Sambut Merdeka, Hotel Premiera Sajikan Warisan Melalui Rasa dalam Acara Hi-Tea Khas Bersama Chef Selebriti Dr. Liza Zainol
MERDEKA WARISAN HI-TEA
Menjelang sambutan kemerdekaan untuk tahun ke-68, pasti menyambutnya dengan penuh megah dan bergaya. Menikmati hidangan bersama rakan-rakan mahupun ahli keluarga juga yang tersayang antara cara terbaik untuk meluangkan masa bersama.

Bermula dari 28 Ogos 2025 dan akan berlangsung setiap hujung minggu hingga 16 September 2025 sempena Hari Malaysia
TEMA HI-TEA
Tema kali ini ialah ‘Merdeka Mengangkat Warisan Melalui Rasa & Budaya’. Tema ini dipilih untuk menekankan kepentingan memelihara dan menghargai kekayaan budaya dan kulinari Malaysia. Setiap hidangan yang disediakan meraikan identiti dan warisan bansa yang diwarisi turun-temurun.

KOLABORASI CHEF
Dua chef yang terkemuka dalam dunia kulinari bergabung idea dan tenaga dalam kolaborasi unik untuk Merdeka Warisan Hi-Tea. Mereka adalah Chef Eksekutif Hotel Premiera, Chef Dzulkarnain dan juga Chef Selebriti Dr. Liza Zainol


HIDANGAN HI-TEA
Pelbagai aneka hidangan disediakan untuk tetamu yang hadir. Ada hidangan yang diinspirasikan daripada reseipi warisan dan ada juga masakan tradisional.
Antara menu yang bakal disajikan seperti Nasi Lemuni Sambal Ikan Talang Masin, Nasi Ulam Kampung & Sayur Keladi, Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol, Nasi Ambeng Ungkap Ayam.



Kuih tradisional antaranya Ubi Telempung & Bubur Cha Cha Nangka, Kuih Sagu, Puteri Salju, Kuih Cara Bengkang Bebawang.

LIVE STALL
Semestinya ada untuk menyemarakkan lagi menu minum petang seperti Cucur Jagung, Goreng Pisang, Keledek & Keladi Goreng dan banyak lagi. Demonstrasi masakan juga ada buat tetamu yang ingin menyaksikan bagaimana menu di masak.

HARGA MERDEKA WARISAN HI-TEA
Untuk early bird dimana pembelian dibuat sebelum 20 Ogos cuma RM88 per pax. Bagi yang walk in boleh juga RM108 per pax. Tempat terhad jadi jangan lupa untuk buat tempahan sebelum datang yea. Raikan dengan penuh gaya, rasa dan budaya dengan memakai pakaian bertemakan Merdeka!
Website Premiera | Contact : 03 26151000
