XORRA Mandian Badan Terbaru Memilih Cik Manggis Sebagai Duta
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
XORRA Mandian Badan Terbaru Memilih Cik Manggis Sebagai Duta| Xorra adalah produk terbaru di pasaran Malaysia dimana ianya adalah mandian badan yang pasti memberikan keyakinan selepas menggunakannya. Bukan setakat satu bauan tetapi ada 3 bauan haruman wangi yang pasti memikat hati.
XORRA Mandian Badan
X0rra nama yang diberi sebenarnya ada maksud ya! Dari perkataan Arab bermaksud Zahrah dimana dalam bahasa pasar blossom ataupun kembang. Umum tahu bagaimana kecantikan bunga di waktu pagi apabila ianya kembang. Dari situlah diantara inspirasi terlahir produk berjenama ini.
Dirumuskan daripada tumbuhan dan alam semulajadi. Jangan risau bebas daripada SLE, SLEs dan Paraben. Ramuannya juga telah dipertingkatkan dengan ‘Active Silver Technology’, Antara bahan ramuan yang terdapat didalam produk ini adalah Agania Spinosa Kernel (Argan) Oil (Sakura Spring), Oleo Europaea (Olive) Oil (Morning Breeze) dan juga Rosa California Flower (Rose) Extract (Rose Petals).
Setiap haruman pasti berbeza dan memberi kekuatan kepada pemakainya. Dapat juga merangsangkan mood yang senantiasa baik dan tenang sepanjang hari. Yang penting dapat bertahan lebih dari 6 jam. Kini mempunyai 3 bauan haruman iaitu
Rose Petals
Morning Breeze
Sakura Spring
Cik Manggis Dilantik Sabagai Duta
Cik Manggis cukup dikenali sebagai salah satu ahli kumpulan De Fam yang ceria dan lincah. Bagi saya sendiri Cik Manggis antara penari wanita di Malaysia yang sangat hebat. Memiliki tubuh yang kecil olek, siapa sangka tuan punya badan ini sudah berumahtangga. Di majlis pelancaran produk serta pengenalan duta, Cik Manggis telah hadir bersama suaminya yang tercinta.
Menurut Cik Manggis apabila dipilih menjadi duta kepada produk XORRA bagaikan mimpi menjadi kenyataan buat beliau sendiri. Satu penghargaan dan pencapaian buatnya setelah lama bergelar anak seni. Tambah Cik Manggis lagi, pada pertama kali beliau melihat dan mencuba produk XORRA, beliau sudahpun jatuh cinta dengan harumannya. Terlalu istimewa! Kesesuaian dan minat beliau terhadap produk antara faktor bagaimana bermulanya Cik Manggis bersetuju untuk menjadi duta bagi jenama ini.
Cik Manggis juga meluahkan rasa terima kasih yang amat sangat buat pelakon/penerbit Asyraf Muslim kerana sudi merekomenkan nama beliau kepada pihak XORRA.
XORRA Membuka Peluang Perniagaan Kepada Masyarakat
“Mulanya saya pun tidak terlintas untuk keluarkan produk kecantikan sendiri memandangkan syarikat sejak 2009 menjadi pengedar ubat-ubatan ke seluruh negara. Namun dek kerana ingin membantu mereka mencari pendapatan sampingan dan utama, timbul idea untuk saya keluarkan produk di dalam bidang kecantikan.
Maka lahirlah sabun mandian XORRA Body Wash kerana dari segi pasaran, saya melihat industri kecantikan sangat berkembang dan memudahkan mereka yang mahu berniaga untuk memasarkannya. Bagaimanapun syarikat kami bukan buat sesuka hati semata-mata pasaran yang besar dan sebagai syarikat yang berpengalaman dalam industri farmaseutikal, kami gabungkan kecantikan dan sains itu dalam XORRA Body Wash : The Science of Care.”
-kata Puan Zohrah Razak Pengarah Urusan Farmasia Sdn Bhd.
Apa yang menarik produk ini boleh didapati daripada agen XORRA itu sendiri. Menurut Puan Zohrah, ini adalah salah satu strategi syarikat yang mana melalui agen bukan sahaja mudah untuk diperkenalkan secara lebih dekat kepada masyarakat Malaysia bahkan dapat membuka peluang perniagaan kepada mereka yang berminat untuk mendapat wang sampingan mahupun tetap.
Kini Boleh Dapatkan XORRA di Pasaran
Setiap botol XORRA Body Wash : The Science of Care ini mengandungi 300ml yang dijual di pasaran 3 botol pada harga RM148. Terdapat juga dalam bentuk pek travel yang mana untuk 3 haruman adalah RM48 sahaja. Untuk informasi lanjut layari
To provide the best experiences, we use technologies like cookies to store and/or access device information. Consenting to these technologies will allow us to process data such as browsing behavior or unique IDs on this site. Not consenting or withdrawing consent, may adversely affect certain features and functions.
Functional
Always active
The technical storage or access is strictly necessary for the legitimate purpose of enabling the use of a specific service explicitly requested by the subscriber or user, or for the sole purpose of carrying out the transmission of a communication over an electronic communications network.
Preferences
The technical storage or access is necessary for the legitimate purpose of storing preferences that are not requested by the subscriber or user.
Statistics
The technical storage or access that is used exclusively for statistical purposes.The technical storage or access that is used exclusively for anonymous statistical purposes. Without a subpoena, voluntary compliance on the part of your Internet Service Provider, or additional records from a third party, information stored or retrieved for this purpose alone cannot usually be used to identify you.
Marketing
The technical storage or access is required to create user profiles to send advertising, or to track the user on a website or across several websites for similar marketing purposes.