ARIIC 318GT MODEL SKUTER TERBARU SEDIA MENEMPAH NAMA DI MALAYSIA!

ARIIC Malaysia memperkenalkan model skuter terbaharu mereka, ARIIC 318GT yang menggabungkan gaya agresif, teknologi pintar dan prestasi yang mengujakan. 

ARIIC 318GT

ARIIC 318GT hadir dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Matt Black, Dark Grey dan Matt Grey. Bermula RM22,888.00 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans), model skuter berprestij ini mampu dimiliki menerusi dealer sah Mforce seluruh Malaysia.

ARIIC 318GT

SPEFIKASI

Dikuasakan oleh enjin silinder tunggal, 4-injap, 4-lejang, SOHC bersesaran 330cc, ARIIC 318GT mampu menghasilkan kuasa maksimum 20.6kW pada 7,000rpm dan tork 30.8Nm pada 5,500rpm dengan nisbah mampatan 10.5:1. Saiz piston dan lejangnya adalah 77mm x 70.8mm bersama kapasiti bateri 12V11.2Ah.

Sistem penyejukan cecair dan transmisi automatik CVT memberikan penukaran kuasa yang lancar serta responsif. Skuter ini turut menggunakan klac jenis sentrifugal kering bagi memberikan kawalan kuasa yang efisien secara automatik sepanjang tunggangan.

REKABENTUK

Reka bentuk aerodinamik model ini diserlahkan dengan fungsi LED pada lampu hadapan yang berbentuk ‘V’, lampu belakang serta digandingkan pada lampu isyarat dan lampu kecemasan.

Sistem meter paparan TFT pada ARIIC 318GT turut memberikan informasi lengkap secara digital dan moden, manakala sistem pencucuhan ECU menjamin kecekapan bahan api dan prestasi yang optimum.

ARIIC 318GT

BERAT DAN TINGGI

Dengan dimensi 2,215mm panjang, 780mm lebar dan 1,395mm tinggi serta jarak roda 1,540mm, skuter ini menawarkan kestabilan dan ruang tunggangan  yang luas. Berat keringnya ialah 208kg dengan ketinggian tempat duduk 790mm. Kapasiti tangki bahan api pula ialah 16-liter yang sesuai untuk perjalanan jauh tanpa perlu kerap mengisi minyak.

Sistem suspensi hadapan dan belakang menggunakan penyerap hentak berkembar yang memberikan keselesaan dari segi penyerapan hentakan di pelbagai permukaan jalan.

Cengkaman brek ditingkatkan dengan cakera brek berganda dengan saiz 260mm di hadapan dan cakera tunggal 240mm di belakang, disokong dengan sistem ABS BOSCH dwi-saluran untuk keselamatan maksimum. Saiz tayar hadapan adalah 120/70-14 dan belakang 150/70-13, kedua-duanya jenis CST dan tanpa tiub.

RUANG SIMPANAN

Skuter ini juga dilengkapi dengan ruang simpanan hadapan kiri dengan fungsi port pengecasan USB (Type-A & Type-C), ruang simpanan hadapan tengah, serta ruang simpanan bawah tempat duduk dengan sokongan hidraulik yang lengkap dengan sistem pencahayaan dan mampu memuatkan sebiji topi keledar bermuka penuh dan sebiji topi keledar separuh muka.

ARIIC 318GT

Lebih menarik lagi, ARIIC 318GT tersedia dengan pelindung angin boleh laras serta butang kawalan berlampu (backlit button) untuk kemudahan semasa penunggangan waktu malam.

PASSIVE KEYLESS ENTRY

ARIIC 318GT juga dilengkapi dengan sistem kunci pintar PKE (Passive Keyless Entry) yang tidak memerlukan pengguna skuter menekan butang atau menyucuk kunci pada motosikal. Sistem PKE akan mengesan kehadiran kunci pintar apabila berada dalam jarak tertentu sekaligus mengoptimumkan masa yang diperlukan untuk menghidupkan enjin.

DASHCAM

Terdapat juga fungsi kamera hadapan (dashcam) yang membantu merakam perjalanan seterusnya meningkatkan keyakinan dan keselamatan pengguna skuter. Beberapa ciri premium turut dimuatkan termasuk brek tangan dengan tuas boleh laras, ‘footrest’ dengan material jenis aluminium boleh lipat serta pemegang belakang (rear handrail).

ARIIC 318GT

TYRE PRESSURE MONITORING SYSTEM

Turut tersedia pada skuter gagah ini yang akan memantau tekanan angin tayar secara automatik dan memberi amaran kepada penunggang jika tekanan berada di bawah tahap selamat.

ARIIC 318GT direka khas untuk penunggang moden yang mementingkan keselesaan dan gaya dalam tunggangan harian atau perjalanan jarak jauh. Dengan setiap pembelian ARIIC 318GT, para pembeli boleh menikmati jaminan waranti perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge