MALAYSIA CIPTA SEJARAH SEBAGAI TUAN RUMAH MRS./MS EARTH 2026

Mrs./Ms. Earth 2026 Melakar Sejarah Di Kuala Lumpur, Malaysia Raih Pengiktirafan Sebagai Tuan Rumah Pertama

MRS./MS EARTH 2026

Malaysia sekali lagi mencuri perhatian dunia apabila dipilih sebagai tuan rumah pertama pertandingan Mrs./Ms. Earth 2026, sekali gus mencatat sejarah baharu sejak pertandingan berprestij itu diperkenalkan pada tahun 2007.

TEMA ‘GLAMOUROUSLY GREEN’

Bertemakan “Glamourously Green”, pertandingan yang berlangsung di Grand Ballroom, Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur itu menghimpunkan lebih 40 delegasi antarabangsa dari sekurang-kurangnya 15 negara, menjadikan ibu negara sebagai pentas meraikan kecantikan, kepimpinan wanita serta komitmen terhadap kelestarian alam sekitar.

Acara ini bukan sekadar pertandingan ratu cantik, malah menjadi platform global yang mengangkat suara wanita dalam memperjuangkan isu perubahan iklim, pemuliharaan alam dan pembangunan komuniti.

LIUDMILA SEKRII DINOBATKAN MRS. EARTH 2026

Kemuncak pertandingan menyaksikan Liudmila Sekrii, usahawan serta ibu kepada empat cahaya mata dari Rusia, dinobatkan sebagai Mrs. Earth 2026. Beliau membawa pulang mahkota, selempang, trofi serta pelbagai hadiah selepas berjaya memikat hati panel juri antarabangsa.

TUAN RUMAH MRS./MS EARTH 2026
Mrs. Earth International 2026 – Mariia Udovychenko (Canary Islands) & Mrs Earth 2026 – Liudmila Sekrii (Russia) 

Sementara itu, Mariia Udovychenko dari Canary Islands diumumkan sebagai Mrs. Earth International 2026, manakala kategori Ms. Earth 2026 dimenangi oleh Gaukhar Nurbolatova dari Kazakhstan.

Turut mencuri perhatian ialah kemenangan Audrey Emi Yasugi dari Tokyo yang meraih gelaran Ms. Earth International 2026.

WAKIL MALAYSIA RAIH PENGIKTIRAFAN ANTRABANGSA

Malaysia turut mempunyai sebab untuk berbangga apabila beberapa wakil negara berjaya membawa pulang gelaran utama. Antaranya ialah:

Datin Kelvin Dhillon – Mrs. Queen of Earth 2026 & Elite Mrs. Earth Air 2026
Kasthuri Muniandy – Queen of Earth 2026
Jessica Arasu – Top Model Earth Water 2026
Mertinih Ivy Joklis – Mrs. Earth Most Elegant Queen 2026

Pencapaian ini membuktikan wanita Malaysia mampu bersaing di pentas antarabangsa bukan sahaja dari segi penampilan, malah keyakinan, kepimpinan dan personaliti.

TOP MODEL EARTH TAMPIL DENGAN KONSEP FESYEN LESTARI

Selain pertandingan utama, malam gala turut menampilkan Top Model Earth 2026, sebuah kategori yang memberi penekanan kepada fesyen berkelas tinggi serta penggunaan tekstil lestari.

Top 3 Ms Earth 2026 – Gaukhar Nurbolatova Kazakhstan (Tengah), Ms. Earth Air 2026 – Laura Hudson United Kingdom(Kiri), Ms. Earth Fire 2026 – Olga Bochkova Russia (Kiri)

Kategori ini mengangkat konsep fesyen yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar, selari dengan misi pertandingan untuk mempromosikan gaya hidup mampan.

Top Model Earth 2026 – Top 3

Valeriia Korobytsina dari Rusia dinobatkan sebagai Ms. Top Model Earth 2026, manakala Kenji Nishikawara dari Jepun memenangi gelaran Mister Earth 2026.

Ms Top Model Earth 2026, Valeriia Korobytsina

LEBIH DARIPADA SEKADAR PERTANDINGAN RATU CANTIK

Apa yang membezakan Mrs./Ms. Earth daripada pertandingan lain ialah penekanannya terhadap advokasi alam sekitar.

Dari kiri,Elite Mrs. Earth Water 2026 – Svetlana Drozdova (Russia), Elite Mrs. Earth Air 2026 – Datin Kelvin Dhillon (Malaysia), Elite Mrs. Earth 2026 – Bhumika Shajwani (India)

Sepanjang minggu pertandingan, peserta bukan sahaja menjalani sesi penilaian, malah turut menyertai aktiviti komuniti seperti program pemuliharaan alam, lawatan budaya, latihan kepimpinan dan kempen kesedaran mengenai perubahan iklim.

Dr. Priyanka Sharma – Elite Mrs Earth International 2026

Platform ini turut membuka penyertaan kepada wanita berusia 18 hingga 60 tahun, tanpa mengira status perkahwinan, sekali gus menjadikan pertandingan ini lebih inklusif.

KUALA LUMPUR JADI PENTAS DUNIA

Presiden Mrs./Ms. Earth, Ammetta Malhotra, menyifatkan penganjuran edisi ke-19 di Kuala Lumpur sebagai detik yang amat bermakna dalam sejarah pertandingan.

Mister Earth 2026 - Kenji Nishikawara,
Mister Earth 2026 – Kenji Nishikawara,

Beliau menegaskan visinya adalah menjadikan Mrs./Ms. Earth sebagai platform global yang bukan sahaja menobatkan pemenang, malah memperkasakan wanita untuk menjadi pemimpin dan pencetus perubahan dalam masyarakat.

Kostum Kebangsaan Terbaik jadi milik Bhumika Shajwani
Mrs. Queen of Earth 2026 – Kelvin Kaur Dhillon (Malaysia)

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Mrs./Ms. Earth, Mykhael Michael, pula berkata legasi sebenar pertandingan ini bukan diukur melalui gelaran semata-mata, tetapi melalui impak positif yang ditinggalkan kepada masyarakat serta usaha memelihara bumi untuk generasi akan datang.

SENARAI PEMENANG UTAMA MRS./MS. EARTH 2026

Mrs. Earth 2026: Liudmila Sekrii (Rusia)
Mrs. Earth International 2026: Mariia Udovychenko (Canary Islands)
Ms. Earth 2026: Gaukhar Nurbolatova (Kazakhstan)
Ms. Earth International 2026: Audrey Emi Yasugi (Jepun)
Elite Mrs. Earth 2026: Bhumika Shajwani (India)
Elite Ms. Earth 2026: Olga Gringauz (Rusia)
Mister Earth 2026: Kenji Nishikawara (Jepun)