Chery Malaysia memperkukuh strategi eksport automotif ASEAN dengan penghantaran kenderaan ke pasaran serantau, mengangkat Malaysia sebagai hab pengeluaran
CHERY MALAYSIA
Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd (Chery) terus mengorak langkah sebagai pemain automotif serantau apabila memperluaskan eksport kenderaan ke pasaran ASEAN, sekali gus menandakan satu mercu jaya penting dalam strategi jangka panjang syarikat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran dan eksport automotif bagi rantau ini.
PENINGKATAN PERMINTAAN
Langkah ini mencerminkan komitmen Chery dalam membina pertumbuhan mampan di Asia Tenggara, selari dengan peningkatan permintaan terhadap kenderaan moden dan teknologi baharu di rantau ASEAN.

PASARAN EKSPORT TONGGAK UTAMA
Semasa majlis penghantaran kumpulan pertama kenderaan untuk pasaran serantau, pasaran eksport merupakan tonggak utama dalam pelan pertumbuhan jangka panjang syarikat. Chery komited untuk meneruskan momentum pengembangan bagi memperkukuh kehadiran jenama di pasaran ASEAN.
-kongsi Naib Presiden Eksekutif Chery Corporate Malaysia, Men Lin Bo
Manakala tstrategi pengembangan ini dibina secara berperingkat, bermula dengan pasaran ASEAN yang mempunyai potensi tinggi. Pendekatan ini membolehkan syarikat menilai prestasi pasaran, tahap penerimaan pelanggan serta membina asas kukuh sebelum meluaskan capaian ke pasaran serantau lain.
-kata Naib Presiden Eksekutif Cheng Nam Weng.

PENGHANTARAN 124 UNIT KENDERAAN
Penghantaran terbaharu ke Brunei melibatkan 124 unit kenderaan, merangkumi model JAECOO J7 PHEV dan JAECOO J7 ICE, yang kesemuanya dihasilkan di kilang Chery di Shah Alam dengan spesifikasi setara model pasaran tempatan.
Selepas kejayaan mengeksport kenderaan ke beberapa pasaran utama ASEAN termasuk Vietnam, Indonesia dan Thailand, Chery Corporate Malaysia kini menyusun langkah seterusnya untuk mengembangkan jejak automotifnya di rantau ini. Pendekatan berasaskan prestasi, maklum balas pengguna dan trend pasaran menjadi panduan utama bagi strategi pengembangan syarikat pada masa hadapan