Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bath&Kids Anjur Supermarket Sweep Buat Anak Yayasan Sunbeam Home | Tahun Baru Cina bakal tiba kurang dari 5 hari dimana masing-masing pastinya sibuk dengan persiapan tidak kira dari perhiasan diri, baju mahupun rumah. Bagi anak-anak yang tidak bernasib baik bagaimanakah persiapan mereka? Pastinya mereka menanti dengan penuh sabar agar ada yang mengingati mereka di kala musim perayaan yang akan tiba. Apabila menerima jemputan untuk turut serta, secara automatik, KP terus bersetuju. Kali ini KP bersama pihak Bath&Kids akan meraikan anak-anak dari Yayasan Sunbeams Home.

Anak-anak ini diraikan didalam sebuah majlis yang agak sederhana tetapi penuh dengan gelak tawa dan bermakna. Dato’ Lance Koek, pemilik Bath & Kids, mempunyai caranya tersendiri dalam meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama anak-anak ini.

“Kami baru sahaja membuka Bath & Kids pada awal Januari lalu. Meskipun belum diperkenalkan secara rasmi, matlamat kami lebih kepada memberi keseronokan kepada kanak-kanak. Memandangkan syarikat kami adalah syarikat yang mementingkan kekeluargaan, maka kami ingin menyebarkan kasih sayang kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Sebab itu kami memilih Yayasan Sunbeams Home yang terletak di Ampang ini untuk sama-sama meraikan program CSR yang kami anjurkan.

Dalam masa sama kami ingin berkongsi ilmu mengenai kepentingan kebersihan hygin kepada mereka dan orang ramai. Kejayaan kami adalah disebabkan sokongan komuniti di sekeliling, maka kami percaya apa yang kami beri akan mendapat pembalasan baik yang setimpal.”

Untuk pengetahuan semua Dato’ Lance Koek bukan sahaja pemilik Bath&Kids tetapi juga sebagai Pengarah Urusan AmLion. Pastinya anda tahu bukan AmLion adalah di antara pengilang kepada lebih daripada 80 jenama produk penjagaan diri bagi lebih 30 negara bukan setakat dalam Malaysia sahaja. Yang penting sekali segala barangan yang dikilangkan semuanya mengikut prosedur , SOP dan HALAL untuk digunakan buat anda yang beragama Islam. Ini adalah penting untuk memastikan para pengguna/pembeli tidak ada rasa gusar atau risau apabila menggunakannya.

“Pada masa akan datang, kami bakl memperkenalkan lebih banyak tema kartun Nickelodeon yang memang tidak asing lagi bagi kanak-kanak antaranya Paw Patrol, Dora the Explorer, Teenage Mutant Ninja Turtles serta banyak lagi.”

Berbalik pada anak- anak dari Yayasan ini setibanya mereka di outlet Bath&Kids di 1 Utama, mereka telah dihiburkan dengan persembahan badut dan nyanyian dari para penganjur. Aktiviti mainan juga diadakan yang paling best apabila menari di atas surat khabar hingga menjadi kecil. Selain itu permaina seperti “Simon Say … ” mendapat perhatian dan bantuan dari Dato’ dan Datin untuk turut serta

Bath&Kids Product

. Daripada mandian bayi yang terdiri dari Yogurt Body Wash, Head to Wash, Hair Shampoo dan Bubble Bath . Bath&Kids mempunyai koleksi Justice League seperti Superman, Batman, Supergirl dan Wonder Woman. Jom tengok koleksi Bath&Kids

Superman 

Wonder Woman

Batman 

Supergirl

 

Bukan itu sahaja ada lagi barangan seperti bekas makanan ke sekolah, botol air, selipar , alat tulis , barang mandian dan koleksi bakal bertambah setiap 2-3 bulan yang akan datang.

Stationery pun ada dari Justice League

Ada juga mandian

Cute kan barangan Bath&Kids nie

Botol air untuk di bawa kemana-manaKalau anda sendiri datang dan lihat pada produk sure jatuh hati kerana ia tidak mengandungi barangan yang terlarang dan semulajadi seperti sus oat, susu soya mahupun susu beras.Ia di reka khas agar ianya selamat digunakan buat anak-anak dan pasti hasilnya lembut apabila digunakan. Bebas dari paraben ya.  Yang paling penting bauannya memang best wei seperti  Superman Smashing Citrus ZEST, Batman Awesome Apple Punch, Wonderwoman Sparkling Mango Mania dan Supergirl Dazzling Summer Berries serta koleksi Beaudex Kids.

Hadiah Supermarket Sweep

Anak-anak ini tidak tahu yang aktiviti paling menarik adalah Supermarket Sweep. Rupanya bukan yang menang aktiviti sahaja tetapi semua yang hadir diberi peluang untuk turut serta dalam Supermarket Sweep. Terus rasa teruja melihat anak-anak bila di ceritakan tentang aktiviti ini dimana mereka diberi peluang untuk mengambil mana-mana barangan koleksi yang mereka gemari dalam waktu yang diberikan . Ada yang teruja dan tahu apa yang diingini. Ada pula yang seperti terkejut kerana tidak tahu apa yang ingin diambil . Apabila ditanya mengapa begitu rupanya inilah kali pertama diberi peluang sebegini. Menitis air mata seketika mendengarnya

Buat anak-anak Yayasan ini, moga diberikan kehidupan yang baik di masa datang. Buat Dato’ dan Datin sekeluarga moga perniagaan Bath&Kids maju dan bertambah outlet di seluruh Malaysia. Pemberian Dato’ dan Datin memberikan senyuman yang paling istimewa dan manis dari mereka. Masing-masing pulang dengan hati yang gembira bersama koleksi barangan Justice League yang dipilih sendiri. Sekali lagi , sekalung tahniah Dato’ & Datin

Coming soon review on the product Bath&Kids ye



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge