Berlangsungnya Anugerah Juara Lagu 38 a.k.a AJL38 pada malam tadi amat sengit. AJL38 menyaksikan 12 buah lagu bakal berentap untuk merangkul gelaran Juara Lagu, Tempat Kedua, Tempat Ketiga, Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik.
JUARA AJL 38
Amir Jahari merangkul trofi Juara Lagu menerusi lagu dan lirik ciptaannya Hasrat di Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38 di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Dengan pengumuman tersebut, Amir Jahari memenangi trofi dan wang tunai RM100,000. Lagu ini juga adalah lagu OST bagi filem Imaginur.
Kemunculan Beto dan Diana Danielle dipenghujung persembahan sedikit sebanyak membuat semua beremosi dan teringat kembali filem ‘Imaginur’
TEMPAT KEDUA
Naib juara AJL38 menjadi milik lagu Sutera nyanyian Aisha Retno ciptaan Aisha Retno & MFMF dan lirik dihasilkan oleh Aisha Retno dan membawa pulang trofi serta wang tunai RM50,000.
TEMPAT KETIGA
Jangan Mati Rasa Itu nyanyian Aina Abdul dimenangi menerusi lagu ciptaan Aina Abdul sendiri. Kemenangan itu melayakkan menggondol hadiah trofi dan wang tunai RM30,000.
VOKAL TERBAIK
Pemenang trofi Vokal Terbaik membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai RM12,000 masih lagi diungguli oleh Aina Abdul
PERSEMBAHAN TERBAIK
Aisha Retno dengan lagu Sutera mengungguli kategori Persembahan Terbaik yang menawarkan ganjaran wang tunai RM12,000
PENYANYI PILIHAN ALHA ALFA
Penyanyi Pilihan Alha Alfa membawa pulang RM12,000 dan trofi jatuh kepada Aina Abdul
Antara finalis yang turut bertanding pada malam Anugerah Juara Lagu 38 adalah Kugiran Masdo, Ernie Zakrie, Wany Hasrita & Afieq Syazwan dan Naqiu
Marsha Milah, Shiha Zhikir, Hael Husaini, Khai Bahar & Nabila Razali , Hasif Upin dan Ziana Zain.
TIRAI PEMBUKAAN
AJL38 membuka tirai dengan persembahan yang sangat bertenaga dengan konsep ‘girl band’ yang menggandingkan dua vokalis iaitu Shila Amzah dan Vanessa Reynauld.
Julung kalinya persembahan pembukaan dengan lagu medley antarabangsa dan tempatan. Sissy Iman sebagai pemain keyboard dengan 3 pemain muzik muda yang berbakat besar iaitu Naimi Daini (drum), Tasneem Bolhasan (bass) dan Anis Kalisa (gitar).
TEMA AJL38
Tema AJL38 ialah MUZIKAVERSE, gabungan dua perkataan iaitu MUZIK dan MULTIVERSE. Dimana kita menggabungkan dunia yang berbeza antara penyanyi, penulis lirik dan komposer dalam mencipta sebuah karya lagu yang baharu.
Muzik dan AJL sudah sebati sepanjang penganjurannya yang meraikan kepelbagaian genre muzik. Selain itu, AJL juga merupakan platform untuk pengkarya muzik Malaysia menyerlahkan bakat dan kreativiti mereka.
Selain menjadi perantara menghubungkan peminat dengan penyanyi kegemaran mereka
yang menyaksikan evolusi AJL selama 38 tahun.