BAYU SOMERSET RAYA 2026: #SOMERSYOKRAYA26

Bayu Somerset Lancar Koleksi Raya 2026 #somerSYOKraya26, Tampilkan Kolaborasi Eksklusif Bersama Arif Rafhan, Bunga dan Bintang & Machino

BAYU SOMERSET RAYA 2026

Jenama fesyen tempatan yang sinonim dengan corak berani dan rona ceria, Bayu Somerset, hari ini melancarkan koleksi Aidilfitri terbaharunya, #somerSYOKraya26, serentak dengan pembukaan outlet baharu di Central i-City, Shah Alam.

#SOMERSYOKRAYA26

Koleksi Raya 2026 ini menampilkan lebih 50 corak unik, lima siluet baharu, tujuh set keluarga serta tujuh rekaan mewah, direka khas untuk menyerlahkan gaya perayaan tanpa menjejaskan keselesaan pemakaian harian. Setiap helaian mencerminkan identiti Bayu Somerset yang meraikan keunikan diri melalui warna, seni dan fesyen.

BAYU SOMERSET RAYA 2026

TIGA KOLABORASI

Mengekalkan tradisi menggabungkan seni dan fesyen, Bayu Somerset memperkenalkan tiga kolaborasi istimewa bersama nama kreatif tempatan yang membawa interpretasi tersendiri:

ARIF RAFHAN

mengolah motif batik klasik dengan sentuhan estetik moden dan palet warna ceria, memberikan nafas segar kepada busana Raya tradisional.

✔ BUNGA DAN BINTANG

Tampil dengan rekaan floral lembut dalam rona pastel, menambah elemen feminin dan manis dalam koleksi Raya.

BAYU SOMERSET RAYA 2026

✔ MACHINO

Menerusi kolaborasi eksklusif, menggabungkan bunga Hana ikonik bersama corak batik khas Bayu Somerset, diperkemaskan dengan palet warna hangat berinspirasikan musim luruh.

BAYU SOMERSET RAYA 2026

EMPAT REKAAN KASUT & GAYA SKARF

Kolaborasi ini turut merangkumi empat rekaan kasut eksklusif dan empat gaya skarf, menjadikannya versatil untuk digayakan semasa Raya mahupun harian. Koleksi ini mencerminkan keseimbangan antara warisan dan ekspresi moden.

BAYU SOMERSET RAYA 2026

“Siluet Bayu Somerset berakar daripada budaya Malaysia, namun warna dan corak kami sentiasa berani dan kontemporari. Menerusi kolaborasi ini, kami menyatukan tradisi dan seni moden untuk menghasilkan koleksi yang relevan dengan gaya masa kini,”

-kongsi Dania Kamalul, Ketua Pemasaran Bayu Somerset,

PENAMPILAN ARTIS

Pelancaran koleksi ini turut diserikan dengan penampilan Anzalna Nasir yang anggun dalam Inara Kurung in Cempaka Puteh daripada kolaborasi Bayu Somerset x Arif Rafhan. Liza Hanim pula tampil bersama anak perempuannya dalam set kebaya sedondon Agnes Kotabaru rona Murni Blue dan Green, menonjolkan tarikan mesra keluarga koleksi ini.

BAYU SOMERSET RAYA 2026

JINGLE RASMI

Sebagai pelengkap, Bayu Somerset turut memperkenalkan jingle rasmi pertama jenama ini yang menampilkan vokal Aisha Retno, dengan mesej keyakinan dan ekspresi diri yang menjadi DNA Bayu Somerset.

Koleksi #somerSYOKraya26 ditawarkan dalam saiz XXS hingga 5XL dengan harga bermula RM99, dan boleh didapati di semua outlet Bayu Somerset termasuk Central i-City.

Website

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *