MALAYSIA SARONG MUSIC RUN 2026 HIMPUN 20,000 PESERTA!

20,000 orang turun KLCC! Malaysia Sarong Music Run 2026 meriah dengan sarung, muzik dan budaya!

MALAYSIA SARONG MUSIC RUN 2026

Kalau nampak KLCC penuh dengan orang pakai kain sarung hari ini, jangan pelik! Malaysia Sarong Music Run 2026 kembali untuk edisi ketiga dengan lebih 20,000 peserta dari Malaysia dan luar negara.

Malaysia Sarong Music Run 2026 himpunkan 20,000 peserta di KLCC

Bukan sekadar larian 5km, acara kali ini menggabungkan gaya hidup sihat, muzik dan budaya Malaysia dalam satu acara yang cukup meriah.

Dengan kain sarung sebagai tema utama, para peserta berlari sambil menikmati persembahan muzik, aktiviti kebudayaan dan pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga.

SARUNG BUKAN SEKADAR SARUNG!

Malaysia Sarong Music Run mahu mengetengahkan kain sarung sebagai sebahagian daripada kehidupan dan identiti masyarakat Malaysia.

Malaysia Sarong Music Run 2026 himpunkan 20,000 peserta di KLCC

Pelbagai corak, warna dan gaya sarung yang dipakai peserta turut menggambarkan kepelbagaian budaya serta semangat kebersamaan rakyat Malaysia.

JETOUR PENAJA UTAMA

Menurut Pengasas Malaysia Sarong Music Run, Eddy Casmady, sambutan tahun ini menunjukkan ramai yang mahu menikmati acara yang menggabungkan aktiviti sihat dengan budaya.

Beliau turut menghargai sokongan JETOUR sebagai Penaja Utama, selain Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta semua penaja dan rakan strategik.

SITI NURHALIZA PIMPIN BACAAN IKRAR

Antara momen menarik acara ialah bacaan ikrar yang dipimpin oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama Pinn Ying dan Christy Ng serta para peserta.

Malaysia Sarong Music Run 2026 himpunkan 20,000 peserta di KLCC

Bacaan tersebut membawa mesej tentang perpaduan, kecintaan terhadap Malaysia dan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya negara.

Pelepasan rasmi Malaysia Sarong Music Run 2026 pula disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Sarong Music Run 2026 himpunkan 20,000 peserta di KLCC

LARI, DENGAR MUZIK & JUMPA JETOUR

Acara bermula dengan bacaan doa oleh Azmi daripada Caliph Buskers sebelum Malaysia Speed 5K dilepaskan pada 4.30 petang. Kategori berjalan 3km dan larian 5km pula bermula pada 6.10 petang.

Sepanjang laluan KLCC, peserta turut dihiburkan dengan muzik secara langsung, sajian tempatan, bendera Malaysia sepanjang 2km oleh Pasukan Astro Radio serta penampilan Bella Astillah.

PELANCARAN MODEL TERBARU JETOUR

JETOUR turut memeriahkan acara dengan pelancaran model baharu, selain konvoi melibatkan 100 buah JETOUR T1 dan T2.

Malah, acara turut menampilkan persembahan kebudayaan dan konsert daripada kumpulan HUJAN.

20,000 PESERTA, FULL HOUSE!

Pendaftaran Malaysia Sarong Music Run 2026 mencapai kapasiti penuh dengan 20,000 peserta.

Dengan sokongan JETOUR sebagai Penaja Utama, acara ini bukan sahaja membawa elemen larian dan hiburan, tetapi turut memberi ruang kepada penggiat seni, usahawan tempatan dan komuniti budaya memperkenalkan kreativiti mereka.

Malaysia Sarong Music Run 2026 himpunkan 20,000 peserta di KLCC

Lebih menarik, konsep sebegini turut menyokong aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026–2027, dengan budaya, muzik dan keramahan rakyat Malaysia menjadi sebahagian daripada pengalaman yang boleh dinikmati pelancong tempatan dan antarabangsa.

Nampaknya, sarung memang bukan sekadar pakaian tradisional — kali ini ia jadi ‘uniform’ untuk 20,000 orang berpesta sambil berlari di tengah Kuala Lumpur! 🇲🇾❤️