BUNGA BUNGA CINTA MISHA OMAR BANTU KUTIP DANA, THE BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Anda peminat Misha Omar? Ingin berhibur sambil beramal? Ini berita baik.
BUNGA BUNGA CINTA MISHA OMAR
The H Entertainments Sdn. Bhd. bakal melancarkan program amal makan malam. “Bunga-Bunga Cinta Misha Omar, Charity & Fundraising Gala Dinner” bakal diadakan pada 19 Februari 2022 di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.
KONSEP BLACK TIE
Program amal yang berkonsepkan Black Tie ini dilaksanakan dengan sasaran utama yang menghadiri merupakan kalangan syarikat korporat.
Penampilan istimewa Misha Omar pada makan malam tersebut akan memeriahkan lagi suasana dan melunaskan kerinduan peminat-peminat mendengar suara bertenaganya.
ARTIS UNDANGAN
Malam tersebut diserikan juga dengan kemunculan artis undangan dari Akademi Fantasia iaitu Dafi dan Zarol Zarif untuk persembahan yang berdurasi dua jam untuk ketiga- tiga penyanyi tersebut.
OBJEKTIF MALAM AMAL
Tujuan utama program amal ini ialah untuk The H mengutip dana bagi membuat sumbangan kepada beberapa Yayasan Kebajikan yang memerlukan dana bagi meneruskan program-program kebajikan.
Antaranya untuk membolehkan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik, kebajikan anak-anak yatim, bantuan kemasyarakatan dan juga modal insan.
Sumbangan dan dana akan disalurkan kepada Persatuan Kebajikan Semerah Padi. Juga turut diberikan kepada pihak Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA) dengan bantuan presidennya, Datuk Malek Ridzuan. Bakal diagihkan kepada anak-anak seni yang memerlukan.
BANJIR & COVID 19
Selain itu, ekoran banjir yang melanda beberapa kawasan di Malaysia, pihak The H Entertainments juga berhasrat untuk menghulurkan bantuan daripada dana dan sumbangan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.
“The H Entertainments merupakan sebuah syarikat berpengalaman menjalankan acara-acara korporat, kerajaan sebelum pandemik covid 19 melanda dunia.
Alhamdulillah selepas dua tahun keadaan pandemik Covid 19 beransur pulih dengan sokongan kerajaan. The H berhasrat untuk kembali aktif menganjurkan semula program-program korporat dan program seni
Ini bagi memulihkan kembali industri seni hiburan tanah air yang sangat teruk terjejas. Pada kali ini selepas dua tahun negara dilanda pandemik,
The H Entertainments berhasrat untuk kembali mengadakan pelbagai program-program amal, hiburan untuk merancakkan kembali industri seni, “
-ujar Encik Arman Muhammad Mustafa selaku Pengarah Urusan Syarikat The H Entertainments.
THE H ENTERTAINMENTS
The H Entertainments mengharapkan syarikat korporat dapat menyumbang dan mengambil bahagian dalam membantu industi seni tanah air. Membantu dengan membeli meja di makan malam gala kelak.
Harga tiket boleh dibeli meja secara individu, boleh menghubungi Encik Burhan di 011 5117 2144, dan Whatsapp di 019 2500 388.
Jualan meja dan kerusi untuk majlis makan amal ini juga terbuka kepada semua individu dan peminat Misha Omar , Dafi serta Zarul Zarif . Dengan itu juga, hotel bakal menyajikan hidangan-hidangan yang menarik.
The H Entertainments akan meneruskan lagi menganjurkan konsert berkonsepkan amal pada masa yang akan datang. Bertujuan mengumpul dana bagi membantu golongan yang memerlukan.
Disamping memberi sumbangan kepada golongan asnaf, b40 dan orang kelainan upaya (OKU) untuk sama-sama meringankan beban mereka.