Posted in

JETOUR T2 JADI PILIHAN SELEBRITI MALAYSIA DI KLIMS 2026?

JETOUR T2: PILIHAN SELEBRITI DI KLIMS 2026

Kamal Adli, Ernie Zakri, Azhan Rani, Sara Ali dan Hayden Wong Mulakan Perjalanan Baharu Bersama JETOUR T2 di KLIMS 2026

BERSAMA JETOUR T2

JETOUR Malaysia mencuri tumpuan di Kuala Lumpur International Mobility Show 2026 apabila beberapa selebriti popular tanah air menerima secara rasmi model JETOUR T2 masing-masing dalam satu majlis penyerahan khas yang berlangsung meriah di pameran automotif berprestij tersebut.

PILIHAN SELEBRITI

Antara selebriti yang terlibat ialah Kamal Adli, Ernie Zakri, Sara Ali, dan Hayden Wong, manakala pelakon Azhan Rani turut memeriahkan acara secara maya sebagai sebahagian daripada keluarga JETOUR yang semakin berkembang di Malaysia.

Acara ini turut diserikan dengan sesi bertemu peminat, memberi peluang kepada orang ramai untuk berinteraksi secara dekat dengan barisan selebriti popular tersebut.

JETOUR T2

SIMBOL PERJALANAN BAHARU DAN GAYA HIDUP ‘TRAVEL+’

Sebagai ahli baharu keluarga JETOUR, para selebriti ini kini memulakan fasa baharu bersama falsafah “Travel+”, iaitu konsep yang menekankan perjalanan bukan sekadar pergerakan, tetapi pengalaman yang memperkaya kehidupan.

JETOUR T2: PILIHAN SELEBRITI DI KLIMS 2026

Melalui setiap perjalanan bersama JETOUR T2, mereka berpeluang meneroka pengalaman baharu, mencipta kenangan bermakna serta mengeratkan hubungan dengan insan sekeliling. Konsep ini selari dengan gaya hidup moden rakyat Malaysia yang melihat perjalanan sebagai sebahagian daripada inspirasi, kerja dan kehidupan harian.

PENGALAMAN AWAL BERMULA DI LOKASI FILEM

Menariknya, hubungan awal beberapa selebriti ini dengan JETOUR bermula lebih awal menerusi penglibatan dalam filem Takluk 2: Ops Daulat, yang turut menampilkan kenderaan JETOUR dalam produksi tersebut.

Pengalaman itu menjadi titik permulaan kepada minat mereka terhadap jenama berkenaan sebelum akhirnya menerima JETOUR T2 secara rasmi di KLIMS 2026.

KAMAL ADLI

PENGALAMAN PERTAMA YANG MENGUBAH PERSEPSI

Kamal Adli berkongsi bahawa pengalaman memandu JETOUR ketika penggambaran memberi impak besar terhadap pandangannya terhadap jenama tersebut.

JETOUR T2: PILIHAN SELEBRITI DI KLIMS 2026

“Pengalaman pertama saya sangat positif dan membuka mata saya tentang potensi JETOUR. Ia bukan sekadar kenderaan, tetapi pengalaman pemanduan yang menyeronokkan,” katanya.

SARA ALI

GABUNGAN GAYA, KESELESAAN DAN JIWA PENGEMBARAAN

Sara Ali pula menekankan aspek reka bentuk dan keselesaan JETOUR T2 yang memenuhi gaya hidup aktifnya.

JETOUR T2: PILIHAN SELEBRITI DI KLIMS 2026

“Saya sukakan kenderaan yang berani dan selesa pada masa yang sama. JETOUR T2 memberi kedua-duanya sekali,” jelasnya.

ERNIE ZAKRI

FOKUS PADA KELUARGA DAN PERJALANAN BERMAKNA

Bagi Ernie Zakri, kenderaan yang fleksibel dan selesa memainkan peranan penting dalam rutin harian yang padat.

JETOUR T2: PILIHAN SELEBRITI DI KLIMS 2026

“Saya boleh fokus pada detik bermakna bersama keluarga dan perjalanan harian tanpa gangguan,” katanya.

AZHAN RANI

PENGALAMAN PANDU UJI JADI TITIK YAKIN

Azhan Rani pula berkongsi pengalaman awalnya dengan JETOUR T2 sebelum pelancarannya secara rasmi.

“Saya terus jatuh hati selepas pandu uji pertama. Ia selesa, lasak dan sangat menyeronokkan untuk dipandu,” katanya.

HAYDEN WONG

SETIAP PERJALAN ADALAH INSPIRASI

Hayden Wong menekankan falsafah perjalanan sebagai sumber idea dan pengalaman hidup.

JETOUR T2: PILIHAN SELEBRITI DI KLIMS 2026

“Setiap perjalanan membawa cerita baharu. JETOUR T2 selari dengan cara saya melihat kehidupan,” katanya.

MOBILITI BAHARU RAKYAT MALAYSIA

Menurut JETOUR Malaysia, perkongsian para selebriti ini mencerminkan perubahan gaya hidup moden rakyat Malaysia, di mana mobiliti bukan lagi sekadar perjalanan fizikal tetapi sebahagian daripada pengalaman hidup, kerjaya dan hubungan sosial.

Sama ada untuk kerja, keluarga, atau pengembaraan, setiap perjalanan kini membawa makna yang lebih besar.

JETOUR T2: PILIHAN SELEBRITI DI KLIMS 2026

KOMITMEN JETOUR – BINA KOMUNITI TRAVEL+ DI MALAYSIA

Seiring pertumbuhan jenama di Malaysia, JETOUR terus memperkukuh komitmennya dalam mengangkat falsafah Travel+ melalui pengalaman pemilikan yang lebih menyeluruh.

Inisiatif seperti JETOUR Malaysia Club turut diperkenalkan sebagai platform komuniti untuk pemilik berkongsi pengalaman, menyertai aktiviti jenama dan membina jaringan sesama pengembara. Dengan pendekatan ini, JETOUR menyasarkan untuk membina komuniti yang bukan sekadar pengguna kenderaan, tetapi pencinta perjalanan dan eksplorasi.

https://jetour.com.my

For any collaboration or invitation on Entertainment, Food, Travel or Event /Product Launching & Review, do email to kitepunye2018@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *