Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Aik Cheong Coffee Kembali Dengan Konsep BLACK TO BASIC| Ingat lagi masa pantang kan dua-dua kids, air kopi adalah antara air wajib yang ada. Semestinya jenama Aik Cheong Coffee sebab ianya bukan lagi baru tetapi sudah berada di pasaran lebih dari 60 tahun.
Aik Cheong Coffee
Ditubuhkan pada tahun 1955 dan hingga kini masih lagi terkenal di mata dunia. Falsafah jenama ini menawarkan air yang segar, sihat dan berkualiti kepada pelanggan. Mempunyai pelbagai rangkaian produk minuman segera yang popular dari Kopi-O, “White Coffee”, Teh Susu, Minuman Coklat Malt, Minuman Bijiran dan lain-lain. 
BLACK TO BASIC
Berkonsepkan “BLACK TO BASIC” produk baru ini diilhamkan untuk memberi pencinta kopi merasai keaslian “Black Coffee”. Tambahan pula, cogan kata yang diketengahkan adalah “Me Moment Now” yang bermaksud ingin memberi pecinta kopi merasai suasana baru menikmati segelas cawan “brew coffee” di zon peribadi mereka yang selesa.
Tan Boon Heong sebagai Duta
Menerusi pengumuman yang terbaharu, mereka amat berbesar hati dan berbangga mendapatkan khidmat pemain badminton negara iaitu Encik Tan Boon Heong sebagai Duta. 
“IT’s more than just”
Aik Cheong Coffee sentiasa menekankan “nikmati kopi sebenar di rumah” dan dengan inisiatif yang kuat dalam mengembangkan produk. Mereka telah berjaya melancarkan satu trend baru iaitu minuman panas cawan segera.

“Drip & Dip Coffee”
Sentiasa melangkah maju ke hadapan, tahun ini sekali lagi melancarkan produk baharu mereka iaitu siri “BLACK” dengan berkonsepkan “Drip & Dip Coffee” menggunakan cogan kata “Black To Basic”.
Siri “Drip & Dip Coffee” mempunyai 6 variasi baru yang terdiri daripada :
- Ethiopia Yigracheffe
- Colombia Medellin
- Guatemala Huehuetenango
- Nicaragua Jinotega
- Cold Brew Ethiopia Yigracheffe
- Milk Brew Columbia & Brazil Santo’s


Wow didn’t know that they have another new coffee product. And very catchy as well “Black to basic. Instead of back to basic.