Bulan Ramadan 2025 kali ini menyaksikan Inteam Records menerbitkan pelbagai karya baru bagi memenuhi permintaan peminat muzik berunsurkan Islamik
INTEAM RECORDS
Label muzik nasyid terkemuka ini memperkenalkan artis-artis baru dismpaing memperkukuhkan kandungan digital. Selain itu juga merancang pelbagai program dan projek menarik untuk tahun ini.

YUSUF KASSIM
Tahun 2025, Inteam Records memperkenakan Yusuf Kassim, artis baru yang tampil dengan single debut bertajuk Permata Yang Dicari 2.0.
Lagu ini mendapat tontonan 10,000 dalamm masa sehari selepas pelancaran. Mendapat sentuhan susunan muzik moden dan menerima maklum balas positif terhadap evolusi muzik nasyid.
HAZAMIN
Buat yang tidak tahu, Hazamin antara salah seorang ahli Inteam telah mengeluarkan single solo bertajuk Di SisiMu. Untuk lagi ini mempunyai mesej yang mendalam bersesuaian dengan suasana bulan Ramada dalam susunan muzik yang unik.

ALBUM YANG DITERBITKAN 2025
Selain Hazamin, antara album lain yang diterbitkan adalah Zikir Munajat oleh Hazimin Inteam, Surah Pilihan oleh Ustaz Dr. hazli Isail dan Surah Pilihan oleh Ustza Husaini Mahmur.
YOUTUBE INTEAM DIGITAL
Alhamdulilah, kini saluran Yotube Inteam Digital sudah mencapai 1 juta dan salah satu penyumbang utama adalah dari video ‘SHORTS’. Video yang dimaksudkan ialah bacaan surah bertaranum oleh Ustaz Husaini Mahmur.
USTAZ HUSAINI MAHMUR
Ustaz Husaini menjuarai Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa di WTC tahun lalu dan mendapat perhatian bukan saja disini tetapi juga di peringkat antarabangsa.
Rentetan daripada kejayaan ini, Inteam melancarkan album Tilawah Al-Quran oleh Ustaz Husaini Mahmur di semua platfor digital dengan setiap bacaan surah secara mingguan di Youtube.
IMAN DARWISY
Mini album bertajuk Assalamualaikum oleh penyanyi cilik iaitu Iman Darwisy mendapat sambutan yang menggalakkan. Sebelum ini, Iman dikenali apabila menyanyikan lagu Aina Abdul di salah sebuah konsert di Kuala Lumpur. Rupanya, Iman pernah menjadi Johan Bintang Kecil RTM 2023 pada peringkat Wilayah Persekutuan.

Kini tampil dengan empat buah lagu termasuk tiga ciptaan Jef Hazimin Jaafar dan satu lagi lagu rakaman semula – Selamat Tinggal Ibuku.
MOHRAM KINI KEMBALI
Selepas 14 tahun dikenali – MOHRAM [duo pemuzik antarabangsa Mohar dan Ramli Rebana] kini kembali dengan album Dhuha.
INTEAM KIDS
Untuk memupuk minat kanak-kanak kepada kandungan Islamik, Inteam Records turut melancarkan Inteam Kids bersama Iman & Sara dalam versi animasi. Projek ini merangkumi sembilan buah lagu dengan video muzik pertama bertajuk ‘Adab Tidur’.
“Kami berharap peminat terus menyokong perjalanan kami dan menikmati kandungan bermanfaat di Youtube Inteam Digital. Misi kami adalah memastikan muzik nasyid dan kandungan Islamik terus berkembang dan senantiasa relevan.”
– kongsi Abdul Rahim Inteam
KONSERT INTEAM 25 TAHUN
Nantikan pengumuman khas dimana Inteam bakal mengadakan konsert Inteam 25 tahun pada bulan September di Zepp Kuala Lumpur
