Aik Cheong Coffee Kembali Dengan Konsep BLACK TO BASIC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Aik Cheong Coffee Kembali Dengan Konsep BLACK TO BASIC| Ingat lagi masa pantang kan dua-dua kids, air kopi adalah antara air wajib yang ada. Semestinya jenama Aik Cheong Coffee sebab ianya bukan lagi baru tetapi sudah berada di pasaran lebih dari 60 tahun.

Aik Cheong Coffee

Ditubuhkan pada tahun 1955 dan hingga kini masih lagi terkenal di mata dunia. Falsafah jenama ini menawarkan air yang segar, sihat dan berkualiti kepada pelanggan. Mempunyai pelbagai rangkaian produk minuman segera yang popular dari Kopi-O, “White Coffee”, Teh Susu, Minuman Coklat Malt, Minuman Bijiran dan lain-lain. Dengan inovasi dan kejayaan mereka yang berdedikasi, kini telah melancarkan produk kopi siri “Black” yang baru dikembangkan. Terdiri daripada 4 perisa baharu iaitu “Drip Coffee” dan 2 perisa baharu iaitu “Dip Coffee”

BLACK TO BASIC

Berkonsepkan “BLACK TO BASIC” produk baru ini diilhamkan untuk memberi pencinta kopi merasai keaslian “Black Coffee”. Tambahan pula, cogan kata yang diketengahkan adalah “Me Moment Now” yang bermaksud ingin memberi pecinta kopi merasai suasana baru menikmati segelas cawan “brew coffee” di zon peribadi mereka yang selesa.

Tan Boon Heong sebagai Duta

Menerusi pengumuman yang terbaharu, mereka amat berbesar hati dan berbangga mendapatkan khidmat pemain badminton negara iaitu Encik Tan Boon Heong sebagai Duta. Malah, duta jenama yang baru dilantik ini juga akan terlibat buat julung kalinya dalam industri hiburan.  Bakal membuat penampilan dalam filem pendek bersama artis tempatan terkenal, Ah Boy Danny Koo (The Nation’s Boyfriend) untuk merakamkan Lagu Tema Tahun Baru Cina Aik Cheong Coffee bagi tahun 2021.

“IT’s more than just”

Aik Cheong Coffee sentiasa menekankan “nikmati kopi sebenar di rumah” dan dengan inisiatif yang kuat dalam mengembangkan produk. Mereka telah berjaya melancarkan satu trend baru iaitu minuman panas cawan segera.

Ianya  dikenali “IT’s more than just” yang dilancarkan pada tahun lepas, Jun 2019 di mana produk tersebut telah mencatatkan rekod penjualan yang memberangsangkan dengan lebih 1 Juta cawan berjaya dijual.

“Drip & Dip Coffee”

Sentiasa melangkah maju ke hadapan, tahun ini sekali lagi melancarkan produk baharu mereka iaitu siri “BLACK” dengan berkonsepkan “Drip & Dip Coffee” menggunakan cogan kata “Black To Basic”.

Siri “Drip & Dip Coffee” mempunyai 6 variasi baru yang terdiri daripada :

  • Ethiopia Yigracheffe
  • Colombia Medellin
  • Guatemala Huehuetenango
  • Nicaragua Jinotega
  • Cold Brew Ethiopia Yigracheffe
  • Milk Brew Columbia & Brazil Santo’s
Anda boleh mula mendapatkan semua jenis produk ini di pasaraya premium ataupun di platform online E-Commerce. Untuk maklumat lanjut layari



About The Author

1 thought on “Aik Cheong Coffee Kembali Dengan Konsep BLACK TO BASIC”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top