BRïK 3 TAHUN! PATTERN PLAY LEBIH DUN & FRESH, BEST!

BRïK 3 Tahun, Lebih 100,000 Beg Terjual — Kini Hadir Dengan Pattern Play

BRïK 3 TAHUN

Tiga tahun, lebih 100,000 beg terjual dan kini BRïK tampil dengan koleksi yang lebih berani. Kalau anda memang peminat beg dengan warna dan design yang fun, nama BRïK mungkin sudah tidak asing lagi.

PATTERN PLAY

Sempena ulang tahun ke-3, jenama tempatan yang diasaskan oleh dua beradik Sabrina dan Syakira Ridzal ini kembali dengan koleksi terbaru mereka, Pattern Play.

Dan kali ini, BRïK nampaknya mahu bermain lebih jauh.

BUKAN SEKADAR MAIN WARNA

Kalau sebelum ini BRïK cukup dikenali dengan warna-warna terang dan design yang playful, Pattern Play membawa sesuatu yang sedikit berbeza. Koleksi ini mula bermain dengan corak, tekstur, material dan kombinasi warna yang lebih berani.

36 HELAIAN

Antara corak yang mencuri perhatian termasuk polka dot dan stripes, sambil mengekalkan identiti BRïK yang memang terkenal dengan gaya ceria dan mudah dipadankan.

Keseluruhannya, Pattern Play menampilkan 36 helaian, termasuk tiga rekaan beg baharu iaitu Posie, Pixie dan Sundae.

Ada juga aksesori seperti Sundae Card Holder dan Colourblock Compact Pal untuk mereka yang nak bawa sedikit elemen Pattern Play dalam gaya harian.

BRïK LEBIH 100,000 BEG

Tiga tahun mungkin nampak macam sekejap, tetapi perjalanan BRïK sebenarnya agak menarik.

Bermula sebagai projek minat dua beradik ketika musim pandemik, BRïK perlahan-lahan berkembang menjadi antara jenama fesyen tempatan yang mempunyai komuniti tersendiri.

Setakat ini, BRïK sudah mencatat jualan lebih 100,000 beg. Bukan kecil angka itu.

Lebih menarik, jenama ini berjaya membina identiti sendiri — colourful, practical dan ada sedikit playful touch yang membuatkan produk mereka mudah dikenali.

KINI CUBA YANG LEBIH BESAR

Pattern Play juga memperlihatkan BRïK mula bergerak lebih serius ke arah lifestyle brand.

Selain beg dan aksesori, koleksi terbaru ini turut menampilkan rangkaian pakaian Cardi Knit dengan beberapa pilihan corak seperti Polka Dots, Script, Stripes dan Pin.

Jadi, bukan sekadar beg yang boleh mencuri perhatian — kali ini outfit pun boleh masuk sekali dalam dunia BRïK.

DUA BERADIK, DUA GAYA

Salah satu perkara menarik tentang BRïK ialah identitinya datang daripada dua beradik dengan citarasa yang berbeza.

Syakira lebih dekat dengan warna neutral, manakala Sabrina pula lebih berani bermain dengan warna dan gaya funky Daripada perbezaan itu, lahir pula satu jenama yang tidak terlalu terikat kepada satu gaya sahaja.

Sebab itu BRïK boleh nampak minimal pada satu masa, tetapi playful dan colourful pada masa yang lain.

SINGGAH APW BANGSAR LIHAT SENDIRI?

Sempena ulang tahun ketiga, BRïK turut mengadakan pop-up di APW Bangsar dari 28 September hingga 11 Oktober 2026, setiap hari dari 12 tengah hari hingga 8 malam.

Kalau sebelum ini hanya tengok beg BRïK melalui Instagram atau online, pop-up ini memberi peluang untuk tengok sendiri warna, material dan design koleksi terbaru mereka.

Dan siapa tahu… Mungkin lepas tengok depan mata, satu beg terus masuk wishlist. 😉

THREE YEARS DOWN, MORE TO COME

Daripada projek kecil dua beradik kepada lebih 100,000 beg terjual, perjalanan BRïK dalam tempoh tiga tahun memang cukup menarik.

Dan menerusi Pattern Play, nampaknya BRïK tidak mahu sekadar mengulangi apa yang sudah berjaya.

Mereka mahu bermain dengan sesuatu yang baru — lebih banyak corak, lebih banyak tekstur, lebih banyak warna dan lebih banyak ruang untuk bereksperimen.

Happy 3rd Anniversary, BRïK! Kalau koleksi sebelum ini colourful, Pattern Play nampaknya membawa BRïK ke tahap yang lebih fresh dan fun.