ALPRO スギ FARMASI JEPUN DIBUKA DI MALAYSIA, AWESOME!| Buat anda yang minat pada produk keluaran Jepun, ini berita baik untuk anda.

ALPRO スギ FARMASI JEPUN

Farmasi ini dimiliki oleh Kumpulan Alpro. Syarikat induk rantaian farmasi preskripsi terbesar di Malaysia – Alpro スギ Farmasi, dan Sugi Holdings Co. Ltd,

Mempunyai lebih daripada 1,600 cawangan dan kini membuka cawangan terbaru di pusat beli-belah The Starling Mall.

Dengan keluasan kira-kira 3,888 kaki persegi, ia menawarkan pelbagai produk kesihatan, kecantikan, keperluan dapur serta kediaman dan banyak lagi.

ALPRO スギ FARMASI JEPUN

PERKENAL PERKHIDMATAN DIMENSI BARU

Pembukaan di Malaysia menjadi satu perkara dan peristiwa penting bagi kerjasama yang ditandatangani pada 2022

Dimana Alpro スギ Farmasi berjanji untuk memperkenalkan perkhidmatan dimensi baharu dalam penjagaan kesihatan yang melangkaui tawaran farmasi konvensional.

Ini bagi menyokong kesihatan masyarakat setempat dengan lebih baik dan lebih berkualiti.

ALPRO スギ FARMASI JEPUN

HASIL USAHA KERAS SETAHUN

“Pembukaan besar- besaran Alpro スギ Farmasi hari ini adalah hasil daripada usaha keras kami selama lebih setahun.

Komitmen kami untuk menyediakan perkhidmatan farmasi berkonsep baharu yang menyampaikan kesihatan, kepercayaan, keselamatan kepada pengguna.

ALPRO スギ FARMASI JEPUN

Sementara kami berusaha untuk membuka lebih banyak farmasi penjagaan kesihatan Jepun di dalam negara.

Dalam pada masa yang sama juga kami merancang untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh Asia Tenggara seperti Brunei, Singapura dan Indonesia”

-Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alpro, Ph. Low Swee Siong

CAWANGAN ALPRO スギ FARMASI

Cawangan kedua dijadualkan dibuka di Paradigm Mall, Johor Bahru.

Kedua-dua farmasi ini akan melakukan pelancaran ‘Siaran Serentak’ produk kesihatan dan kecantikan ‘Made in Japan’ yang terkenal dan produk penjagaan rumah dan juga penjagaan bayi.

ALPRO スギ FARMASI JEPUN

“Kami teruja melihat kerjasama kami dengan Kumpulan Alpro menjadi kenyataan. Ini hanyalah permulaan perjalanan kami untuk berkongsi penjagaan kesihatan Jepun yang terbaik di Asia Tenggara.”

-Wakil Pengarah dan Presiden Sugi Holdings Co. Ltd, Katsunori Sugiuras.

SEDIKIT INFORMASI

Bermula dengan permulaan yang sungguh sederhana bersama satu-satunya outlet farmasi di bandar kecil Port Dickson pada tahun 2002.

ALPRO スギ FARMASI JEPUN

Farmasi Alpro kini merupakan salah satu rangkaian farmasi komuniti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan penjagaan kesihatan yang komprehensif.

ALPRO スギ FARMASI JEPUN

Ini melalui lebih daripada 250 buah cawangan termasuk Alpro Pharmacy, Alpro Clinic, Alpro Physio dan Alpro Baby sama ada melalui dalam talian atau luar talian di seluruh negara.

Selain itu, mempunyai lebih daripada 650 profesional kesihatan yang terdiri daripada para doktor, ahli farmasi, pakar pemakanan, dietitian, fisioterapi dan juga pelbagai profesional kesihatan yang lain.

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge