SAJIAN KAMPUNG KAT SEA-NIE DENGAN THE MANHATTAN FISH MARKET , BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Menu diinspirasi oleh rasa tempatan buat pelanggan pada musim yang menggembirakan ini.

Ramadan dan Syawal semakin hampir dan The Manhattan FISH MARKET ingin menjadikan perayaan kali ini yang tidak boleh dilupakan.

SAJIAN KAMPUNG KAT SEA-NIE

Bermula dari Mac, The Manhattan FISH MARKET melancarkan kempen Kampung Kat Sea-Nie. Menawarkan pelbagai pilihan enak diinspirasikan oleh rasa tempatan untuk meraikan perayaan akan datang ini.

THE MANHATTAN FISH MARKET

The Manhattan FISH MARKET menyambut tradisi ini dengan memperkenalkan beraneka juadah makanan laut baharu.

Boleh nikmatinya sama ada di restoran untuk pengalaman yang istimewa, bungkus untuk dibawa pulang.

Dinikmati di keselesaan rumah sendiri, ataupun membuat pesanan penghantaran makanan supaya ia sampai terus ke rumah.

Menu ini sesuai untuk pesanan individu, keluarga besar, dan semua saiz pesanan diantaranya.

MENU SESUAI UNTUK KELUARGA

“Kami ingin menjadikan tempoh ini bermakna dan juga memudahkan para pelanggan kami menyambut Ramadan dan Syawal.

Walaupun ini adalah waktu yang menggembirakan, ia juga boleh memberi tekanan apabila anda perlu menyediakan sajian sejurus sampai ke rumah atau perlu menyiapkan hidangan dengan cepat untuk keluarga yang datang menziarahi.

Berharap pelanggan kami dapat meluangkan masa bersama keluarga dan sahabat handai tanpa perlu merisaukan tentang persiapan makanan.

Cuba pilihan makanan laut terbaharu yang kami tawarkan dan minuman yang enak daripada juadah Kampung Kat Sea-Nie di The Manhattan FISH MARKET”

-kata Daniel Chan Lek Seong, Ketua Pegawai Eksekutif Revenue Valley Sdn Bhd.

MENU LOKAL KAMPUNG KAT SEA-NIE

Hidangan Asam Sambal Manhattan Fish ‘N Chips Alaskan Pollock (RM36.00).

Ikan disalut tepung nipis dan digoreng hingga keemasan membuatkan setiap gigitan rangup di luar dan lembut di dalam.

Dihidangkan dengan sos Asam Sambal yang dimasak bersama pes asam jawa, sos yang pedas dan masam. Sesuai dijadikan sos untuk mencicah. Sajian ini sesuai untuk penggemar sambal yang suka akan rasa pedas. Ia juga dihidangkan bersama kerepek.

Baked Sambal Belado Cherry Snapper (RM35)

Dibalut dan dipanggang di dalam aluminium foil untuk memastikan aroma dan perisanya kekal supaya pelanggan dapat menikmati keenakan dalam setiap suapan.

Ia disajikan dengan nasi herba bawang putih dan brokoli untuk melengkapkan sajian. Ikan Cherry Snapper dilumurkan dengan sos Sambal Belado pedas dan hangat.

Ianya dibuat oleh The Manhattan FISH MARKET sendiri dengan menggunakan campuran cili merah pedas yang ditumis, bawang merah, bawang putih, dan rempah-ratus.

Baked Whole Siakap (RM65).

Sesuai dikongsi bersama sehingga 3 orang. Sosnya yang diinspirasikan oleh Korea mempunyai gabungan rasa pedas dan menyelerakan.

Fillet ikan disapukan dengan sos merah yang enak dan dibakar hingga empuk dan lembut.

Meneruskan dengan tema makanan Korea, cendawan enoki dan kubis dibakar bersama untuk mendapatkan rasa makanan Korea yang lebih asli.

Pilihan ini sempurna untuk pelanggan yang ingin mencuba gabungan makanan tempatan dan Korea.

LYCHEE MINT (RM12.00) DAN KATIRA (RM12.00)

Minuman sejuk dengan aroma pudina, limau nipis, dan sirap laici yang memberikan sedikit rasa manis. Minuman ini sesuai untuk berbuka puasa di bulan Ramadan kerana ia menyegarkan dan tidak begitu berkarbonat.

Untuk rasa yang lebih lokal, pelanggan boleh mencuba Katira (RM12.00), minuman berperisa pandan yang diperkaya dengan sirap pandan The Manhattan FISH MARKET bersama biji selasih dan susu sejat.

Minuman ini mempunyai penampilan yang khas dan memberikan rasa susu selepas setiap hirupan.

SET MENU KOMBO PUN ADA

Set menu kombo juga tersedia untuk kumpulan pelanggan yang lebih besar. Platter Berdua untuk 2 orang, Makan Bersama Platter untuk 4 orang dan Makan Beramai Platter untuk 6 orang.

Menu Kampung Kat Sea-Nie boleh didapati di semua cawangan The Manhattan FISH MARKET bermula 6 Mac sehingga 21 Mei 2023.

Website| Instagram | Facebook

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge