Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Blue Cafe Bandar Mahkota Cheras Pizza Rendang Terbaik !!!! |Buat anda yang duduk , tinggal atau berkerja di sekitar Bandar Mahkota Cheras dah pernah singgah tak kat Blue Cafe. Dengar cerita banyak menu yang ditawarkan dan antara yang menjadi pilihan rendang pizza ! Betul ke?

Sedikit informasi tentang Blue Cafe 

Ianya terletak di  No. 7, 7-1, 7-2, Jalan Temenggung 25/ 9,  Bandar Mahkota Cheras, Seksyen 9,  43200 Cheras, Selangor. Beroperasi Selasa – Ahad dari jam 12 tengahari hingga jam 10 malam dan cuti pada hari Isnin. Bukan setakat makan -makan sahaja, dimana di ruang aras atas anda boleh membuat reunion atau majlis keramaian di mana boleh memuatkan dalam 20-30 pax pada satu masa. Ada sofa untuk melepaskan penat selepas seharian berkerja dan meja makan ala Jepun pun ada.

Tel : 03-9011 3891

Hidangan yang di hidangkan di sini bukan sahaja western food, Asian food dan ada juga fusion food . Seperti tajuk pizza rendang. Hahaha.. bila di sini mulalah tak tahu nak order yang mana sebab dari gambaran menu dan isi-isinya nampak menarik dan sedap.

Kite mulakan dengan minuman dahulu ye. Pelbagai jenis minuman disediakan di sini tinggal order ajer. Antaranya Sirap Bandung, Ice Lemon Tea, Iced Caramel Latte, Peach Mojito, Ribena Lemon, Blue Lagoon, Strawberry Soda, Rosy Special, Strawberry Latte, Rosy Latte dan lain lain lagi . Yang KP rasa diantaranya

Sirap Bandung

Ice Lemon Tea

Strawberry Latte

Minuman kite dah check it out so kali nie KP bawa anda melihat antara hidangan yang ada di sini. Seafood antara menu yang selalu di order dan mendapat recommendation dari Chef di sini . So jom layan apa yang sempat KP rakamkan untuk di kongsi bersama

Seafood Platter –

Sesuai untuk makan berdua. Dari platter nie sendiri nampak meriah dimana ada pelbagai dan keunikannya adalah disertakan sekali indomie, spaghetti vongole, fillet ikan, udang , sotong

Mixed Grilled Platter

Udang, fillet ikan dan ayam di grill . Dihidangkan bersama mashed potato dan sos black pepper.

Fish & Chips.

Chips yang digunakan adalah wedges terletak di bawah fillet ikan fish

Grilled Chicken Chop

Cheese Chicken Chop

Antara yang menjadi hidangan kegemaran. Makan ketika panas memang WIN sebab bila makan cheese tuk meleleh.

Spaghetti Vongole

Rendang Chicken Pizza

Pizza yang ini memang WIN bagi KP dan rekomenkan untuk di cuba. Wajib di makan ketika panas sewaktu di hidangkan. Cukup dengan rempah rasa lazat dan paling penting terasa ke- rendang- an diatas pizza

Smoked Duck Pizza

Lamb Chop

Oblong Beef Burger

Minuman sudah, makanan dari main course pun sudah dimana sesuai untuk anda yang dewasa ataupun anak-anak. Sebagai penutup jom layan pencuci mulut atau dessert bak kata orang mat salleh

Tiramisu

Brownies

Makan di sini bersama mereka yang tersayang dan juga rakan- rakan tidak akan perasan akan masa yang berlalu. Boleh pilih nak duduk menikmati hidangan di aras bawah ataupun aras atas. Selain dari itu harga berpatutan dengan menu yang di tawarkan . Sedap pun ya juga sesuai untuk semua usia. Kalau tak percaya jom lepak dan datang di sini . Sure tak rugi .. Nak tahu lagi hidangan atau promosi yang ada , click ajer di

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge