BAEL0N IMBAU ZAMAN PERSEKOLAHAN VIA ‘DI SINI’

BAEL0N IMBAU ZAMAN PERSEKOLAHAN VIA ‘DI SINI’ | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kenalkah anda pada penyanyi ini?

BAEL0N

Merancakkan lagi karier nyanyiannya, kini tampil dengan sebuah lagu cukup peribadi dalam hidupnya berjudul ‘Di Sini’.

Lagu ini tidak lain berkisar kenangan manis yang tersemat dalam hatinya sewaktu di zaman persekolahan.

Menurutnya, dia belajar mengenai nilai persahabatan yang selamanya memberikan perasaan
teristimewa dalam diri sejak di bangku sekolah.

Bahkan, semangat untuk menjadi penyanyi serta penulis lagu sudah berkobar sejak dari sana lagi.

PERSAHABATAN CETUS INSPIRASI


“Pada ketika itu, saya masih berada di sekolah menengah dan Najwa Latif, Ainan Tasneem
berada di zaman kegemilangan mereka. Mereka menulis lagu sendiri dan memberi inspirasi
kepada saya untuk tulis lagu sendiri juga.


“Kebetulan, saya sedang menjalani jalinan persahabatan yang sangat kukuh. Hubungan itu
mencetus inspirasi untuk saya buat lagu ini sebagai satu luahan kata-kata buat rakan-rakan
saya,” katanya.

SENANTIASA BERSYUKUR


Menerusi ‘Di Sini’, Bael0n mahu galakkan orang ramai supaya sentiasa bersyukur dan
menghargai apa jua hubungan, baik persahabatan atau cinta.

Katanya, sesiapa juga takkan pernah jangka bila seseorang itu akan pergi meninggalkan kita.

“Walau kecil mana pun sumbangan mereka, hargailah kerana setiap hal itu pasti mengajar kita sesuatu. Lagu ini sangat istimewa kerana mengimbau semula kenangan saya berada di zaman persekolahan.

Ketika itu, saya dikelilingi ramai rakan-rakan yang begitu menyokong kuat. Meskipun secara keseluruhan, perjalanan sewaktu menempuh zaman persekolahan bukanlah indah sepenuhnya.

Tapi jalinan persahabatan itu benar-benar menggembirakan saya untuk dikenang,”

-sambungnya

GAMBARKAN LAGU POP DARI ERA 70AN-80AN

Penghasilan lagu ini juga sebenarnya lagu ini sudah dibuat sejak beberapa tahun lalu. Bael0n
menulis sepenuhnya ‘Di Sini’ dengan bantuan seorang penerbit iaitu Bo.

Menurutnya, dia adamisi dan visual tersendiri bagaimana hasil akhir lagu ini.


“Saya menggambarkan lagu ini seperti lagu-lagu pop dari era 1970-an dan 1980-an. Saya
memang nak mood lagu sebegitu kerana ingin tonjolkan lagi vokal yang lebih baik berbanding lagu-lagu sebelum ini,”

-katanya.

Tidak dinafikan penghasilan ‘Di Sini’ sebenarny sangat-sangat mencabar kerana dilakukan
sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Prosesnya turut diduga apabila kebetulan Bo pula menjadi kontak rapat kepada individu dijangkiti Covid-19.

RAKAM GUNA FACETIME

“Memang mencabar kerana sewaktu menyiapkannya, kita berada di fasa Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) yang perlukan surat rasmi untuk keluar.

Saya terpaksa merakam lagu ini tanpa kehadirannya secara bersemuka dan cuma guna FaceTime. Lagu ini pun belum siap sepenuhnya ketika rakaman itu.

“Itulah juga sebab lagu ini berdurasi pendek. Kami cuma guna lirik yang belum siap untuk
dirakamkan.

Kalau diberi peluang dan ada permintaan, saya akan keluarkan lagu penuh versi
akustik yang lebih istimewa,”

PENGHIBUR DI TIKTOK

Bertitik tolak daripada menjadi penghibur di TikTok, kini nama Bael0n semakin meniti di bibir
peminat muzik tempatan.

Bahkan, dia berjaya membuktikan banyak sisi berbeza dalam bakat nyanyiannya sehingga kini.

CEK MEK MOLEK NAFAS BAHARU

Bael0n sudah melancarkan tiga lagu iaitu Cek Mek Molek dan Rindu yang diberi nafas baharu nyanyian asal Datuk M Daud Kilau dan Amelina, serta Ngamsoi pada tahun lalu.

Dia juga turut ditampilkan dalam kempen It Starts on TikTok tidak lama dulu.

‘Di Sini’ boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple
Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge