Asianic Kids From Head To Toe Wash Untuk Si Comel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Asianic Kids From Head To Toe Wash Untuk Si Comel |Si comel adalah anugerah yang amat berharga didalam sebuah keluarga. Si Comel selalu diberi perhatian dalam segala aspek dan terutama barangan yang digunakan tidak kira permainan mahupun mandian. Peredaran masa sekarang membuatkan ibu dan ayah memberi lebih perhatian dalam bahan bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk ini.

Seperti KP sendiri, perhatian lebih diberikan apabila membeli barangan mandian untuk anak-anak seperti sabun, syampu, bedak dan sebagainya. Untuk mandian saja pelbagai produk dan varian ada. Belum lagi untuk syampu, conditioner , losyen dan sebagainya.

Asianic Kids adalah diantara produk keluaran terbaru yang diperkaya dengan ekstrak daun lidah buaya dan juga vitamin E. Ianya diformulasikan dari bahan-bahan yang terpilih untuk menyesuaikan dengan semua kulit kanak-kanak. Produk ini juga dapat melembabkan kulit dan juga merapikan rambut. Itu yang diberi nama Head To Toe Wash. Dengan satu produk boleh digunakan dari hujung rambut hingga hujung kaki. Yang penting produk ini HALAL ye !!

Varian Asianic Kids. Yes.. yang ini menarik perhatian KP dan anak-anak sewaktu memilih produk ini. Untuk sekarang terdapat dua jenis varian iaitu Peach dan Milk. Yang suka buah-buahan KP syorkan untuk mencuba varian Peach. Untuk KP sendiri menggemari Milk sebab susu dan baunya yang lembut. Setakat yang dah dicuba hari ini oleh anak-anak , selepas mandi lebih segar dan pastinya bau semerbak selepas membuka pintu bilik air dan pada diri sendiri. 

Untuk anda yang mementingkan bahan yang digunakan dalam pembuatan produk Asianic Kids ini tidak perlu risau. Ianya bebas daripada SLES dan Paraben. SLES atau SLS (sodium lauryl ether atau sodium laureth sulphate) adalah sejenis agen sabun murah yang sering digunakan dalam kebanyakan produk penjagaan diri. SLES boleh menyebabkan kegatalan pada kulit dan mata. Paraben pula adalah sejenis bahan kimia yang sering digunakan sebagai pengawet dalam kebanyakan produk penjagaan diri yang berada di pasaran. Ia juga boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit.


Travel Pack Asianic Kids

Ada juga travel pack untuk para ibu dan ayah dibawa kemana-mana terutama sekali sewaktu bercuti. Tidak perlu risau nak bawa botol besar ke sana ke mari dan yang menarik untuk ini ada 4 varian yang boleh dipilih. Kecil dan comel sesuai dibawa dalam beg juga. Asianic Kids ini boleh dibeli secara kedai serbaguna KK Mart atau terus melalui online di www.wonderlandprimary.com,

Facebook Asianic Halal

Jadi jangan lupa usha-usha produk ini jika anda singgah di hypermarket, pasaraya mahupun farmasi. Seisi keluarga boleh menggunakannya ..

 



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge