SHARP x NOJIMA LALAPORT 2026: EKOSISTEM GAYA HIDUP JEPUN!

SHARP X Nojima lancar “Japanese Living to My Home” di LaLaport KL. Terokai inovasi rumah pintar, teknologi Jepun dan pengalaman gaya hidup premium.

SHARP x NOJIMA LALAPORT 2026:

EKOSISTEM GAYA HIDUP JEPUN & TEKNOLOGI RUMAH PINTAR

SHARP Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Nojima secara rasmi melancarkan kerjasama strategik menerusi inisiatif “Japanese Living to My Home”, membawa pengalaman gaya hidup Jepun yang menyeluruh kepada pengguna Malaysia.

SHARP x NOJIMA

Dilancarkan di LaLaport Bukit Bintang City Centre, kolaborasi ini menampilkan gabungan teknologi, reka bentuk dan perkhidmatan Jepun berteraskan konsep omotenashi — layanan penuh teliti dan berkualiti tinggi.

PENGALAMAN INTERAKTIF: DARI TEKNOLOGI HINGGA GAYA HIDUP HARIAN

Pameran di atrium utama LaLaport mempersembahkan pelbagai inovasi SHARP dalam suasana interaktif, membolehkan pengunjung merasai sendiri bagaimana teknologi moden boleh meningkatkan kualiti kehidupan seharian.

SHARP x NOJIMA

TARIKAN UTAMA

✔ Teknologi Ion Plasmacluster (PCI) untuk udara lebih bersih
✔ Inovasi biomimetik berinspirasikan alam semula jadi
✔ Zon pengalaman rumah sebenar melalui Japanese Living Hub

Kerjasama ini turut melibatkan jenama Jepun lain seperti NITORI dan Aatas Living, menjadikan ia sebuah ekosistem gaya hidup lengkap—daripada peralatan elektrik hingga perabot rumah.

FOKUS KEPADA KUALITI, KECEKAPAN & PENJIMATAN TENAGA

Dalam menghadapi cabaran kos sara hidup dan peningkatan tarif elektrik, SHARP menampilkan teknologi Inverter J-Tech terkini yang direka untuk:

✔ Menjimatkan penggunaan tenaga
✔ Memberikan prestasi tahan lama
✔ Menawarkan jaminan sehingga 5 tahun

SHARP x NOJIMA

Menurut wakil SHARP, fokus utama adalah menyediakan produk premium yang boleh dipercayai, berbeza daripada lambakan produk murah berkualiti rendah di pasaran.

PENGALAMAN RUNCIT BARU LEBIH DARI SEKADAR MEMBELI

Tomonori Amma dari Nojima menegaskan bahawa kerjasama ini bukan sekadar jual beli, tetapi mencipta pengalaman runcit yang lebih bermakna. Melalui Japanese Living Hub, pengunjung boleh meneroka ruang rumah interaktif, menyertai bengkel gaya hidup hujung minggu dan memahami cara intergrasi teknologi dalam kehidupan harian.

SHARP x NOJIMA

Ini menjadikan LaLaport bukan sekadar pusat membeli-belah, tetapi destinasi gaya hidup premium Jepun di Malaysia.

TARIKAN UTAMA : KONSEP ‘MOTION OF NATURE ‘ SHARP

Salah satu highlight paling menarik ialah pameran Biomimetic Living oleh SHARP yang diinspirasikan daripada alam semula jadi seperti pergerakan ikan lumba-lumba , sayap burung hantu dan struktur pepatung.

SHARP x NOJIMA
SHARP x NOJIMA

Konsep ini membuktikan bagaimana inovasi teknologi boleh diilhamkan daripada alam untuk menghasilkan produk yang lebih efisien dan mesra pengguna.

✔ Gabungan jenama Jepun terkenal dalam satu ekosistem
✔ Fokus gaya hidup moden + teknologi rumah pintar
✔ Pengalaman interaktif & visual yang menarik
✔ Relevan dengan trend WFH & penjimatan tenaga
✔ Lokasi strategik di hotspot gaya hidup KL

SHARP x NOJIMA

KOLABORASI SHARP x NOJIMA

Kolaborasi antara SHARP Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Nojima ini bukan sekadar pelancaran produk—ia adalah langkah besar dalam memperkenalkan ekosistem gaya hidup Jepun yang lengkap kepada rakyat Malaysia.

SHARP x NOJIMA

Dengan gabungan teknologi, reka bentuk dan pengalaman pengguna yang holistik, LaLaport kini muncul sebagai hab baharu untuk gaya hidup premium Jepun yang praktikal, efisien dan relevan dengan keperluan moden.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *