Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Mamee Gallery Jonker House di Melaka baru di buka untuk memberi pengunjung pengalaman merasai dari permulaan Mamee dibuka tidak kira dari pembungkusan, branding, pelbagai produk daripada Mamee. Sejarah tentang penubuhan juga dikongsikan bersama untuk sama-sama memahami secara sejarah tentang ini. “World of Good Taste” pada mereka yang sudah mengunjungi, banyak moment menarik akan di bawa pulang.Jom kita mulakan perjalanan. Opss..!!! Jangan lupa beli tiket tau sebelum masuk.
. Di kedai-kedai sewaktu zaman 70an, 80an dahulunya beginilah papan tanda Mamee.
Kali pertama Snek Raksasa Mamee diperkenalkan.Berwarna biru comel dengan hidung berwarna merah gemar memakan Mamee.
Sedikit moment mengimbau kenangan zaman dulu di mana pek-pek Mamee diletakkan di rak di kedai runcit,
Pelbagai produk Mamee ada di letakkan untuk kanak-kanak membeli. Dahulunya setiap pek ini cuma berharga RM 0.20 sen atau pun RM 0.30 sahaja
Packaging Mister Potato zaman 90an, agak pekat warnanya tetapi itu tidak menjadi masalah kerana yang penting isi dan kesedapan chips tersebut
Mamee dahulu bukan sahaja pada makanan ringan tetapi ada juga produk seperti mee segera. Bukan setakat perisa ayam, kari tetapi tomyam siam sudah ada dari dulu lagi. Keaslian rasa Thai dari Mamee yang memberi kelainan dari produk yang ada
Sejarah penubuhan Mamee
Ianya di tubuhkan pada 1971 oleh Executive Chairman iaitu Datuk Pang Chin Hin di mana ianya sebenarnya bermula dengan pembuatan pek mamee dan juga mee segera bersama dengan anak sulung beliau iaitu CEO Tan Sri Pang Tee Chew
Ini yang sempat KP rakamkan sewaktu berada di Mamee Gallery. Perjalanan penubuhan bukanlah senang tetapi berkat kesabaran dan keazaman ianya berjaya di tubuhkan dan kekal hingga sekarang di mana sudah 45tahun bertapak di Malaysia
Dari perspektif Pemasaran pula 
Mamee Monster dan Mamee tidak boleh dipisahkan.
Sebelum masuk ke segmen untuk menceritakan tentang bermulanya produk Mamee anda bakal berjumpa dengan Mamee bersama bas Double Decker nya.
Di Mamee Gallery juga ada di kongsi dari produk pertama hinggalah ke produk kini dalam pemasaran Mamee Double Decker. Ada yang tidak pernah KP tahu dan banyak perubahan rupanya dari tahun ke tahun.
1972 – produk Lucky – mee segera yang pertama direka
Packaging sebelum di upgrade
Antara produk lain yang dikeluarkan oleh Mamee Double Decker pada tahun 1995. Rupanya air Cheers nie dari Mamee .
Mamee perisa itik dan vegetarian selain dari kari dan ayam yang biasa KP makan
Tahun 2000, banyak perubahan telah berlaku. Lihat sahaja dari packaging ianya berlainan, ceria dengan warna warni
Mamee Monster pek pertama yang dikeluarkan.
Tahun 2014, pelbagai produk tambahan dikeluarkan seperti Perfecto dan juga Mister Potato Fun Fries.
Tahun 2015, lagi tambahan produk pada yang sedia ada seperti Perfecto Pop corn ( terbaik), minuman Cool Tea (sedap weii) dan juga Mamee Chef Lontong. 
Ini adalah Top 10 Mamee Chef Best Noodle.
Terkini produk Mamee yang ada bersama dengan packaging terbaru. Produk lain seperti Perfecto Popcorn, Perfecto Chips , Mister Potato Fun Fries masih ada lagi di pasaran. Tahukah anda pek Mamee Monster yang terkini nampak lagi matang monster dengan hair style yang mengikut trend terkini. Apapun syabas di ucapkan pada Mamee Double Decker atas pencapaian anda untuk mengekalkan kesedapan, kegembiraan buat semua tidak kira usia mahupun bangsa. Boleh di nikmati produk ini tidak kira di mana jua berada ataupun musim perayaan mahupun berasama mereka yang tersayang
Oh ya .. Cerita tentang Mamee Jonker House bukan berakhir di sini. Ada lagi cerita di entri yang lain. Tunggu dan nantikan ya.
y
Walaupun keluarga mertua di Melaka tapi saya tak pernah sampai pun di Mamee Gallery ni. Pernah sampai jonker walk tapi tak dan nak singgah mana mana.nampak menarik Mamee Gallery ni.at least kita boleh tahu sedikit sebanyak mengenai produk Mamee
SA pernah pergi sini sekali dan macam- macam ada kan..budak- budak seronok la..eh kita yang dewasa ni pun seronok sebab kita membesar dengan product mamee kan..kalau pergi sini memang balik bawak beg besar…deco kat sini pun cantik untuk bergambar..
Nampak menarik tempat ni
omg ada ke benda camni wahhh adik adik mesti suka kalau saya bawak kesini..
mamee ni memacam nak inovasi mereka
ha ha ha ha aida tak pernah gi ni.
aduhai… apa la rakyat melaka ni, lom pernah gi walaupun dekat sgt 🙂
dulu kala selalu aje ronda town time weekend.
sejak few years kebelakang, town melaka tu jadik sgt jem. sesak nafas dok dlm kereta.
rasanya nanti nak ajak mr.asben la jalan jonker walk ni dgn anak2.
tq la for reminding me.
dekat aje ni. dulu ofis kat lorong sebelah jonker walk tu aje tau. tahun 2003-2004.
Tak sangka pulak ada galeri macam ni. Balik Melaka nanti bolehlah cuba cari masa singgah tengok kat sini. Nampak macam menarik, mesti anak-anak pun suka.
Kita tak pernah masuk pun kat Mamee Gallery ini banyak nyer produk keluaran mereka semua kita pernah cuba hehehehe. Nani tak ada nak kasi kat kita ker sikit wakakaka…
Best jugak kalau one day dapat pergi bawak anak ni. Dapat die belajar sikit sikit pasal mamee. And and aneeq memang suka dengan mamee bizkids ejen ali punya tu. Mesti dia excited kalau nampak. Waktu ni dieorang tan keluarkan lagi kan mamee biskidz
Wah unik yer! Banyak kali datang Melaka belum ada kesempatan nak terjah muzium Mamee ni.Next time nak bawa anak-anak la datang sini. TQ for sharing
Ada juga rumah mamee di Melaka kan. Segala macam jajan keluaran mereka ada di jual di sini. Kalau bawa anak anak ke mari mesti mereka suka
Pernah pergi sini bila dapat invitation dari Nuffnang dulu. Memang best. Kalau pergi Melaka memang patut singgah Mamee gallery.
Pandai syarikat ni position diri mereka, masuk pulak di kawasan yang popular dengan pelancong di Melaka bandaraya bersejarah.
Kalau masuk galeri ni umpama kembali ke zaman pra sejarah. Kedai kedai apek lama yang jual jajan banyak. Nostalgik
Tak tahu pun saya yang jenama pop corn premium yang di jual di pasaraya tu sebenarnya bawah syarikat Mameee. Nampak menarik, sebenarnya dari syarikat yang sama je
Haaa…dah lama tak makan mamee kering tu, budak2 memang suka mkn..tgk skrg masih ada lagi bdk2 suka mkn
Wahhh menariknya gallery Jonker house di Melaka. kalau bekersempatan Ika hendak datang sini. Ika suka produk mamee terutamamee segera mereka. Lazat dan sedap nyum!