Setelah mencipta sejarah dan fenomena menerusi Ada Apa Dengan Melly (Back To School) penyanyi tersohor Indonesia, Melly Goeslaw kembali ke Malaysia – Ada Apa Dengan Melly & Friends.
ADA APA DENGAN MELLY & FRIENDS [MALAM GRADUASI]
Kembalinya Melly bersama Anto Hoed pada 1 Jun 2024 ini kelak akan dimeriahkan dengan rakan seperjuangan. Lantaran itu konsert kedua yang dijangka akan mencipta sejarah tersendiri digelar Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi).
PROJEK MEGA KONSERT
Dibawakan oleh AKE Group yang merealisasikan sekali lagi projek mega konsert dari Iman Tang (Icon Entertainment) akan dilaksanakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 1 Jun 2024.
PENGETUA MELLY
Selaku ‘Pengetua’ Melly mahu memeriksa keadaan terkini ‘anak-anak didiknya’ yang pernah merayakan pesta lewat Ada Apa Dengan Melly (Back To School). Sekaligus meraikan mereka melalui sebuah acara yang lebih penuh magis dengan Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi).
“Saya bahagia setelah melihat ‘anak-anak didik’ saya menyambut Ada Apa Dengan Melly (Back To School) dengan antusias yang luar biasa.
LANJUTAN KONSERT DARI SEBELUM INI
“Sejak itu, pihak saya bersama Iman Tang terus merencana sesuatu yang lebih besar selepas menerima banyak pertanyaan mengenai konsert seterusnya.
“Jadi lanjutan daripada siri Ada Apa Dengan Melly (Back To School), kini kami dengan bangga mengumumkan konsert yang bakal berlangsung pada 1 Jun 2024 ini akan lebih gah dan terus melakar sejarah,”
-ujar Melly Goeslaw.
ANTO HEAD
Manakala Anto Hoed selaku pengarah musik akan memastikan segala perjalanan penataan muzik pastinya di adun sebaik mungkin. Ini demi memberikan kepuasan kepada peminat peminat Melly pada malam konsert itu nanti.
Saya ada 600 lebih lagu yang dicipta dan pada konsert yang lepas hanya menyanyikan 30 buah lagu jadi belum diputuskan lagi lagu apa yang akan disampaikan.
BAGI IMAN TANG PULA
Manakala siapakah yang bakal bersama di atas pentas itu nanti, Melly turut belum ada keputusan dan bakal menyerahkan kepada peminat untuk menyenaraikan siapakah artis untuk bersama Melly.
Bagi penganjur Iman Tang dari Icon Entertainment pula, persiapan rapi diambil selama satu tahun sebelum Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) bertemu peminat di Malaysia.
Tempoh masa setahun yang dilihat sedikit dekat untuk sebuah konsert daripada penyanyi yang sama dibimbangi akan kurang sambutan.
Namun Iman Tang percaya momentum Ada Apa Dengan Melly (Back To School) akan menjadi lebih kuat dengan Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi).
“Untuk konsert kali ini pastinya sebuah konsep baharu dibawakan untuk peminat.
KINI TIDAK LAGI BERSEORANGAN
“Melly tidak hadir berseorangan. Beliau akan membawa rakan-rakan yang pernah berduet dan berkolaborasi dengannya sepanjang lebih dua dekad menjadi pelaku seni ke atas pentas.
“Dan sesuai dengan tema Malam Graduasi, konsert ini menjadi lebih ‘mewah’, meriah dan penuh dengan perayaan di antara Melly, rakan-rakannya dan peminat semua.
“Jadi kami percaya walaupun Melly kembali ke Malaysia hanya dalam tempoh setahun dan melakukan konsert ini akan sukses kerana ‘anak-anak didiknya’ perlukan malam graduasi,”
-ujar Iman Tang.
TEMA PAKAIAN GRADUASI
Iman Tang juga memberitahu setiap peminat yang hadir perlu mengikut tema pakaian graduasi yang ditetapkan.
HARGA TIKET
Bermula dari 1 Mac 2024 Jumaat – 11 pagi, tiket sudah mula dijual . Harga-harga tiket adalah seperti berikut:
- Sejarah RM 228
- Pendidikan Jasmani RM288
- Sains RM328
- Sastera RM428
- Matematik RM588
Website Ticket2u| Contact 012 6530 700 (WhatsApp)