BUKAN LELAKI TERHEBAT DI SLOT SAMARINDA, BEST KE? | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bakal ditayangkan di TV3 menerusi slot Samarinda mulai 26 Januari 2023.

Setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam. Anda turut boleh strim di iQIYI 1 jam selepas siaran TV.

BUKAN LELAKI TERHEBAT

Drama bersiri 15 episod terbitan Orangetree Production Sdn Bhd ini merupakan kisah yang diadaptasikan daripada novel Bukan Lelaki Terhebat karya Dilla Ahmad.

Diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan penghasilan skrip oleh Zarihah Hassan. Drama ini menampilkan barisan pelakon yang hebat.

BUKAN LELAKI TERHEBAT

Antaranya Adam Lee, Sweet Qismina, Halim Radzi,  Harissa Adlynn, Ameerul Asyraf, Zarina Zainuddin, Omar Abdullah dan ramai lagi. 

BUKAN LELAKI TERHEBAT

SINOPSIS

Sesebuah pertemuan itu tercipta tanpa ada yang meminta. Begitu juga dengan takdir Jaden Haqeef yang telah ditemukan dengan Seri Dhia di kebun getah milik atuknya, Pak Samad.

Kehidupan Jaden berubah setelah mengenali keluarga Pak Samad kerana ia amat berbeza dengan kisah hidup lalunya. Adakah Jaden dapat mempertahankan kehidupan baharunya?

Jaden (Adam Lee) merupakan seorang anak yatim piatu dan bekerja sebagai pengawal peribadi Datuk Samsul Azri.

BUKAN LELAKI TERHEBAT
BUKAN LELAKI TERHEBAT

Suatu hari, Jaden telah diserbu oleh Datuk Samsul Azri kerana Jaden didakwa menjalin hubungan dengan perempuan simpanan beliau iaitu Ariana (Anies Hann).

Jaden dibelasah teruk sehingga cedera parah lalu dicampak ke kebun getah milik Pak Samad (Omar Abdullah).

MULAI JATUH CINTA DENGAN …

Sejak kejadian itu, kehidupan Jaden di kampung telah ditampung oleh Pak Samad dan Seri Dhia (Sweet Qismina) termasuk makan minumnya. Jaden akhirnya jatuh cinta dengan Seri Dhia.

Pertunangan Seri Dhia dan Dr. Iqram terbatal apabila Puan Zalina, ibu kepada Dr. Iqram telah menuduh Seri Dhia ada hubungan cinta dengan Jaden.

BUKAN LELAKI TERHEBAT

Seri Dhia kesal dengan perbuatan Dr. Iqram yang menelan pertuduhan itu bulat-bulat.

Setelah empat bulan Jaden dan Seri Dhia berkenalan, mereka meluahkan perasaan cinta mereka terhadap satu sama lain dengan hati yang terbuka.

KEADAAN MAKIN RUMIT

Dalam kemanisan pasti ada terselit kepahitan, keadaan menjadi semakin rumit apabila fitnah antara Seri Dhia dan Jaden tersebar seluruh kampung walaupun Jaden telah berpindah di Homestay Pak Samad.

Dapatkah Jaden dan Seri Dhia pertahankan cinta mereka saat diuji? Berjayakan Jaden menjadi lelaki terhebat buat Seri Dhia?

BUKAN LELAKI TERHEBAT

Strim di perkhidmatan penstriman iQIYI 1 jam selepas siaran TV. I

a juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui

Website IQIYI|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge