana yang meriah dengan harga yang berpatutan. Well, Concorde Shah Alam tidak melepaskan peluang untuk turut menyambut Christmas Treat 2017 kembali lagi. Bukan sahaja untuk Christmas tetapi juga untuk Tahun Baru a.k.a New Year buffet ada disediakan. Apa kata jom kita usha pakej yang ada

Buffet Hi-Tea Christmas

Untuk Hari Christmas, Melting Pot Café menawarkan Hi-Tea Christmas yang mempunyai pelbagai hidangan bermula dari appetizer, menu utama, menu sampingan dan yang paling penting pencuci mulut yang bakal menyemarakkan lagi makan-makan ataupun perjumpaan diantara rakan mahupun ahli keluarga sempena Christmas Treat 2017

Jam : 12.00 tengah hari – 4.30 petang

Harga : RM 70.00 setiap orang dan WARGA EMAS mendapat diskaun 30%

Antara menu yang dihidangkan

  • Fresh Prawn Kataiff
  • Beef Medallion with Peppercorn Sauce
  • Tuna Quiche ala Funghi

  • Roasted Chicken and Turkey Bird
  • Cherry Hollandaise Cake
  • Scone with Sour Cream.

Christmas Eve Buffet Dinner

Jam : 6.00 petang hingga 9.30malam

Harga : RM120.00 setiap orang dan WARGA EMAS mendapat diskaun 30%

Pastinya hidangan yang disediakan menarik perhatian dengan hiasannya dan belum lagi rasa. Antara menu yang dihidangkan seperti

  • Traditional Pate, Avocado and Shrimps Salad
  • Roasted Beef with Honey Wasabi Mustard Dressing
  • Premium Roast Whole Turkey with Mushroom and Giblet Sauce
  • Grilled Catching Bear Salmon Fillet
  • Minced Herbs Lamb Shank with Brown Spices
  • X’mas Log Cake
  • X’mas Furits Cake
  • Ginger Bread Bell House

Delights Take Away-Festive Season

Melting Pot Café juga menawarkan Delights Take Away-Festive Season untuk memenuhi keperluan orang sibuk yang ingin menikmati keselesaan dan kemudahan rumah mereka sambil memanjakan rasa hangat yang diketahui oleh Concorde Hotel Shah Alam. Pra pesanan boleh dibuat seawal 24 jam lebih awal, dengan deposit 50% yang perlu dibayar untuk meletakkan pesanan. Antara menu yang ada

  • Christmas Pudding
  • Christmas Minced Meat Pie
  • Christmas Stollen
  • Christmas Turkey
  • Roasted Rib Eye Beef
  • Crusted Crown Rack of Lamb

Harga Delight-Festive Season Delights adalah dari RM 40.00 nett hingga RM 380.00 nett.

Macam mana so far , banyaknya menu yang menarik untuk dinikmati dan dipilih. Lebih menarik apabila dikelilingi dengan orang-orang yang tersayang sempena perayaan ini. Pada yang bukan beragama Kristian boleh turut menikmati hidangan ini kerana ianya adalah HALAL ye. So boleh makan tanpa was-was . Ingin maklumat lanjut layari

Facebook : https://www.facebook.com/concordehotelshahalam/

 

 

 



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge