AZ PEMURAH SANTUNI GELANDANGAN DI SEKITAR CHOW KIT, AMAZING! Gelandangan adalah satu maksud yang besar dan luas. Di sekitar Kuala Lumpur juga, pasti akan ternampak insan ini.

Ada yang mengatakan yang mereka tidak mempunyai tempat berteduh, dibuang kerja, dibuang keluarga, sakit dan pelbagai lagi.

AZ PEMURAH

AZ PEMURAH

Pempengaruh yang juga usahawan AZ Pemurah baru baru ini berkongsi rezeki didalam program Pengagihan Makanan Menyantuni Gelandangan di sekitar Chow Kit.

Bukan berseorangan tetapi bersama team AZ Pemurah yang turut mengagihkan makanan.

SIAPA AZ PEMURAH

Dari mula pengagihan hingga ke penghujung, masih tidak kelihatan wajahnya walaupun ketika menyatuni mereka yang memerlukan

Lebih senang dengan menyembunyikan identiti kerana tidak mahu perasaan riak atau takbur mula meguasai diri. Tidak juga suka perhatian pada diri sewaktu melakukan kerja kebajikan.

AZ PEMURAH

“Memang ramai yang tanya, siapa AZ Pemurah ini. Kalau dalam video atau gambar pun, memang saya tak akan tunjuk wajah.

Bukan apa, lebih kepada menjaga diri sendiri daripada pelbagai perasaan takbur dan riak.

CUKUP ALLAH SAJA YANG TAHU

“Saya mahu buat kebajikan, bantu orang tanpa perlukan perhatian. Cukuplah Tuhan tahu niat dan keikhlasan saya.

Ini adalah cara saya berkongsi rezeki dan mengumpul amal menuju ke alam berbeza,”

Dalam pada itu, mereka yang pernah dibantu juga memahami dan menghormati permintaannya untuk tidak menyebarkan wajah serta identitinya.

AZ PEMURAH

“Walaupun mungkin ramai yang tertanya-tanya, saya lebih senang begini sahaja.

Kalau ada yang nampak wajah saya di luar, saya minta jangan sebar atau muat naik. Alhamdulillah, mereka hormat permintaan saya,”

TERIMA KECAMAN

Diaju soalan pernahkah dia menerima kecaman lantaran memuat naik video-video kebajikannnya di media sosial, jarang sekali.

“Mungkin daripada 1,000 komen, ada satu yang kecam. Tetapi Alhamdulillah, tidak melampau dan kasar.

AZ PEMURAH

Mungkin sebab saya sendiri tidak tunjuk identiti di media, jadi kalau nak cakap mahu perhatian jauh sekali kan.

InsyaAllah, saya akan kekal dengan cara begini. Lebih senang,” ujarnya yang memiliki lebih 1.5 juta pengikut di TikTok.

AZ PEMURAH

Tahniah kepada AZ Pemurah yang berjaya melaksanakan pengagihan makanan sempena penjualan yang memberangsangkan pada kempen 11.11 dan November pada tahun ini.

Facebook| Instagram | Tiktok

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge