Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bilo Nogori Jupo Kelate di Slot Iris TV3 Mulai 26 Disember 2017 |Bermula pada 26 Disember ini, para penonton akan disajikan dengan drama baharu iaitu Iris: Bilo Nogori Jupo Kelate. Drama yang pasti mencuit hati para penonton dimana ianya bakal bermula 26 Disember ini ditayangkan setiap hari dari Isnin hingga Khamis jam 630 oetang. Produsi dari Suhan Movies & Trading Sdn Bhd dengan arahan oleh pengarah Amor Rizan. Para pelakon yang digandingkan juga tidak kurang hebatnya iaitu Nazrief Nazri, Mia Ahmad, Hanna Aqeela , Tisha Shamsir, Didie Alias, Kuna dan Mat Over. Pastinya kecoh lelagi dengan gabungan 3 artis senior iaitu Didie Alias, Kuna jua Mat Over
Sinopsis Bilo Nogori Jupo Kelate
Adat dan budaya merupakan identiti sesebuah masyarakat. Pastinya setiap masyarakat mempunyai adat resam serta gaya kehidupan yang mereka banggakan. Namun bagaimanakah keadaan jika dua pasangan yang berasal dari negeri berbeza yang begitu kuat memegang tradisi masing-masing diikatkan dalam pertalian yang sah? Noah (Nazrief Nazri) dan Safiya (Mia Ahmad), baru sahaja berpisah dengan pasangan masing-masing, membuat keputusan untuk berkahwin selepas berkenalan hanya dalam tempoh enam bulan. Konflik mereka bermula apabila tiba masanya untuk bertemu dengan keluarga masing-masing yang mempunyai banyak perbezaan.
Dapatkah keluarga Noah yang berasal dari Negeri Sembilan bersatu dengan Safiya yang berasal dari negeri Kelantan, pastinya mengamalkan adat resam yang berbeza daripada mereka?
Tak sabar nak menonton drama komedi yang penuh dengan lawak ketawa bersama mereka. Pastinya riuh sebab Bilo Nogori Jupo Kelate , adakah seperti ayam dan itik ataupun ayam sama ayam faham apa yang dikatakan
Saksikan drama baharu ini ketika mengira turun waktu di ambang tahun baharu 2018 bersama seluruh ahli keluarga. Untuk keterangan lanjut, sila layari
Website TV3 (www.tv3.com.my) atau laman media sosial rasmi TV3 di Facebook dan Instagram, @TV3Malaysia serta laman Instagram rasmi drama TV3, @dramasangat. Saksikan juga siaran ulangan drama ini di portal video nombor satu Malaysia, tonton di www.tonton.com.my.