Penang Autoshow dan Johor Autoshow bakal dianjurkan pada Tahun 2026, memperluas capaian kepada lebih ramai rakyat Malaysia.
PENANG AUTOSHOW DAN JOHOR AUTOSHOW
Penganjuran Penang Autoshow 2026 dan Johor Autoshow 2026 diumumkan hari ini, sebagai langkah untuk memperluas rangkaian Malaysia Autoshow dalam usaha membawa teknologi automotif terkini kepada lebih banyak wilayah di seluruh Malaysia.

EDISI PERINGKAT NEGERI
Penang Autoshow 2026 dijadualkan berlangsung pada Mei 2026, diikuti oleh Johor Autoshow 2026 pada Ogos 2026. Edisi di peringkat negeri ini akan menghimpunkan pengeluar kenderaan, penyedia teknologi dan penyelesaian mobiliti secara langsung kepada komuniti tempatan .
Membolehkan rakyat Malaysia di zon utara dan selatan mengalami teknologi automotif terkini, mobiliti elektrik dan inovasi lestari secara dekat.
LOKASI PERTAMA UNTUK 2026
Pulau Pinang dan Johor dipilih sebagai lokasi pertama bagi perluasan ini kerana kepentingan strategiknya dalam landskap automotif negara, terutamanya dengan peningkatan penggunaan kenderaan tenaga baharu di kedua-dua negeri ini. Acara ini direka bagi mengulangi pengalaman yang dilihat di MAEPS, dengan skala penglibatan dan inovasi yang sama untuk pengunjung serantau.
PULAU PINANG
Pulau Pinang yang lama dikenali sebagai pusat pembuatan dan teknologi termaju, terus menjadi pemacu inovasi dan kini berkembang pesat sebagai hab mobiliti lestari dan penggunaan kenderaan elektrik.
JOHOR
Dikenali sebagai hab industri dan logistik utama ke pasaran ASEAN, menawarkan peluang besar bagi kerjasama rentas sempadan, pertumbuhan industri dan pembangunan automotif.
“Pada tahun 2026, Malaysia Autoshow akan memberi laluan kepada Persatuan Automotif Malaysia (MAA) apabila mereka menganjurkan Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS 2026). Namun begitu, misi kami tetap tidak berubah. Usaha untuk membawa inovasi automotif terkini lebih dekat kepada rakyat Malaysia tidak akan terhenti pada satu lokasi atau satu bandar sahaja,”
-kata En. Azrul Reza Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif MARii.

LANJUTAN KEPADA MISI
“Dalam masa yang sama, Penang Autoshow dan Johor Autoshow 2026 adalah lanjutan kepada misi bagi memastikan rakyat di setiap wilayah mendapat akses kepada teknologi kenderaan generasi baharu, mobiliti elektrik dan inovasi lestari. Dengan pendekatan ini, kita bukan sahaja memperluas capaian, tetapi juga memperkukuh pembangunan ekosistem automotif nasional secara lebih inklusif selaras dengan Dasar Automotif Nasional 2020.”
-sambung En. Azrul Reza Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif MARii.
Pengumuman ini dibuat semasa Majlis Pelancaran (Soft Launch) Penang Autoshow & Johor Autoshow di Global Automotive & Technology Expo (GATE) 2025, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
TAMPIL JENAMA AUTOMOTIF TERKENAL
Edisi peringkat negeri ini akan menampilkan jenama automotif terkemuka yang akan mempamerkan model dan teknologi terkini mereka, menonjolkan kemajuan dalam mobiliti elektrik, sistem keselamatan pintar dan inovasi reka bentuk yang mencerminkan minat rakyat Malaysia yang semakin meningkat terhadap kenderaan generasi baharu.

AKTIVTI MENARIK
Antara aktiviti menarik yang akan dianjurkan termasuk laluan pandu uji khas, perhimpunan kelab kereta, dan pertunjukan fesyen automotif yang meraikan budaya serta gaya hidup yang berkait rapat dengan industri automotif. Aktiviti tambahan dan pameran interaktif akan diumumkan dari semasa ke semasa menjelang penganjuran kedua-dua acara ini.
MALAYSIA AUTOSHOW 2025
Mencatat rekod baharu ASEAN sebagai edisi terbesar dan paling berjaya setakat ini, menarik hampir 300,000 pengunjung dan menjana potensi jualan sebanyak RM1.72 bilion. Acara tersebut menampilkan lebih daripada 200 pempamer dan 500 model kenderaan, termasuk barisan kuat kenderaan elektrik dan hibrid — mencerminkan kekuatan serta kesediaan Malaysia dalam ekosistem mobiliti.