Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Fitlicious Makanan Pokebowl Untuk Gaya Hidup Sihat|Siapa yang tidak suka menjadi cantik dan lawa? Amalkan makanan gaya sihat pastinya hidup anda shihat selalu. Tapi ada yang kata makanan sihat biasanya tidak berselera untuk makan. Itu kata mereka tapi bukan di Fitlicious.
Fitlicious adalah kombinasi antara perkataan”FIT” dan “DELICIOUS”. Di sini dihidangkan Poke Bowl makanan yang berkhasiat untuk gaya hidup sihat ya. Pada yang bertanya kenapa Poke Bowl ? Poke diambil dari perkataan Hawaii yang sebenarnya disebut ‘poh kay’. Bowl pula adalah hidangan lengkap di masukkan didalamnya. Sekarang cuma ada 2 cawangan sahaja , di SS15 dan Uptown Damansara
1 Poke Bowl sepatutnya mempunyai 1 hidangan karbo (pilihan seperti nasi, ubi kentang dan sebagainya), 1 protein (ikan, ayam dan sebagainya) dan 4 jenis gabungan sayuran dan buahan. Untuk menaikkan selera pilih gabungan yang berwarna -warni agar menjadikan ianya kelihatan cantik dan berselera



