KONSERT INTEAM 25 TAHUN, APA YANG BEST?

Pastinya ramai mengenali dengan kumpulan nasyid Inteam. Tahun ini memasuki tahun ke 25 dan bakal mengadakan konsert Inteam 25 Tahun!

KONSERT INTEAM 25 TAHUN

Konsert yang bakal diadakan ini menjadi salah satu pencapaian besar bagi kumpulan nasyid ini. Mana taknya telah berada didalam industri selama lebih dua dekad. Buat masa ini lokasi yang dipilih adalah Zepp Kuala Lumpur dan mungkin di hujung bulan September

KONSERT INTEAM 20 TAHUN

Ingat lagi pada kali terakhir konsert dibuat? Diadakan pada tahun 2020 menerusi Konsert Inteam 20 Tahun Di Hati yang berlangsung di Warisan Hall Studio, Sijangkang.

Mendapat sambutan hangat daripada peminat waktu ini. Mana taknya, pada masa ini wabak Covid melanda jadi konsert diadakan secara atas talian. Diadakan dalam suasana norma baru.

AHLI INTEAM

Inteam terdiri daripada empat ahli utama iaitu Hazamin Harun, Syahril Khalid, Abdul Rahim dan Hisyam Ahmad. Sejak penubuhannya, kumpulan ini telah menghasilkan pelbagai karya yang mendapat tempat di hati peminat. Terutamanya di hati peminat yang meminati muzik nasyid!

TANDA PENGHARGAAN

Konsert ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang setia menyokong mereka sejak sekian lama. Mereka berhasrat untuk memberikan pengalaman yang lebih segar dengan pelbagai pembaharuan dalam persembahan.

“Kami bercadang ingin menjadikan konsert ini lebih istimewa buat peminat termasuk kami juga.

STRING QUARTET?

Untuk menjadikan kelainan kali ini, Inteam merancang untuk memperkenalkan penggunaan string quartet bagi memberikan sentuhan muzik yang lebih segar.

Medley lagu-lagu popular dan juga yang jarang dinyanyikan bakal dipersembahkan. Antaranya seperti Ratu Syahadah dan beberapa karya lain yang menjadi kegemaran peminat di luar negara.

KOLABORASI DENGAN ARTIS

Inteam mencadangkan kolaborasi dengan artis yang sedang meningkat naik mahupun yang selari dengan arus perdana seperti penyanyi rock atau hip hop. Percaya pendekat sebegini dapat meluaskan daya tarikan konsert nasyid buat semua golongan.

ARTIS JEMPUTAN

Pasti akan ada artis jemputan untuk konsert ini. Antara nama yang bakal terlibat adalah Khai Bahar. Penyanyi yang pernah bergandingan sebelum ini dalam konsert ualang tahun ke-20

“Harapan adalah untuk terus memenuhi impian peminat yang ingin mendengar lagu klasik dan juga ‘rare’ yang jarang dipersembahkan secara langsung'”

Nantikan pengumuman selanjutnya melalui sosial media rasmi Inteam

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge