D’Masiv kembali ke Kuala Lumpur menerusi Asia Home Run pada 20 November 2026 di Mega Star Arena. Semak harga tiket dan pakej Super VIP. Siapa yang dulu pernah layan “Cinta Ini Membunuhku”, “Jangan Menyerah” atau “Pergilah Kasih” sampai hafal lirik? 🙋♀️🙋♂️
Okay, ada berita baik!
D’MASIV KEMBALI KE KL!
Kali ini bukan sekadar datang buat persembahan biasa, tetapi menerusi jelajah “D’Masiv Asia Home Run” yang membawa mereka bertemu peminat di beberapa destinasi Asia.
Dan yang paling best?
Kuala Lumpur menjadi destinasi terakhir jelajah Asia mereka sebelum D’Masiv kembali ke Jakarta. ❤️

20 NOVEMBER, JUMPA DI MEGA STAR ARENA
Peminat Malaysia boleh bersedia untuk satu malam penuh nostalgia apabila D’Masiv akan menggegarkan Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 20 November 2026, jam 8 malam.
Konsert ini dibawakan oleh Neptunes Presents dan D’Masiv dijangka menyajikan persembahan kira-kira dua jam. Jadi, kalau anda jenis yang bila lagu D’Masiv keluar terus boleh sambung lirikIni memang konsert untuk anda. 😂
D’MASIV ASIA HOME RUN
DARI LAGU LAMA SAMPAI KARYA BAHARU
Apa yang menarik tentang “D’Masiv Asia Home Run”, mereka bukan sekadar mahu mengulang nostalgia. Peminat juga bakal menikmati karya-karya terbaharu D’Masiv bersama lagu popular yang sudah menjadi sebahagian daripada perjalanan muzik mereka.
Antara lagu yang bakal menghidupkan suasana termasuk “Pergilah Kasih”, “Jangan Menyerah” dan “Cinta Ini Membunuhku”. Bayangkan satu Mega Star Arena menyanyi lagu yang sama-sama kita kenal.

Confirm bukan D’Masiv seorang yang penat. Peminat pun boleh hilang suara. 😂🎤
Persembahan ini turut akan dilengkapkan dengan elemen visual yang mengetengahkan semangat Indonesia serta kisah akar umbi D’Masiv.
KENAPA PILIH KUALA LUMPUR?
Bagi D’Masiv, Malaysia memang mempunyai tempat yang istimewa.
Menurut Pengarah Projek Neptunes Presents, Shamsir Firdaus Shariman, kumpulan itu mempunyai kelompok peminat yang besar di Malaysia dan menganggap negara ini seperti rumah kedua.
Sambutan penonton Malaysia, tenaga ketika konsert dan layanan peminat antara sebab D’Masiv terus merindui suasana di sini. Sebab itu kali ini mereka dibawa ke lokasi dengan kapasiti lebih besar iaitu Mega Star Arena.
TIKET BERMULA RM108!
Okay, sekarang bahagian paling penting. Tiket pra-jualan mula dijual pada 8 September 2026, jam 10 pagi menerusi laman rasmi dmasivtour.com.

Harga tiket pula:
💛 Gold – RM108
💙 Platinum – RM148
❤️ Festival (Berdiri) – RM188
💎 Diamond – RM288
👑 Super VIP – RM588
Kalau nak rasa pengalaman lebih dekat dengan D’Masiv, pakej Super VIP RM588 menawarkan tempat duduk premium sofa, laluan masuk pentas, sesi bergambar, barangan eksklusif, poster bertandatangan, tiket koleksi edisi terhad serta makanan ringan dan minuman.

Ada juga add-on untuk peminat yang nak tambah koleksi:
📸 Poster bertandatangan + sesi bergambar – RM100
🎟️ Tiket Koleksi Edisi Terhad – RM10
D’MASIV ASIA HOME RUN, MEMANG UNTUK YANG RINDU ZAMAN DULU
D’Masiv bukanlah kumpulan yang baru muncul semalam. Ditubuhkan pada 2003, kumpulan ini sudah lebih dua dekad mewarnai perjalanan muzik mereka.
Sebab itu konsert kali ini mungkin terasa sedikit berbeza. Ia bukan sekadar datang tengok kumpulan Indonesia buat persembahan. Ia macam buka balik playlist lama dan tiba-tiba semua memori datang sekali. 🥹
DEKAT DENGAN PEMINAT
Vokal Rian Ekky Pradipta, gitar Dwiki Aditya Marsall dan Nurul Damar Ramadan, bass Rayyi Kurniawan Iskandar serta dram Wahyu Piadji bakal mengisi malam Kuala Lumpur dengan lagu-lagu yang sudah dekat dengan peminat.
Dan seperti yang dikongsikan Rian, “Asia Home Run” sebenarnya membawa semangat perjalanan D’Masiv sejak awal — dari Ciledug, Indonesia, sehinggalah ke pentas antarabangsa.

ADA YANG NAK JOIN SEKALI KE?
Kalau D’Masiv pernah jadi soundtrack zaman sekolah, zaman bercinta, zaman galau atau sekadar teman perjalanan dalam kereta, mungkin ini masa untuk dengar lagu-lagu tersebut secara LIVE pula.
20 November 2026. Mega Star Arena.
Prepare suara.
Prepare hati.
Dan paling penting…
Jangan lupa hafal lirik. 😂❤️