Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Filem Haunted Hotel Jalani Penggembaran di Amber Court Genting |Apabila memenangi wang yang banyak pastinya anda menjadi orang yang paling bahagia bukan? Pastinya selepas kemenangan di kasino anda ingin pulang atau menginap di hotel berdekatan kerana pulangnya di waktu malam/pagi bukan? Dan bagaimana jika penginapan kali ini adalah penginapan yang tidak dapat dilupakan ? Paling menyeramkan, paling mengerikan dan ada kisah di sebaliknya .

Haunted Hotel bakal menemui anda di seluruh pawagam berdekatan mulai 19 October ini. Filem terbaru arahan Ryon Lee ini turut dibintangi Teddy Chin (Malaysia), Alvin Chong (Malaysia), Azman Hassan (Malaysia) dan beberapa pelakon luar negara seperti Aom Sushar (Thailand) dan Li Chuan (China). HAUNTED HOTEL bakal menghantui malam anda di pawagam seluruh Malaysia bermula 19 Oktober ini dikatakan penggembaraan di jalankan di Amber Court Genting Higland. Amber Court Genting dikatakan “top pick for Asia’s most haunted hotel on China’s microblogging website Sina Weibo” .

“I wanted to introduce Malaysia to the world. We have seen many movies showcasing our beautiful islands like Pulau Redang, but when I saw horror films such as Hong Kong’s “House that Never Die” that draw people over to their haunted attractions, I was inspired to do so the same,”

said Ryon during the press conference of “Haunted Hotel”

“I feel like after this movie, a lot of people on social media will be flocking to Malaysia, especially Genting. I even heard that there are two tourists coming over from China today and are heading to Amber Court for a stay tomorrow,”

producer Aron Koh added.

Trailer Haunted Hotel

Sinopsis Haunted Hotel

Ling dan kekasihnya Jun telah mendapat peluang untuk datang ke Malaysia atas urusan kerja dan telah berjaya memenangi wang yang banyak disebuah kasino.  Bersama kemenangan itu, mereka terpaksa tinggal disebuah hotel yang dikenali sebagai Haunted Hotel (Hotel Berhantu) Tanpa mereka sedari mereka telah menuju ke satu perjalanan yang sangat menakutkan dimana banyak perkara-perkara aneh yang mula berlaku, mereka sering diganggu oleh seorang wanita yang berpakaian putih.
Pada mulanya Ling mengesyaki Jun mempunyai hubungan luar biasa dengan wanita berpakaian putih tersebut sehingga mengganggu fikiran dan emosi Ling. Terganggu dengan gangguan tersebut, Ling dan June telah nekad untuk melarikan diri daripada hotel tersebut dengan menuruni kawasan bukit, tetapi dipertengahan jalan, mereka sekali lagi diganggu oleh wanita berpakaian putih tersebut dimana Jun tiba-tiba didapati hilang. Sementara Ling pula telah diselamatkan oleh seorang polis yang dikenali sebagai Shan.
Kehilangan Jun dengan membawa wang kemenangan yang banyak itu telah menjadi tanda tanya. Pihak imigresen pula mendapati bahawa tiada tanda-tanda yang Jun pernah memasuki Malaysia. Pihak polis pula mengesyaki bahawa Ling ada mempunyai hubungkait dengan wanita berpakaian putih tersebut. Berada di tempat yang asing dengan bahasa dan budaya, tidak ada sesiapa yang percaya dengan cerita yang dikatakan oleh Ling, sementara pihak doktor pula percaya bahawa Ling mempunyai masaalah mental.
Perkara ini membuatkan Ling menjadi lebih tertekan, walaupun berada di hospital Ling dapat merasakan bahawa segala gangguan itu masih belum berakhir. Dengan pertolongan seorang bomoh (Shaman King) , mereka telah ke tempat kejadian sebenar dimana Ling terpaksa berdepan dengan wanita berpakaian putih itu sendiri dan mendapati bahawa wanita itu dan dirinya adalah merupakan orang yang sama. Apakah yang terjadi kepada Ling?Apakah yang bakal terjadi kepada pasangan ini Mampukah mereka keluar daripada malapetaka ini?
Jom saksikan tayanganya di pawagam mulai 19 October 2017 ye
Sempena memeriahkan penayangan filem HAUNTED HOTEL ini, pihak LOMO Pictures telah berbesar hati membuat Tayangan Premiere 1 hari lebih awal pada 18 Oktober 2017 jam 2.00 petang di GSC MidValley Shopping Mall. KP ngn berkan 10 tiket untuk diberikan kepada 5 pembaca setia blog , terima kasih kepada phak LOMO Pictures untuk tiket ini . Senang sahaja , komen di entri blog ini “Saya Nak Menang Tiket Haunted Hotel ” sertakan email supaya senang jika diumukan sebagai pemenang. Tarikh tutup 17.10.17 jam 3 petang



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge