AKTRES PUTERI AISHAH SELAMAT BERGELAR ISTERI, TAHNIAH!

AKTRES PUTERI AISHAH SELAMAT BERGELAR ISTERI, TAHNIAH! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kenal pada Puteri Aishah ? Antara pelakon yang nama sedang naik di industri filem.

PUTERI AISHAH

Pelakon jelita, Puteri Aishah,27, selamat melangsungkan majlis pernikahan dengan ahli perniagaan, Muhammad Firdaus,28, yang diadakan di Ballrooms JW Marriot Kuala Lumpur jam 11:15 pagi tadi.

Puteri atau nama sebenarnya Puteri Aishah Sulaiman dinikahkan oleh Qadi Ustaz Mohd Abdul Nasir Abdullah dengan disaksikan bapa Puteri, En. Sulaiman Abd. Rahman.

MAS KAHWIN

Pada majlis itu, Puteri menerima mas kahwin RM300 beserta 5 dulang hantaran daripada pihak lelaki. Sementara pihak perempuan menyerahkan 7 dulang. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Puteri berkata, dia sudah lama menantikan saat ini dan berharap ikatan perkahwinan akan berkekalan hingga akhir hayat.

“Alhamdulillah majlis dirancang berjalan lancar selepas beberapa kali ditangguh akibat pandemik Covid-19. Saya bersyukur apabila impian kami untuk melihat perkahwinan ini disaksikan oleh keluarga kedua belah pihak tercapai.

Saya dan suami juga memohon maaf kerana tidak dapat menjemput rakan-rakan artist yang lain atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP),” kata Puteri Aishah.

CIRI LELAKI IDAMAN

Menurut Puteri, dia mengakui FIrdaus memiliki setiap ciri-ciri lelaki idamannya.

“Sepanjang dua tahun mengenali Firdaus, saya menyukai keperibadiannya. Dia seorang yang baik dan mengutamakan keluarga. Dia sangat menyayangi dan meletakkan keluarganya nombor satu.

“Malah, dia juga sentiasa menyokong minat saya dalam bidang lakonan. Dia juga sudah bagi lampu hijau dimana saya boleh teruskan kerjaya ini selama mungkin,”katanya.

Majlis yang diadakan secara sederhana membabitkan keluarga dan kenalan terdekat kedua belah pihak itu menyaksikan Puteri dan Firdaus mengenakan busana bewarna putih.

Baju pernikahan yang digayakan mereka adalah rekaan @RizmanRuzaini .

Dalam pada itu, majlis resepsi pasangan bahagia ini bakal diadakan di JW Marriot, Kuala Lumpur, malam ini.

Tahniah dari kami! Untuk dapat informasi terkini layari

Facebook |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge