CAT LOVERS WAJIB HADIR, OHMYMEOW! EXPO 2026 PAMERAN KUCING TERBESAR MALAYSIA!
Komuniti pencinta kucing di Malaysia bakal menikmati pengalaman lebih besar dan interaktif apabila OHMYMEOW! Expo 2026 kembali berlangsung di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC), Kuala Lumpur dari 9 hingga 12 Julai 2026.
OHMYMEOW! EXPO 2026
Diiktiraf sebagai Pameran Kucing Terbesar di Malaysia oleh The Malaysia Book of Records, acara tahunan ini dijangka menarik lebih 130,000 pengunjung serta menghimpunkan lebih 270 jenama dan pempamer yang menawarkan pelbagai produk, inovasi serta pengalaman eksklusif untuk pencinta haiwan peliharaan.

OHMYMEOW! EXPO 2026 ANGKAT BUDAYA PEMILIKAN HAIWAN PELIHARAAN BERTANGGUNGJAWAB
OHMYMEOW! Expo 2026 bukan sekadar sebuah pameran membeli-belah produk haiwan peliharaan, tetapi turut menjadi platform pendidikan untuk memperkukuh kesedaran mengenai Responsible Pet Ownership atau pemilikan haiwan peliharaan secara bertanggungjawab.

Penganjuran kali ini memberi fokus kepada:
- Penjagaan kucing secara beretika
- Kesihatan dan kebajikan haiwan
- Pemakanan berkualiti
- Pengurusan haiwan peliharaan yang lebih baik
- Sokongan komuniti pencinta haiwan
Melalui pendekatan ini, OHMYMEOW! Expo 2026 berhasrat membina komuniti yang lebih prihatin terhadap keperluan dan kesejahteraan haiwan peliharaan di Malaysia.
LEBIH 270 JENAMA SERTAI SYURGA MEMBELI-BELAH PENCINTA KUCING
Dengan penyertaan lebih 270 jenama, pengunjung berpeluang mendapatkan pelbagai produk haiwan peliharaan pada harga istimewa sepanjang empat hari ekspo berlangsung.

PELBAGAI PRODUK PREMIUM UNTUK KEPERLUAN SETIAP PEMILIK KUCING
Antara kategori yang bakal ditampilkan termasuk:
- Makanan kucing premium
- Snek dan makanan tambahan
- Produk penjagaan serta dandanan
- Aksesori dan permainan
- Produk kesihatan haiwan
- Keperluan pembiak baka profesional
OHMYMEOW! Expo 2026 juga menawarkan jualan eksklusif, promosi kilat dan pakej istimewa yang menjadikannya antara acara membeli-belah produk haiwan peliharaan paling dinantikan tahun ini.
JAECOO J5 EV : VERSI MESRA HAIWAN BUAT PENAMPILAN PERTAMA DI MALAYSIA
Antara tarikan utama OHMYMEOW! Expo 2026 ialah kemunculan pertama kepada umum JAECOO J5 EV versi mesra haiwan peliharaan.

PENGALAMAN MOBILITI MODEN UNTUK PEMILIK HAIWAN PELIHARAAN
Pengunjung berpeluang melihat sendiri inovasi kenderaan elektrik yang direka mengambil kira keperluan gaya hidup pemilik haiwan peliharaan masa kini. Selain melihat teknologi terkini kenderaan EV tersebut, pengunjung turut berpeluang mendaftarkan minat secara terus di lokasi ekspo.
LEVOIT VITAL PET PRO SMART AIR PURIFIER DILANCAR DENGAN TAWARAN EKSKLUSIF
Satu lagi tarikan istimewa ialah pelancaran rasmi Levoit Vital Pet Pro Smart Air Purifier, sebuah teknologi rumah pintar yang direka khas untuk membantu pemilik haiwan menangani masalah seperti:

RUMAH LEBIH BERSIH DENGAN TEKNOLOGI PENAPISAN PINTAR
- Bulu haiwan peliharaan
- Bau kurang menyenangkan
- Habuk dan alergen
- Kualiti udara dalaman
Sebagai sebahagian daripada pelancaran, pengunjung OHMYMEOW! Expo 2026 boleh menikmati diskaun eksklusif 12% sepanjang acara berlangsung.
DATUK CHEF WAN SERTAI KEMPEN KEBAJIKAN HAIWAN OHMYMEOW! EXPO 2026
Selain aspek komersial, OHMYMEOW! Expo 2026 turut memberi penekanan terhadap tanggungjawab sosial menerusi kempen Responsible Pet Ownership.

MEMBINA MASYARAKAT LEBIH PENYAYANG TERHADAP HAIWAN
Legenda kulinari negara, Datuk Chef Wan, turut menyertai kempen ini bagi menyampaikan mesej mengenai kepentinganMenyayangi haiwan, Memberi penjagaan yang sempurna dan Mengamalkan pemilikan haiwan secara bertanggungjawab. Program kebajikan dan aktiviti pengambilan anak angkat turut menjadi sebahagian daripada usaha memperkukuh kesejahteraan haiwan di Malaysia.
LOKASI, TARIKH DAN WAKTU
📍 Lokasi: Mid Valley Exhibition Centre (MVEC), Kuala Lumpur
📅 Tarikh: 9 – 12 Julai 2026
⏰ Masa: 11.00 pagi – 10.00 malam setiap hari
🎟️ Kemasukan: Percuma
OHMYMEOW! EXPO 2026 JADI DESTINASI WAJIB PENCINTA KUCING
Dengan gabungan inovasi teknologi, tawaran membeli-belah, pendidikan penjagaan haiwan serta aktiviti komuniti, OHMYMEOW! Expo 2026 dijangka menjadi antara acara haiwan peliharaan terbesar dan paling dinanti-nantikan di Malaysia.

Bukan sekadar tempat untuk mendapatkan produk terbaik untuk si bulus kesayangan, ekspo ini turut menjadi ruang pertemuan komuniti pencinta kucing yang berkongsi minat sama dalam membina budaya penjagaan haiwan yang lebih baik.
Dianjurkan oleh Truffles And Lemons Expo Sdn. Bhd., OHMYMEOW! Expo 2026 meneruskan misinya untuk memperkasa komuniti pencinta haiwan serta meningkatkan standard penjagaan haiwan peliharaan di Malaysia.
