Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Chicken Fiesta Di A&W Malaysia Kembali Dengan Resipi Baru |Siapa yang tidak kenal dengan restoran makanan segera A&W (Malaysia) Sdn Bhd. Yang menjadi tumpuan adalah di lokasi PJ Drive Thru berdepan dengan Hotel Armada. Tapi tahukah anda yang restoran A&W Malaysia pertama yang di buaka adalah di Batu Road, Jalan Tunku Abdul Rahman. Sederet dengan Restoran Insaf telahdibuka pada 31 Oktober 1963 . Walaupun usia menjangkau lebih dari 40 tahun tetapi restoran tetap gah dan masih lagi menerima kunjungan para tetamu terutama sekali waktu puncak seperti cuti sekolah , musim perayaan. Kenapa kerana ianya senang, cepat dan mudah!!

Ingin KP kongsikan bersama anda resipi terbaru didalam promosi Chicken Fiesta. Yeay.. Chicken Fiesta bermula dari 7 November menawarkan beberapa pakej ayam goreng bersama dengan signature drink mereka RB . Untuk peminat ayam goreng anda bolehlah ke mana-mana cawangan  A&W Malaysia untuk mencuba resipi terbaru iaitu Golden Aroma Chicken dan Spicy Aroma Chicken 

Promosi Chicken Fiesta 

Kombo A – 2 Ketul Ayam + Kentang Goreng (Biasa) + RB (Biasa) dengan harga RM15.45Kombo B – 6 Ketul Ayam + 3 RB Float (Biasa – 1 scoop aiskrim) dengan harga RM36.99

Kombo C – 9 Ketul Ayam + 4 RB Float (Biasa – 1 scoop aiskrim) dengan harga RM53.99

Mesti ada tertanya-tanya kan apa bezanya ayam goreng dari A&W Malaysia kali ini, jom KP kongsikan dari pemerhatian KP ye .

Golden Aroma Chicken – ayam goreng yang di saluti tepung yang mempunyai herba-herba istimewa (hanya A&W sahaja yang tahu). Digoreng dan di masak hingga warna seakan-akan kuning keemasan. Apabila dinikmati terutama sekali sewaktu ianya panas , isi ayamnya lembut dan rasanya enak

Spicy Aroma Chicken  – ayam goreng yang di saluti tepung yang mempunyai herba-herba istimewa (hanya A&W sahaja yang tahu). Digoreng dan di masak hingga warna seakan-akan kuning keemasan. Sebelum dihidangkan direnjis/ditaburkan rempah rempah yang pedas . Apabila dinikmati terutama sekali sewaktu ianya panas , isi ayamnya lembut dan rasanya enak terutama sekali di kulit ayam kerana mempunyai rempah yang membuatkan ayam goreng ini pedas dan crispy

Pasti tak lengkap jika tiada RB bukan jangan risau dimana ada Add-On/Ala Carte untuk promosi Chicken Fiesta. Ada aroma chicken, chicken poppers dan semestinya RB . Pilih yang mana ingin dan jangan lupa bayar tau

Chicken Poppers – ianya adalah isi ayam yang di goreng sesuai untuk anak-anak mahupun kita yang dewasa ini. chicken poppers ini boleh di makan begitu sahaja ataupun dicicah bersama sos Thai yang disediakan . Jadi tak perlu risau set Chicken Fiesta ini sesuai untuk semua didalam ahli keluarga 

A&W Limited Mug 2017

Pasti anda dah nampak ada yang berkongsi tentang A&W limited edition Mug . Ya untuk tahun ini, A&W limited edition Mug 2017 telah dimulai jual di semua cawangan dengan harga RM 49.90. Untuk pengumpul mug wajib dapatkan ia kerana stock adalah terhad. . A&W Limited Edition Mug 2017 ini bersaiz besar (20oz) didatangkan khas dari Amerika Syarikat yang merupakan pengeluar utama A&W Mug di seluruh duniaTips yang ingin dikongsikan bersama anda jika anda ingin menikmati air RB /RB Float seperti di restoran A&W senang sahaja. 

  1. Perlu beli A&W limited edition Mug 2017
  2. Sejukkan di freezer kalau boleh lebih dari 3-4jam
  3. Kemudian, keluarkan mug tuang RB yang dah disejukkan
  4. Letak ais cream vanilla jika inginkan RB Float
  5. TIPS : RB yang di beli elok dihabiskan dalam masa 2 hari agar tidak hilang rasa kemanisan pada air RB tu . 

Menaip entri ini terus perut rasa lapar dan fikiran terus melayang pada RB Float, so apa lagi anda semua jom lah singgah di mana-mana cawangan A&W Malaysia. Rasa sendiri baru tahu sedap ke tak kan . Jangan lupa join contest #chickenfiestavideochallenge mana tahu anda salah seorang pemenang yang di cari. Inginkan maklumat lanjut layari

Website A&W www.anwmalaysia.com.my

Facebook A&W https://www.facebook.com/AnWMalaysiaOfficial/

Instagram A&W https://www.instagram.com/anwmalaysia/


Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge