Posted in

KOZAE KEMBALI DENGAN PENGUBAT RINDU, BEST!

KOZAE

Kozae (One Nation Emcees) Kembali Dengan PENGUBAT RINDU; Lagu Berentak Rap Balada.

KOZAE

Selepas projek kolaborasi realiti bersama Azharina pada tahun 2024, kini artis hip-hop tanah air Kozae (One Nation Emcees) kembali dengan Pengubat Rindu. Lagu berentak Rap Balada yang menceritakan mengenai persahabatan & fasa untuk ‘move on’ dalam kehidupan.

Kalau didengar secara sepintas lalu, ramai yang menganggap lagu ini adalah hasil karya Artificial Intelligence kerana alunan merdu suara penyanyi yang seakan-akan suara allahyarham Sudirman. Namun sebenarnya, PENGUBAT RINDU adalah projek istimewa Kozae bersama penyanyi misteri ’NXR’ yang merupakan sahabat Kozae sendiri.

KOZAE

PENGUBAT RINDU

Idea lagu PENGUBAT RINDU tercetus apabila Kozae ‘bertemu’ kembali dengan NXR di laman sosial setelah lama terputus hubungan. Sejurus selepas menghubungi NXR, idea dan ilham untuk menghasilkan pengubat rindu muncul secara tiba-tiba.

KOZAE

INSPIRASI ASAL

Apa yang menariknya, inspirasi asal PENGUBAT RINDU sebenarnya adalah untuk menceritakan pengalaman Kozae sendiri sebagai anak seni sewaktu menganggotai One Nation Emcees. Namun selepas mendalami bait-bait lirik lagu ini, ianya secara tidak sengaja menceritakan ‘pesanan’ daripada sahabat baik Kozae; allahyarham Jojoe ketika beliau mula berhijrah meninggalkan hal-hal duniawi dan fokus kepada ibadah.

“Kalau ingat aku, bolehlah jadikan ini sebagai pengubat rindumu..” adalah antara kata-kata allahyarham kepada Kozae seminggu sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.

Komposer ‘Pengubat Rindu’ adalah Kozae sendiri bersama Dan.el, manakala lirik adalah hasil kerjasama antara Kozae, Trigga, & Dan.el.

Kozae - Pengubat Rindu (Official Music Video)

Bermula 15 Ogos 2025, “Pengubat Rindu” boleh didengari di semua platform penstriman utama seperti Spotify, Joox, Apple Music dan YouTube Music.

For any collaboration or invitation on Entertainment, Food, Travel or Event /Product Launching & Review, do email to kitepunye2018@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *