Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Buffet Ramadan 2017 ; Berbuka Puasa di Restoran Lemongrass, WP Hotel KL
Jika KP kongsikan lokasi untuk berbuka puasa yang berdekatan dengan tempat anda ingin membeli-belah seperti SOGO mahupun Jalan Tunku Abdul Rahman ( Jalan TAR) nak tak ? Gerenti harga berpatutan yang paling penting hidangan yang ditawarkan sedap dan lain dari buffet Ramadan 2017 yang ada !!!
WP Hotel Kuala Lumpur
Ianya berlokasi di Jalan TAR dimana lokasi Cycle & Carriage dahulu (di corner lot). Hotel ini mendapat 4 star rating dan mempunyai sebanyak 153 bilik dan juga suite. Sesuai untuk di diami sendirian atau urusan bisnes mahupun bersama kumpulan /keluarga atas urusan hiburan ataupun membeli-belah
Sebut membeli -belah WP Hotel berdekatan dengan kawasan membeli-belah yang bakal meriah apabila tibanya bulan Ramadan nanti seperti SOGO, Jalan TAR, Campbell dan juga Maju Junction dimana jalan kaki sahaja kurang dari 5-10 minit . Untuk mengelakkan kesesakan lalu-lintas anda boleh sahaja menaiki Monorail. Nampak tak senang dan mudahnya jika anda menginap di sini
Restoran Lemongrass WP Hotel
Restoran Lemongrass ini terletak di tingkat 1 dimana masakan untuk Buffet Ramadan bakal di masak dan disajikan oleh Chef Badrul bermula dari 27 Mei 2017 hingga 23 Jun 2017. Pelbagai hidangan yang ditawarkan dari masakan utara, tengah, selatan jua timur.
Luas kan restoran ini????
KP suka dengan dekorasi meja di restoran Lemongrass ini
Antara hidangan yang sempat KP mencuba sewaktu berbuka puasa di WP Hotel Kuala Lumpur
Ulam raja
Ulam-ulaman yang lain seperti jantung, nenas, timun, tomato, kobis, daun salad dan lain-lain lagi
Kerabu daging
Kerabu cendawan
Pastinya hidangan utama menarik perhatian untuk dicuba kerana hidangannya agak berlainan dengan buffet Ramadan 2017 yang KP hadiri. Antara hidangan utama adalah
Memberikan kelainan kuah atau sos ayam percik
Udang segar dan manis
menjadi antara tarikan dan sanggup tambah 2-3 kali ye. Lagi lemak lagi sedap kata chef
Kuahnya yang pekat dan isi dari kepala ikan ,makan bersama nasi panas mahupun di cicah bersama roti pasti terasa kenikmatannya
Pertama kali mencuba ok juga
Masak lemak rebung pun ada
Kambing golek yang dihidangkan disini yang ditunggu para pengunjung.
Warung laksa.. layan semangkuk
Pasembur biasa atau dengan mee sekali Pilihan KP pastinya mee passembur bersama kuah kacang
Nama bulan puasa menandakan Syawal makin tiba jadi menu wajib ada juga disini
Satay ayam atau satay daging pilih yang mana nak ye
Buat anda yang inginkan kuih-kuih untuk berbuka dahulu ada saja di sini .
tepung gomak (bawah) kalau tak silap
Pilihan untuk anak-anak pun ada
Pulut panggang
Aneka kuih- kuih tradisional . kuih lapis , kuih jagung
Kuih lopes dimakan bersama air gula
ada lagi kueh melayu ye.. pelbagai pilihan
kek di WP hotel
Kurma sunnah nabi untuk berbuka puasa
kuih keria
Bubur kacang untuk manisanAsyik dok menikmati hidangan ajer , pastinya tekak kering dan haus bukan ?? Nak minum minuman panas ada
Nak aiskrim pun ada dengan ais kacang sekali
ataupun nak air sejuk pun ada
Harga Buffet Ramadan
KP syorkan anda membuat reservartion terlebih dahulu sebelum datang ke sini agar anda tidak hampa nanti takut penuh. Ini kerana lokasinya yang berdekatan dengan hub Kuala Lumpur
Dari 27 Mei – 10 Jun 2017 –
Dari 11 Jun – 23 Jun 2017 –