Konsert Kelate KL 2026 Ditangguhkan, Tarikh Baharu Akan Diumumkan. Pemegang tiket melalui Ilasso bakal menerima maklumat lanjut mengenai proses refund.
KONSERT KELATE KL 2026
Peminat yang sudah merancang untuk menghadiri Konsert Kelate KL 2026 perlu membuat sedikit perubahan pada jadual apabila acara yang sepatutnya berlangsung pada 29 Ogos 2026 di Zepp Kuala Lumpur terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh baharu.
KEPUTUSAN SEBULAT SUARA
Natriya Enterprise selaku penganjur utama, dengan kerjasama Ikarl Project serta sokongan Irama Entertainment, memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan dan memerlukan penyelarasan lanjut.
Pihak penganjur bagaimanapun menegaskan bahawa tarikh baharu akan diumumkan selepas semua proses penyelarasan dimuktamadkan.
KONSERT KELATE KL 2026 CONFIRM DITANGGUHKAN
Menurut penganjur, penangguhan dibuat bagi memastikan keseluruhan perjalanan acara dapat dilaksanakan dengan lebih baik apabila ia diteruskan kelak.

“Kami memahami bahawa penangguhan ini mungkin menimbulkan sedikit kesulitan kepada para peminat yang telah membuat perancangan awal untuk menghadiri Konsert Kelate KL 2026,” menurut kenyataan penganjur.
Pihak penganjur turut memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul serta menghargai kesabaran, pemahaman dan sokongan berterusan daripada para peminat.
BILA TARIKH BARU KONSERT?
Buat masa ini, tarikh baharu Konsert Kelate KL 2026 masih belum diumumkan.. Penganjur akan mengeluarkan pengumuman rasmi menerusi saluran komunikasi rasmi mereka sebaik sahaja tarikh baharu dimuktamadkan.
Justeru, peminat dinasihatkan supaya mengikuti saluran rasmi penganjur untuk mendapatkan perkembangan terkini dan mengelakkan kekeliruan mengenai tarikh baharu acara.
PEMEGANG TIKET BOLEH MINTA REFUND
Bagi peminat yang telah membeli tiket menerusi platform Ilasso, pihak penganjur akan menyediakan proses pemulangan wang atau refund.

MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN
Maklumat lanjut berkaitan kaedah serta tempoh pemulangan wang akan diumumkan melalui saluran rasmi penganjur dan platform tiket Ilasso dalam masa terdekat. Pemegang tiket disarankan menyimpan:
✔ Bukti pembelian
✔ Nombor pesanan
✔ Maklumat tiket
✔ Bukti transaksi
Dokumen tersebut penting bagi membantu melancarkan proses refund apabila maklumat lanjut diumumkan.
BUKAN SEKADAR KONSERT, TETAPI MERAIKAN JIWA KELANTAN
Walaupun terpaksa ditangguhkan, Konsert Kelate KL 2026 membawa misi yang lebih besar daripada sekadar sebuah persembahan muzik. Acara ini dirancang sebagai platform untuk meraikan muzik, budaya dan identiti Kelantan di Kuala Lumpur, selari dengan semangat:
“SUARO KITO, JIWO KITO – 100% ORI KELATE”
Konsep acara turut mengetengahkan elemen warisan Kelantan seperti Dikir Barat dan Wayang Kulit, sekali gus memberi peluang kepada peminat menikmati elemen budaya negeri tersebut dalam suasana persembahan moden.
Dengan konsep berkenaan, Konsert Kelate KL 2026 dijangka menjadi sebuah pertemuan antara muzik, budaya dan komuniti anak Kelantan serta peminat budaya Kelantan di ibu negara. Penghargaan turut diberikan kepada Sony Music Malaysia dan Sentuhan Records selaku Strategic Partner serta Molek FM sebagai Radio Official.
Buat masa ini, peminat hanya perlu menantikan pengumuman rasmi seterusnya.
Konsert Kelate KL 2026 bukan dibatalkan, tetapi ditangguhkan ke tarikh baharu yang akan diumumkan kemudian.