Jenama fesyen tempatan, Amber, kembali mencuri perhatian menjelang Aidilfitri dengan pelancaran kempen Amber Raya 2026 bertajuk “AMBER EID’S: TIME FOR LOVE”, sekali gus memperkenalkan koleksi eksklusif sulung Amber LUXE.
AMBER RAYA 2026
Kempen ini menandakan kesinambungan perjalanan kreatif Amber selepas kejayaan koleksi Raya Romantics tahun lalu, yang menggabungkan keanggunan klasik dengan sentuhan moden dalam rekaan Aidilfitri. Bagi musim Raya 2026, Amber tampil dengan pendekatan yang lebih beremosi, menekankan nilai kasih sayang, warisan dan kebersamaan.
BARISAN DUTA AMBER
Koleksi Raya Amber 2026 ini diperagakan oleh barisan Duta Amber — Amira Othman, Fattah Amin, Nora Danish dan Hael Husaini, yang mencerminkan kepelbagaian gaya serta keanggunan moden jenama tersebut.
LAMBANG KASIH SAYANG & WARISAN
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Amber, Datuk Adzliana Hasan, kempen Raya tahun ini dihasilkan berteraskan hubungan bermakna yang sinonim dengan sambutan Aidilfitri.

“Kempen AMBER EID’S: TIME FOR LOVE melambangkan kasih sayang, warisan dan kebersamaan. Aidilfitri bukan sekadar tentang penampilan, tetapi tentang detik-detik indah bersama insan tersayang. Setiap rekaan dihasilkan dengan penuh ketelitian supaya ia bukan sahaja cantik digayakan, malah membawa nilai sentimental yang boleh dikenang dan diwariskan,”
-kongsi Ketua Pegawai Eksekutif Amber, Datuk Adzliana Hasan
LOKASI 2026: ISTANBUL
Bagi menghidupkan tema kempen, Amber turut membawa barisan duta termasuk Scha Alyahya ke Istanbul untuk sesi penggambaran kempen Raya 2026. Pemilihan kota bersejarah itu mencerminkan elemen Islamik, nostalgia dan warisan seni bina yang menjadi inspirasi utama koleksi tahun ini. Penonton juga bakal disajikan kandungan istimewa khas dari Istanbul menerusi UTV.
AMBER EID’S : TIME FOR LOVE COLLECTION
Bagi koleksi utama Raya, Amber mempersembahkan enam koleksi wanita dan dua koleksi lelaki, diinspirasikan daripada keindahan seni bina serta warisan Istanbul.

KOLEKSI WANITA
Direka menggunakan fabrik ringan dengan siluet flowy, ruffle halus dan sulaman teliti, koleksi ini sesuai untuk momen Syawal yang penuh makna.
✔ Lalizar – Motif tulip diraja Uthmaniyyah yang elegan dan abadi.
✔ AyaSofya – Potongan hadapan terbuka dengan pleats accordion ikonik, diinspirasikan kubah Hagia Sophia
✔ Mihrimah – Kolar berlipat dan potongan lengan terbuka yang lembut dan feminin.
✔ Hürrem – Peplum regal dengan corak floral dari taman Harem Topkapı.
✔ İznik – Sentuhan seni seramik klasik dengan sulaman bunga istana.
✔Sarayli – Melambangkan kemewahan tenang dengan potongan ringan dan elegan.

KOLEKSI LELAKI
✔ Rumeli – Kolar formal kemas dengan motif floral abstrak.
✔ Bosphorus – Gaya santai dengan kolar Hawaiian dan corak bunga halus.

AMBER LUXE: LUXE – AN INTERPRETATION COLLECTION
Sebagai pelengkap, Amber turut memperkenalkan Amber LUXE, koleksi eksklusif sulung jenama tersebut yang digayakan oleh Hael Husaini dan wajah Amber, Scha Alyahya.
KOLEKSI EKSKLUSIF
Menggunakan satin mewah dan chiffon sutera ringan, koleksi ini menampilkan siluet kemas, ruffle romantik, lipatan teliti serta perincian reben yang elegan. Setiap rekaan melambangkan cinta, warisan dan dedikasi, menjadikannya busana istimewa yang sesuai diwariskan.

Koleksi Wanita (5 rekaan): Melis, Esma, Ruya, Ela, Leyla
Koleksi Lelaki – Baju Melayu Moden (3 rekaan): Orhan, Azra, Demir

Semua koleksi Amber Raya 2026, termasuk Amber Eid’s: Time for Love Collection dan Amber LUXE: Luxe – An Interpretation Collection, kini boleh didapati di laman web rasmi Amber, dengan beberapa rekaan ditawarkan untuk pra-tempahan. Pembelian fizikal pula boleh dilakukan di butik Amber baharu di IOI City Mall, Putrajaya bermula 9 Februari ini.
