Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
“Secara tradisinya, memberikan oren Mandarin semasa Tahun Baru Cina menunjukkan rasa bernasib baik dan warna limau Mandarin juga melambangkan “emas”, menjadikannya penting untuk menjadi kehadiran di mana-mana semasa tempoh perayaan. Sebutan Kantonis untuk memberi limau Mandarin – “Song Kam” adalah sama dengan “memberi emas”, oleh itu ia menandakan kemakmuran yang dikehendaki oleh penerima.”“Sambutan Tahun Baru Cina dan tema Abundance of Prosperity juga adalah mengenai merapatkan keluarga dan kami menghargai nilai-nilai tradisi yang datang dengannya, dan ini mengingatkan kita tentang akar kita dan keluarga adalah kekayaan yang tidak dapat ditukar ganti. Untuk ini, Suria KLCC mahu anda pulang ke rumah dan meraikan musim penuh kasih sayang sempena Tahun Baru Cina”
Inisiatif yang didorong oleh keperluan masyarakat sentiasa menjadi keutamaan Suria KLCC dan musim perayaan Abundance of Prosperity ini ia tidak dilupakan. Suria KLCC terus bekerjasama dengan Hospis Malaysia dalam kempen “Speak Up- There’s an Elephant in the Room”, mewujudkan kesedaran dan mendapatkan sokongan orang ramai terhadap program “palliative care” yang diperjuangkan oleh Hospis Malaysia.
Pengunjung digalakkan untuk menyokong dengan menyumbang RM15 kepada kempen dan sebagai penghargaan, mereka akan menerima tanda terima kasih dari Suria KLCC dan terdapat juga cenderahati oleh Suria KLCC untuk memperingati penyumbang kempen sempena Abundance of Prosperity untuk Tahun Baru Cina
Semua hasil yang diperoleh dari inisiatif penjanaan dana akan disalurkan ke Hospis Malaysia. Mereka yang berminat untuk memberi sumbangan amal boleh terus ke Concierge Level Concourse atau hubungi 03-2382 2828 untuk maklumat lanjut.