ARIANI Warna Lebaran 2026 Perkenal Warna Tema dalam Pertunjukan Fesyen Berprestij, Merai Keanggunan & Kebersamaan.
ARIANI WARNA LEBARAN 2026
Menyambut ketibaan Aidilfitri yang bakal menjelang, ARIANI sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama fesyen Muslimah terkemuka menerusi penganjuran Pertunjukan Fesyen Warna Lebaran ARIANI 2026, yang berlangsung dengan penuh gemilang di Conference Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

KOLEKSI HIJAN DAN BUSANA RAYA
Pertunjukan berprestij ini meraikan keindahan warna sebagai simbol keanggunan, kebersamaan dan kegembiraan Aidilfitri, diterjemahkan melalui koleksi hijab dan busana raya yang moden, elegan dan sarat dengan sentuhan kontemporari.
Lebih 100 rekaan hijab dan busana dipersembahkan di pentas peragaan, menampilkan motif alam, flora serta cetakan abstrak yang digabungkan dengan pilihan material premium dan teknik cetakan eksklusif.
WARNA LEBARAN ARIANI 2026
Antara warna tumpuan Warna Lebaran ARIANI 2026 ialah Strawberry Matcha, Teal dan Lime Green, mencerminkan trend semasa tanpa mengabaikan identiti klasik jenama ARIANI. Pertunjukan ini disaksikan oleh lebih 1,000 tetamu jemputan, terdiri daripada pelanggan VVIP dan setia ARIANI, rakan media, selebriti serta pempengaruh tempatan.
BUKAN SEKADAR TRADISI TAHUNAN
Menurut Datin Seri Farah Haryani, Ketua Pegawai Eksekutif Ariani Textiles and Manufacturing (M) Sdn. Bhd., Aidilfitri membawa makna yang lebih mendalam daripada sekadar tradisi tahunan.

“Aidilfitri adalah saat untuk meraikan kebersamaan bersama insan tersayang. Persalinan baju raya bukan sekadar pakaian, tetapi lambang kegembiraan dan kenangan bermakna yang diraikan bersama keluarga,”
-katanya.
LEBIH 400 VARIASI HIJAB
Koleksi Warna Lebaran ARIANI 2026 menampilkan lebih 400 variasi hijab, merangkumi bawal, selendang dan tudung instant, termasuk koleksi polos dan bercorak yang dihiasi perincian berlian serta sulaman halus.

KOLEKSI ARYAN
ARIANI juga memperkukuhkan segmen lelaki menerusi koleksi ARYAN, dengan pelakon terkenal Bront Palarae diperkenalkan sebagai duta baharu. Selain itu, ARIANI menyediakan 300,000 helai busana raya RTW bagi memenuhi permintaan Aidilfitri tahun ini, meliputi pelbagai rekaan untuk semua peringkat usia.
ARIANI LUXE
Turut mencuri tumpuan ialah ARIANI LUXE, koleksi eksklusif dengan sentuhan French lace dan kristal Swarovski, yang diserlahkan menerusi penampilan memukau Elly Mazlein sebagai Muse ARIANI LUXE 2026.

LIBERTY LONDON X ARIANI
Kemuncak acara turut diserikan dengan kolaborasi antarabangsa LIBERTY LONDON x ARIANI, memperkenalkan 16 cetakan baharu eksklusif yang mengangkat warisan tempatan melalui potongan tradisional, digabungkan dengan fabrik dan corak ikonik LIBERTY yang bersifat malar zaman.
Kesemua koleksi sempena Aidilfitri kini boleh didapati di butik ARIANI terpilih dan platform dalam talian, bersempena Jualan Pra-Ramadan dan Jualan Mega Lebaran yang berlangsung sehingga malam raya.