myNEWS Buat Promosi Bento & Onigiri RM 1 Sahaja, Betul Ke?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

myNEWS Buat Promosi Bento & Onigiri RM 1 Sahaja, Betul Ke?| Siapa penggemar makanan Jepun ? Makanan yang sihat dan Ready to Eat (RTE)? Zaman sekarang nie kan semuanya nak serba cepat dan juga nak murah. Murah dan sedap !!

Ini KP nak kongsikan offer menarik dimana myNEWS kedai serbaneka yang menjual pelbagai jenis barangan dan banyak cawangan mereka sedang membuat promosi Bento & Onigiri berharga RM 1 sahaja. Ye kengkawan RM 1 sahaja untuk setiap item ini tetapi pada hari yang ditetapkan sahaja ye. Andai kata anda pergi selalu kehabisan stok , nak fresh dan segar pergi malam pun ok sebab ada yang baru refill dan juga ada outlet yang dibuka 24 jam

Bento Tuesday

Buat anda yang tidak pernah kenal dengan bento ianya adalah hidangan lengkap dimana ada nasi, lauk dan sayur dalam satu bekas ‘tupperware’. Bento dimasak setiap hari untuk mendapatkan kualiti makanan buat para pelanggan.

Antaranya adalah :

  • Jumbo Chicken Cutlet Bento
  • Mapo Tauhu Bento
  • Spaghetti Spicy Belado
  • Curry Laksa
  • Salmon Salsa Bento

Seperti KP memilih Jumbo Chicken Cutlet Bento. Nasi segar dan siap ada sayuran seperti coleslaw ditepi. Kepingan isi ayam pula besar dan sedap

Onigiri Thursday
Yang ini adalah diantara makanan kegemaran KP. Mana taknya senang, mudah, comel. Ambil mana yang berkenan dan bayar. Ini juga diantara makanan Jepun yang ada ya. Ianya di berbentuk segitiga. Pasti bertanya kalau ada inti kat mana diletakkan intinya itu. Inilah kelainan dimana inti diletakkan didalam tengah , dibalut dengan rumpai laut.

Antaranya adalah

  • Onigiri Smoked Salmon Cream Cheese
  • Onigiri Garlic Teriyaki Chicken Mayo
  • Onigiri Tuna Mayo
  • Onigiri Tobiko Kani Mayo
  • Onigiri Teriyaki Salmon
Kedua-dua makanan jepun ini sangat sedap dan berkhasiat. Dan pilihan KP kali ini pastinya salmon teriyaki. Sedap juga sebab dibentuk sebegini dan isi didalam . buka plastik mengikut langkah dan boleh makan
Maru Bakes
Selain dari makanan dan barangan keperluan yang boleh dibeli ada juga produk bakes seperti roti-roti dimana ianya dibuat cara Jepun . Antaranya adalah
  • Hokkaido Chocolate Roll
  • Hanjuku Cheese Cake
  • Hanjuku Chocolate Cake

Applikasi myNews

Nak dapatkan dengan harga promosi kenalah melalui applikasi myNews ye . Kalau tiada kenalah download dan ikut syarat-syarat ini

  • Eksklusif untuk ahli aplikasi myNEWS.
  • Sementara stok masih ada. (siapa cepat dia dapat)
  • Terhad : – Minimum 1 bento – Minimum 1 onigiri, Minimum 2 Maru Bakes
  • Promosi ini hanya sah di outlet MyNews tertentu, sahaja.

Bukan setakat untuk harga promosi RM 1 nie ye tetapi ada juga kelebihannya. Seperti applikasi yang lain apabila membeli dapat mata ganjaran dan buat ahli pula bolehlah membeli tanpa tunai. Bayar melalui applikasi ajer. Zaman moden dan canggih sekarang ya. Tak bawa duit bayar pakai apps.

Nak download senang saja melalui App Store untuk iPhone dan Google Play untuk Androids.

 



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge