Botaneco Garden Baby Produk Terbaru di Guardian

Botaneco Garden Baby Produk Terbaru di Guardian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Botaneco Garden Baby Produk Tambahan Untuk Penjagaan Kulit & Rambut di Guardian. Pastinya semua tahu akan jenama farmasi Guardian, juga peruncit barangan kesihatan dan kecantikan terbesar Malaysia. Kali ini memperkenalkan rangkaian produk Botaneco Garden Baby bagi memperluaskan rangkaian Botaneco Garden – produk-produk yang menggunakan kandungan dari sumber alam semula jadi, demi perlindungan yang terbaik untuk si kecil.

Botaneco Garden Baby

Setiap rangkaian produk Botaneco Garden Baby menggunakan bahan-bahan terpilih seperti Estrak Kamomil organik serta Oatmeal Kolodial organik dan juga minyak zaitun yang disahkan eko atau “eco-certified” yang sesuai untuk kulit bayi. Rangkaian produk ini mengandungi beberapa kandungan organik dan telah diuji dan terbukti dari segi dermatologi. Formulasi produk Botaneco Garden Baby juga bebas daripada ‘parabens’, silikon, SLS, SLES, pewarna, lanolin dan DEA, justeru memberi ketenangan minda kepada ibu bapa kerana bayi akan mendapat layanan yang lembut dan bersih sejak hari pertama lagi.

Botaneco Garden Baby Produk Tambahan Untuk Penjagaan Kulit & Rambut di Guardian

Rangkaian Botaneco Garden Baby Organic Chamomile & Oatmeal menggunakan gabungan unik Ekstrak Kamomil organik untuk melegakan kulit serta oatmeal koloidal bagi membantu melindungi lapisan kulit. Manakala minyak zaitun yang ‘eco-certified’ pula berfungsi melembabkan kulit dan rambut. Ia merangkumi produk cucian dari rambut hingga ke hujung kaki, losyen bayi dan krim muka dan badan bayi. Keseluruhan rangkaian produk ini diformulasi dan dihasilkan di Australia.

Pengarah Jenama Korporat, Kesihatan & Kecantikan The Dairy Farm Company, Puan Segolene Defline berkata,

“Botaneco Garden Baby Chamomile & Oatmeal meneruskan standard tinggi yang telah ditetapkan oleh rangkaian produk utama Botaneco Garden. Kami ingin menggembirakan para pengguna si kecil kami agar kulit dan rambut mereka terjaga sejak awal lagi. Pada masa sama, kami menawarkan rangkaian produk penjagaan kulit yang mampu milik kepada golongan ibu bapa demi manfaat anak-anak mereka.”

Ekstrak Kamomil

Ekstrak Kamomil merupakan satu bahan popular dalam aromaterapi dan penjagaan kulit, yang juga boleh melegakan kulit.Botaneco Garden Baby Produk Tambahan Untuk Penjagaan Kulit & Rambut di Guardian Botaneco Garden Baby Produk Tambahan Untuk Penjagaan Kulit & Rambut di Guardian

Oatmeal koloidal

Oatmeal koloidal memiliki kandungan kanji dan beta-glucan yang menjadikannya bersifat pelindung kulit dan menyimpan air. Ia juga mengandungi anti-oksidan dan kewujudan saponin di dalam oat menjadikannya satu agen pembersih, pelembab, penampan, selain memberi kelegaan.Minyak zaitun padat dengan anti-oksidan seperti squalene yang terkenal dengan manfaatnya untuk membantu melindungi dan melembapkan kulit. Kandungan perapi dalam minyak zaitun membantu melembabkan kulit kepala serta kulit.Botaneco Garden Baby Produk Tambahan Untuk Penjagaan Kulit & Rambut di Guardian Botaneco Garden Baby Produk Tambahan Untuk Penjagaan Kulit & Rambut di Guardian

 

Harga

Ia boleh didapati secara eksklusif di cawangan Guardian di seluruh negara ataupun di website. Harga bermula daripada RM22.90 hingga RM31.90. Untuk maklumat lanjut layari

Botaneco Garden Baby Produk Tambahan Untuk Penjagaan Kulit & Rambut di Guardian Botaneco Garden Baby Produk Tambahan Untuk Penjagaan Kulit & Rambut di Guardian

Website Guardian : https://guardian.com.my

Facebook Guardian : https://www.facebook.com/GuardianMalaysia/

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge