ART TOYS CAFE PERTAMA DI SUNWAY PYRAMID, BEST WEI!

Art Toys Café Pertama Di Malaysia Buka Pintu Di Sunway Pyramid.

ART TOYS CAFE

Art Toys Café by Milolo, sebuah konsep kafe unik. Ianya adalah antara lokasi yang bakal menjadi tempat kegemaran untuk bertemu sambil minum kopi. Eh bukan itu saja, tarikan yang sebenarnya adalah buat mereka yang mempunyai hobi suka mengumpul ‘toys’.

Cawangan yang pertama dibuka di New Wing Oasis, Sunway Pyramid pada 23 November 2024.

Kafe Art Toys Pertama Di Malaysia Buka Pintu Di Sunway Pyramid

Majlis perasmian yang meriah ini telah disempurnakan oleh pengasasnya, Datuk Millen Lee bersama-sama isterinya, Datin Michelle Lee, dengan dihadiri barisan pengurusan kafe termasuk pakar kopi, Dennis Lee serta pelbagai wakil media dan influencer terkemuka.

CAWANGAN 2025

Datuk Millen turut berkongsi rancangan untuk membuka enam cawangan baharu di Lembah Klang pada tahun hadapan, selain merancang pembukaan cawangan utama yang menggabungkan kedai Milolo dan Art Toys Café dalam satu ruang yang lebih besar.

RUANG INTERAKTIF

“Kami ingin mewujudkan ruang interaktif di mana pelanggan boleh menikmati makanan dan minuman sambil menghayati koleksi art toys dalam suasana yang santai,”

-jelas Datuk Millen ketika di temubual.

BAHAN IMPORT BERKUALITI TINGGI

Kafe yang terletak di Lot F1.89A, aras pertama Oasis, Sunway Pyramid ini menawarkan pelbagai pilihan pastri, termasuk croissant mentega yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan import berkualiti tinggi dari Perancis.

Pengunjung juga boleh menikmati kopi artisan yang diproses menggunakan biji kopi premium dari Indonesia dan negara-negara lain.

KEUNIKAN CAFE

Dari pintu masuk saja, teruja dimana kiri kanan terletak art toys atau rekaan figura mainan yang bersaiz biasa dan gergasi. Mengikut trend terkini, Labubu antara yang wajib ada dan juga Zimomo, Pokémon dan Disney.

Kafe Art Toys Pertama Di Malaysia Buka Pintu Di Sunway Pyramid

Koleksi yang ada ini bakal dikemas kini dari semasa ke semasa dimana koleksi edisi terhad sangat suakr didapati. Malah ada yang dibeli di luar negeri kerana di sana lebih banyak pilihan.

PROMOSI ISTIMEWA

Sempena pembukaan, Art Toys Café menawarkan promosi istimewa di mana pelanggan boleh mendapatkan Croissant percuma dengan pembelian minuman (sah sehingga 31 Disember 2024). Terdapat juga set kombo pada harga RM20 yang memberi peluang untuk memenangi mainan Labubu (sah sehingga 22 Disember 2024).

Kafe Art Toys Pertama Di Malaysia Buka Pintu Di Sunway Pyramid

Kafe ini juga akan menjadi platform untuk mengadakan sesi bertemu peminat bersama artis mainan dari seluruh dunia, dengan artis dari Taiwan dan China dijadualkan akan mengadakan pertemuan pada bulan-bulan akan datang.

SEBAHAGIAN DARI MILOLO

Art Toys Café merupakan perkembangan terbaharu daripada perniagaan Milolo yang kini mempunyai lima cawangan di seluruh negara. Konsep ini menjanjikan pengalaman unik buat penggemar figura mainan (art toys) dari semua peringkat umur untuk menikmati suasana artistik sambil menikmati hidangan berkualiti tinggi.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge