Midea Jalin Kerjasama Dengan 99 Speed Mart, Peralatan Rumah Pintar Kini Lebih Mudah Didapati. Kini Lebih Mudah! Produk Midea Boleh Didapati Di Semua 99 Speed Mart Mulai Ogos 2026
PRODUK MIDEA
Mencari peralatan rumah berkualiti kini lebih mudah apabila Midea Malaysia menjalin kerjasama strategik dengan 99 Speed Mart, sekali gus membolehkan pengguna mendapatkan pelbagai produk Midea di rangkaian pasar mini terbesar di Malaysia.
MOU MIDEA DAN 99 SPEED MART
Kerjasama yang dimeterai menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) ini menjadi satu lagi langkah penting dalam usaha Midea memperluaskan rangkaian pengedarannya, selain memastikan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati akses yang lebih mudah kepada peralatan rumah pintar dan cekap tenaga.

Mulai Ogos 2026, pelanggan boleh mendapatkan pilihan produk Midea di semua cawangan 99 Speed Mart di seluruh negara.
MEMUDAHKAN KEHIDUPAN HARIAN PENGGUNA
Majlis pemeteraian MoU itu diwakili oleh Pengarah Urusan Midea Malaysia, Mark Tam, manakala Presiden Asia Pasifik (APAC) Midea Group, Zeal Jiang bertindak sebagai saksi.
Bagi pihak 99 Speed Mart Holdings Berhad, majlis tersebut dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi, Yong Eng Kwang, dengan Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Lee Thiam Wah sebagai saksi.
Kerjasama ini hadir selepas kejayaan Midea membuka 18 kedai jenama Midea di seluruh Malaysia pada tahun lalu, sekali gus mengukuhkan lagi kehadiran jenama itu melalui rangkaian runcit yang lebih luas.
PELBAGAI PRODUK MIDEA KINI LEBIH DEKAT
Menurut Mark Tam, kerjasama ini bertujuan membawa teknologi rumah pintar Midea lebih dekat kepada komuniti di seluruh negara. Antara produk yang akan ditawarkan di 99 Speed Mart termasuk mesin pengisar, cerek elektrik, periuk nasi, kipas elektrik, pembakar roti, ketuhar mini , penyedut hampagas dan dapur memasak.

SLOGAN 99 SPEED MART, ‘NEAR & SAVE’
Beliau berkata, inisiatif ini selari dengan slogan 99 Speed Mart, “Near & Save”, yang menekankan kemudahan membeli-belah berhampiran kediaman pelanggan.
Selain memudahkan pembelian, kerjasama ini turut memberi peluang kepada lebih ramai pengguna untuk mengenali teknologi terkini Midea yang direka bagi memenuhi keperluan gaya hidup moden.
99 SPEED MART TAMBAH NILAI PADA PENGGUNA
Sementara itu, Lee Thiam Wah berkata kerjasama bersama Midea merupakan langkah strategik untuk memperluaskan pilihan produk yang ditawarkan kepada pelanggan.

Sebagai rangkaian pasar mini terbesar di Malaysia, 99 Speed Mart sentiasa komited memenuhi keperluan harian rakyat Malaysia dengan menyediakan produk berkualiti pada harga berpatutan dan lokasi yang mudah diakses.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Midea kerana memilih 99 Speed Mart sebagai rakan runcit strategik dalam membawa lebih banyak inovasi peralatan rumah kepada pengguna di seluruh negara.
SELARI DENGAN VISI POWER OF ONE
Kerjasama ini turut menyokong strategi Power of One, iaitu pelan pertumbuhan Midea di rantau Asia Pasifik yang diperkenalkan semasa Persidangan Pengedar Asia Pasifik Midea di Bali.
Strategi tersebut menggabungkan inovasi produk, peluasan rangkaian runcit serta pengalaman pelanggan dalam satu hala tuju yang bertujuan memperkukuhkan kedudukan Midea di pasaran serantau.
Malaysia menjadi antara pasaran penting dalam merealisasikan visi ini, dengan fokus kepada peningkatan akses pengguna terhadap produk berkualiti dan teknologi rumah pintar.

MENJADIKAN KEHIDUPAN LEBIH PRATIKAL
Seiring peningkatan permintaan terhadap peralatan rumah yang lebih pintar, cekap tenaga dan mudah digunakan, kerjasama antara Midea dan 99 Speed Mart dijangka memberi manfaat kepada lebih ramai pengguna.
Dengan rangkaian cawangan 99 Speed Mart yang meluas di seluruh negara, pengguna kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk mendapatkan peralatan rumah Midea tanpa perlu pergi jauh.
Langkah ini bukan sahaja memperkukuhkan kedudukan Midea sebagai peneraju peralatan rumah pintar global, malah membuktikan komitmennya untuk terus memenuhi keperluan isi rumah moden di Malaysia melalui produk yang inovatif, berkualiti dan mudah diakses.