BEAT MAKING CHALLENGE DENGAN LAGU VETO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

BEAT MAKING CHALLENGE DENGAN LAGU VETO | VETO? Kalau anda peminat setia hip hop pasti anda sudah ketahui akan keluaran lagu bertajuk VETO!

BEAT MAKING CHALLENGE

Di kala dunia dilanda pandemik, keselamatanlah yang paling penting untuk kita semua. Oleh sebab itulah DJCZA, TUJULOCA dan MK, barisan hadapan jagoan hip hop masa bersatu hati . Kini telah bersetuju untuk melancarkan “VETO”, keluaran Def Jam Recordings Malaysia.

Karya hebat ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat muzik hip hop terutama sekali pendengar tegar muzik underground. Ada dalam kalangan mereka yang menunjukkan bakat terpendam dengan memuatnaik versi ‘fresstyle’ mereka sendiri di laman media sosial masing-masing.

Penyertaan ‘beat making challenge’ bagi rilisan ini juga mencecah hamper 50 peserta. Di mana pemenang berpeluang memenangi t-shirt ekslusif Budak Baek, Kardinal ‘starter kit’ dan juga sejumlah wang tunai bernilai sehingga RM1000.

APA MAKSUD VETO?

Mereka memberitahu bahawa: Setiap seorang daripada mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan untuk berada di tahap yang mereka kecapi sekarang. Dan satu perkara yang membezakan perjuangan mereka adalah semangat kental yang menghalang mereka dari berputus asa.

Saat ditanya apa erti “VETO” pada mereka, mereka semua sepakat mengatakan ia membawa erti ‘kuasa”.

LAGU UNSUR MOTIVASI ATAU SEMANGAT?

Jika fokus untuk mencapai tujuan dan matlamat, sesukar mana pun cabarannya, kita akan berjaya. Seperti yang dijelaskan DJ CZA, “VETO adalah lagu berunsur motivasi, dan rimanya membangkitkan semangat. Ia seolah-olah menciptakan sesuatu daripada kosong dengan cara berfikiran positif dan tidak menoleh ke belakang”. Semangat kental ini ketara dalam lagu ini sehinggalah irama muziknya.

Menurut TUJU, “VETO” diilhamkan dari lagu “Dior” oleh bekas bintang hip-hop Pop Smoke. Sebab itu anda akan mendengar gaya dan lenggok dari ‘Brooklyn drill’ dalam “VETO”. Sulaman bass dan perkusi yang digabung dengan baik digarap dengan perisa Asia Tenggara menjadikannya satu karya penuh jiwa yang hebat dengan bunyi yang luar biasa.

PKP LANJUT MASIH ADA HARAPAN ?

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan berterusan, “VETO” adalah satu peringatan bahawa harapan masih ada. Wakil-wakil K-Clique MK dan TUJU memberikan persembahan terbaik dengan sedikit sentuhan nada gospel, sementara LOCA B menyelitkan secebis keindahan dalam kuasa persembahannya.

Korusnya, “Ku memveto, veto / Pusing bulatan metro / Selok belok yang bahaya /Jangan tergopoh-gopoh”. Adalah satu peringatan bahawa masa depan di tangan kita. Inilah muzik yang berlanjutan seiring pergerakan badan dan jiwa dengan pelbagai pesanan.

Penulisan lirik yang mengetengahkan pengunaan kasta bahasa yang sukar difahami rata-rata pendengar juga cukup mengagumkan. Sehingga ada pengguna laman media sosial Twitter cuba mengkaji bait-bait perkataan itu mengikut kefahaman mereka sendiri.

MUZIK VIDEO

“VETO” juga diiringi video muzik arahan Shahrin Bahar, yang juga menghasilkan visual hebat lagu CIAO oleh Joe Flizzow. Dengan tetapan LED 360 darjah, video ini berjaya menzahirkan impak lagu ini ke dalam bentuk visual dengan penuh jaya. Seperti kehebatan audionya, seni visualnya juga canggih dan luar biasa. Ia pasti menarik perhatian dunia umum.

Hasil buah tangan pengarah berbakat itu telah berjaya meraih 300,000 tontonan selepas 3 hari ditayangkan. Malahan, ada segilintir pencipta kandungan YouTube tanah air juga merakamkan reaksi mereka memperdengarkan lagu dan menonton muzik video yang unik ini buat pertama kali.

“VETO” sudah berada semua kesemua pelantar penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music manakala vdeo muziknya boleh ditonton di saluran YouTube Def Jam Malaysia sejak 4 JUN yang lalu. Maklumat lanjut layari

Youtube

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge