Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Alvin Chong Dengan Single Terbaru Sayangku Salmah!|Perasaan tak dengan penyanyi yang akrab dengan Fattah Amin. Ala, artis yang nama Alvin Chong. Kali ini bukan saja berlakon, nyanyi pun boleh sampai dikenali di kalangan peminat hiburan tempatan. Bukan satu atau dua drama Melayu, Alvin berlakon tetapi lebih dimana cukup bertuah disayangi oleh peminatnya. Jangan terkejut dimana peminat-peminatnya menjadikan dirinya artis bukan Melayu yang mampu bersaing dengan selebriti Melayu sedia ada.
Dari segi lakonan, mungkin Alvin sudah cukup mampu menarik nafas lega, tapi dalam bidang nyanyian, jejaka kelahiran Pulau Pinang itu menyifatkan dia masih perlu berusaha bagi menambat hati peminat muzik tempatan. Biarpun sudah melancarkan beberapa single seperti Lagu Mu, Mencintaimu, Tajam, Tak Terganti serta beberapa lagu bahasa Inggeris sebelum ini, namun tuah belum berpihak pada dirinya.
Kenapa Sayangku Salmah
Sayangku Salmah telah dilancarkan pada 21 Ogos 2020 dimana ianya diterbitkan oleh Universal Music Malaysia. Lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh Dedeq memberi warna dalam kerjaya nyanyian Alvin.
“Kenapa judul Sayangku Salmah, sebab Salmah nama yang sangat sinonim dan dekat dalam komuniti kita. Malah, saya berasa setiap orang mesti ada kawan atau ahli keluarga mereka yang bernama Salmah. Buktinya, apabila saya memuat naik lagu ini di TikTok ramai cakap nama kawan mereka Salmah. Ada juga nama adik mereka Salmah. Pendek kata, nama ini dipilih sebagai simbolik kepada wanita bagi disesuaikan dengan muzik video dan jalan cerita lagu ini,”
“Sebelum ini saya pernah melancarkan beberapa lagu, tapi sedikit sedih sebab tidak ada yang meletup. Jadi, kali ini saya cuba genre lain iaitu dangdut dan harap lagu ini dapat buka mata ramai bahawa saya juga adalah penyanyi.
-katanya sewaktu di temui.
Single Sayangku Salmah
“Lagu ini mengenai cinta yang tak kesampaian. Sebab generasi baharu hari ini kebanyakan yang bercinta tak kekal lama. Ada yang putus sebab bukan pilihan mereka seperti berbeza bangsa, agama dan budaya. Jadi macam-macam sebab tak boleh selesai.
“Kiranya, dalam MV lagu ini sangat mudah yang mana menceritakan pasangan kekasih yang bercinta tapi putus atas sebab tertentu. Sebab ini biarlah penonton yang tentukan sendiri berdasarkan pemahaman mereka. Mungkin ia boleh terjadi disebabkan lelaki itu curang, keluarga tak restu, perempuan ada tunangan lain dan macam-macam sebab lagi. Jadi, saya biarkan penonton yang tentukan,” katanya.
Seperti penyanyi lain juga, sudah semestinya Alvin yang juga pengacara menaruh harapan tinggi terhadap lagu ini sekali gus ingin membuka mata para peminat yang dirinya juga adalah seorang penyanyi. Lebih menarik apabila, muzik video rasmi Sayangku Salmah yang bakal dilancarkan pada 28 Ogos ini di saluran YouTube AlvinChongVEVO turut dipersembahkan dalam bentuk travelog sebanyak tiga episod.
Muzik Video Sayangku Salmah
Ia adalah inisiatif Alvin dan pasukan dalam memaparkan lokasi menarik yang terdapat dalam MV itu yang mana bakal ditayangkan di platform ourdaily.co bermula 7 September bagi episod pertama, 14 September (episod kedua) dan 21 September (episod ketiga).
Untuk makluman, muzik video rasmi Sayangku Salmah dan siri travelog ini adalah sebuah projek perintis di antara AirAsia dan Universal Music Malaysia di bawah penerbitan REDCARPET.
REDCARPET
REDCARPET berhasrat untuk menggabungkan kekuatan kedua-dua buah syarikat dengan memanfaatkan kemampuan produksi dan kuasa pemasaran AirAsia Media Group yang merangkumi seluruh pelusuk negara-negara ASEAN yang mempunyai populasi lebih 650 juta untuk menghasilkan karya video kreatif bersama artis Universal Music Malaysia. REDCARPET juga menerbitkan pelbagai video dalam kategori pelancongan, makanan dan gaya hidup.
Kolaborasi unik bersama REDCARPET juga adalah sebuah platform bagi para artis untuk mengembangkan jenama mereka dan memupuk kelompok peminat baru dari serata negara ASEAN yang mungkin tidak tercapai sebelum ini.
“Konsep travelog dipilih sebagai satu cara untuk mempromosikan tempat percutian dalam negara yang jarang orang pergi. Ditambah pula sekarang kita masih tidak dibenarkan bercuti ke luar negara buat masa ini. Jadi, ketika menonton travelog ini nanti, anda boleh lihat saya pilih tempat yang bukan tumpuan pelancong. Saya mahu semua tahu, di negara kita ada banyak lagi tempat menarik. Tak dapat ke luar negara, dalam negara pun okay. Cuti cuti Malaysia.
“Penggambaran ini dijalankan di Kelantan, Terengganu dan Cameron Highlands membabitkan tiga episod. Setiap episod satu lokasi. Kiranya, sambil menonton MV nanti anda juga boleh menyaksikan tempat menarik yang ada dalam MV ini menerusi travelog ini nanti,” katanya.
Video TikTok lagu Sayangku Salmah
Sebelum pelancaran lagu dan MV itu, Alvin terlebih dahulu menyajikan peminat dengan video TikTok lagu Sayangku Salmah yang kini sudah mencecah lebih 20 juta tontonan sekali gus mendengar lagu itu.
“Saya juga sudah membuat kempen pra pelancaran Sayangku Salmah bersama TikTok iaitu dua minggu sebelum lagu ini dilancarkan secara rasmi. Sepanjang tempoh itu, kami mendapat lebih 20 juta penonton sekali gus mendengar lagu ini. Terima kasih kepada HighPark Suites by Gamuda Land kerana sudi menaja lokasi untuk Pelancaran Music Video Sayangku Salmah ini,” kata Alvin Chong.
Ikuti Alvin Chong di : YouTube Alvin Chong