Bazaar Ramadan ‘Kashless’ Berganding Dengan Touch ‘n Go eWallet

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bazaar Ramadan ‘Kashless’ Berganding Dengan Touch ‘n Go eWallet|Sesuatu kelainan untuk tahun ini dimana Touch ‘n Go eWallet berganding bahu untuk menjayakan bazaar Ramadan Kampong Bharu. Bazaar Ramadan ‘Kashless’ menerima sentuhan moden dimana eWallet Touch ‘n Go diaktifkan di setiap gerai yang menjalankan perniagaan di bazaar ini . Ini adalah semangat #RayaSempoi daripada eWallet ini

Anda sebagai pengguna tidak perlu risau andai kata anda tidak membawa sebarang duit kesini. Ya! kerana pelbagai juadah iftar yang dijual disini boleh dibayar melalui eWallet dengan mengimbas kod QR peniaga. Dah membeli pelbagai hidangan dan takut tidak sempat pulang ke rumah boleh singga di Halaman Sempoi yang terletak di Rumah Warisan.

“Kami ingin berhubung dengan komuniti melalui teknologi yang lebih inklusif secara tidak langsung membawa manfaat kepara para pengguna dan peniaga. Bazaar Ramadan ‘Kashless’ merupakan inisiatif untuk memberi inspirasi kepada orang ramai mengenai sistem eWallet sekaligus menjadikan ia satu kelaziman dalam kehidupan seharian”

-Syahrunizam Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd

Selain dari membeli juadah pelbagai aktiviti menari di bazaar diadakan seperti Ketupat Runtuh dimana jumlah pulangan wang bernilai RM1,000,000 bakal diterima apabila menggunakan eWallet. Selain itu ada juga pembelian barangan eksklusif menerusi hadiah extra sempoi dan banyak laigi. Pada anda yang ingin beramal jariah pada bulan yang mulia ini ,boleh juga membuat derma ikhlas melalui eWallet dengan mengimbas QR code yang terdapat di sekitar kwasan masjid.

Bazaar Ramadan ‘Kashless’ terletak di tengah-tengah Kampong Bharu antara kawasan yang terkenal dengan sejarahnya tersendiri. Pelbagai makanan tempatan boleh diperolehi dan para pengunjung boleh merasai sendiri suasan Ramadan disini. Informasi seperti sejarah Rumah Warisan dan Kelab Sultan Sulaiman boleh dipelajari pada masa yang sama.

#Zerofoodwastage dan #sayno2plastic

Jumlah pembaziran makanan makin meningkat 15 hingga 20 peratus, Touch ‘N Go eWallet telah memulakan program yang memastikan sebarang lebihan makanan di bazaar akan diberikan pada mereka yang memerlukan. Dengan lebihan makanan dikumpul dan dibungkus sebelum diagihkan kepada gelandangan dan golongan miskin yang memerlukan. Insiatif ini diterajui dan disokong oleh Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan kolaborasi Kechara Soup Kitchen.

Puteri Negeri Selangor bukan setakat menyokong elakkan pembaziran tetepi juga sempat singgah di bazaar ‘Kashless’ jua mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai di Masjid Jamek. Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah mengambil peluang untuk berkongsi minat dalam kempen #sayno2plastic.

“Setiap tahun kita akan lihat pelbagai jenis makanan dan plastik dibuang dimana ia menyumbang kepada jumlah sampah terkumpul yang banyak. Tahun ini saya berharap agar rakyat Malaysia dapat menerapkan rasa lebih bertanggunjawab dalam menggurangkan pembaziran makanan serta menolaj penggunaan plastik. Saya amat berharap agar lebih banyak organisasi berkerjasama dengan orang ramai untuk melindungi alam sekitar dan bebas dari plastik”

-Kata Tengku Zatashah

Digalakkan masing-masing menbawa sendiri bekas makanan dan minuman. Lagi bagus jika bawa sekali beg kitar semula ketika mengunjungi bazaar Ramadan. Bazaar Ramadan ‘Kashless’ Kampong Bharu dibuka setiap hari bermula jam 3 petang dari 6 Mei hingga 31 Mei 2019. Untuk maklumat lanjut layari

Website: www.tngd.my.rayasempoi

Facebook : www.facebook.com/touchngoewallet



1 Comment

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge