APLIKASI PANDAIBOLA BANTU PEMAIN BOLA SEPAK CILIK AMAZING! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ada diantara anak-anak anda yang gemar bermain bola sepak? Bercita untuk menjadi pemain bola sepak.
APLIKASI PANDAIBOLA
Aplikasi PandaiBola pasti satu yang dinantikan buat mereka yang mempunyai anak-anak menggemari boal sepak. Kali ini pembangunan dalam sukan bola sepak malaysia melangkah setapak lagi.
Dibangunkan oleh syarikat MyEdusoccer Sdn. Bhd., bakat baru dalam sukan bola sepak Malaysia dapat dikenalpasti dan dikembangkan seawal dari peringkat sekolah rendah lagi.
ADA LATIHAN MAYA?
Ianya dibangunkan berpandukan program fizikal dan juga latihan secara maya. Ada juga sistem rubrik yang sedang dibangunkan oleh mereka yang terdiri dari kepakaran anak tempatan .
Aplikasi PandaiBola yang dibangunkan MyEduSoccer merupakan pemenang SUPERB pada tahun 2020. Salah satu inovasi latihan bola sepak secara digital untuk mengenalpasti dan menganalisa pemain berpotensi di peringkat akar umbi.
“Aplikasi ini akan membantu menganalisa perkembangan (pemain) berdasarkan data dan maklumat yang dikumpulkan.
Seterusnya akan dianalisa oleh barisan jurulatih yang berpengalaman berdasarkan kemampuan para pemain tersebut”
-Muhamad Yazid Yahaya, Ketua Pegawai Eksekutif,MY EDUSOCCER SDN. BHD
PLATFORM ASAH BAKAT PEMAIN CILIK
Aplikasi PandaiBola juga berupaya menjadi platform untuk mengasah bakat para pemain.
Satu Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Strategik PandaiBola di Auditorium Resource Centre, Mranti Technology Park berlangsung baru-baru ini.
RAKAN KONGSI STRATEGIK
Sebanyak sebelas organisasi telah mengumumkan persetujuan untuk menjadi rakan kongsi strategik dalam membantu membangunkan aplikasi PandaiBola ini.
Antara rakan kongsi strategik terdiri daripada Mranti yang juga dikenali sebagai Technology Park Malaysia, Syarikat tinted Sunz Tint.
Ada juga Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2, Universiti Sultan Zainal Abidin, Voltra, Opera Klasik, serta beberapa individu yang lain.
SISTEM RUBIK THE SEKOLAH BOLA
Dibangunkan oleh kepakaran anak tempatan itu, kini berada dalam peringkat awal pembangunan. Berfungsi menerusi pengumpulan data berbentuk video dan gambar.
Kemudiannya akan dianalisa oleh kumpulan pakar yang terdiri daripada para jurulatih yang memegang lesen jurulatih AFC B menerusi sistem rubrik oleh The Sekolah Bola.
Rubrik ini diwujudkan supaya sistem dan proses analisa yang diguna-pakai dapat mengenal pasti potensi pemain.
Disamping data yang diperoleh menjadi bukti kebolehan serta kompetensi pemain bermula di peringkat seawal 7 tahun
KEMUDAHAN UNTUK IBU BAPA
Bertindak sebagai satu platform yang bukan sahaja mampu melatih para pemain secara lebih sistematik. Malahan memberi kemudahan ibu bapa untuk mengenal pasti prestasi pemain selain dapat mencungkil bakat pemain di peringkat awal.
“Modul yang kita bangunkan memerlukan peserta melakukan tugasan tertentu, yang mana analisa akan dijalankan oleh para pakar kami menggunakan sistem Rubrik,”
-sambung Yazid.
KARNIVAL SAINS SUKAN
Salah satu modul yang diketengahkan adalah modul Karnival Sains Sukan yang telah mereka jalankan. Karnival ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada para pemain tentang bola sepak.
Tetapi ianya juga memberi pengalaman kepada para pemain merasai pengalam seperti pemain profesional dengan menjalankan beberapa siri ujian fizikal.
Pihak PandaiBola berharap agar mereka dapat merealisasikan pembangunan digital aplikasi PandaiBola seterusnya dapat membantu membangunkan sukan bolasepak di negara ini.