Skip to content

Recent Posts

  • RASYID IKATAN TERLARANG JADI HERO PENONTON | ALIF HADI KONGSI PLOT TWIST
  • AMWAY MALAYSIA CELEBRATES 50 YEARS OF EMPOWERING HEALTH, WELLNES & ENTREPRENEURSHIP!
  • OMODA | JAECOO MALAYSIA, TEMPAHAN JAECOO J5 EV KINI RASMI DIBUKA!
  • WORLD’S FIRST CERTIFIED STINGLESS BEE HONEY LAUNCH!
  • HIJJAZ KEMBALI MENGUBAT RINDU PEMINAT, TERBAIK!

Most Used Categories

  • EVENT (1,070)
  • MUSIC (620)
  • FOOD (504)
  • PRODUCT (458)
  • MOVIE/TEATER (343)
  • GADJET (329)
  • TERKINI (434)
  • ENTERTAINMENT (338)
  • BUSINESS (176)
  • TRAVEL (126)
Skip to content

LIFESTYLE | EVENT| TRAVEL | FOOD | ENTERTAIMENT | REVIEW

Subscribe
  • TERKINI
    • NEWS
    • EVENT
  • BUSINESS
    • PROSPEKTUS
  • AUTOMOBILE
    • MOTOKAR
    • MOTORBIKE
  • ENTERTAINMENT
    • KONSERT
    • MUSIC
    • DRAMA TV
    • MOVIE/TEATER
    • PROGRAM TV
    • TELEFILEM
  • GADJET
    • SAMSUNG
    • HUAWEI
  • LIFESTYLE
    • FOOD
    • FESYEN
    • BEAUTY
    • PRODUCT
    • TIPS
    • MASAK MASAK
    • TRAVEL
  • SUKAN
  • Home
  • EVENT
  • CJ WOW SHOP Raikan Ulang Tahun Kedua Dengan Ganjaran Yang Hebat

CJ WOW SHOP Raikan Ulang Tahun Kedua Dengan Ganjaran Yang Hebat

Nannie IsaApril 4, 2018April 4, 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

CJ WOW SHOP Raikan Ulang Tahun Kedua dengan Ganjaran yang Hebat | CJ WOW SHOP, destinasi membeli belah pintar sehenti Malaysia, hari ini mengumumkan pelancaran sambutan meraikan ‘2 Tahun, Lebih WOW!’. Sempena pencapaian ini, rakyat Malaysia berpeluang menyertai karnival membeli belah dari rumah yang terbesar menampilkan beberapa siri promosi selama satu bulan menerusi saluran CJ WOW SHOP termasuk TV, dalam talian dan aplikasi mudah alih mulai 1 April 2018.

Sejak dilancarkan pada 2016, CJ WOW SHOP telah menambah penawaran produk daripada 27 kepada lebih 450 pada hari ini. Antaranya termasuklah produk isi rumah, barangan elektrik, gajet-gajet, produk kecantikan, fesyen dan banyak lagi. Saluran membeli belah ini bakal mencapai pertumbuhan yang lebih kukuh selepas berjaya mencatat lebih 650,000 orang pelanggan dan mengutip jualan melebihi RM130 juta pada tahun 2017.

En. Kim Yang Hyun, Ketua Pegawai Eksekutif CJ WOW SHOP berkata,

“Pencapaian yang hebat ini memberi semangat kepada kami untuk lebih fokus dalam memenuhi keperluan lebih ramai rakyat Malaysia. Hari ini CJ WOW SHOP telah berkembang menjadi sebuah destinasi membeli belah pintar sehenti dan kejayaan ini tidak mungkin tercapai tanpa pelanggan kami. Di samping meraikan kejayaan ini, sambutan ulang tahun ini juga merupakan penghargaan kami buat pelanggan dengan memenuhi keperluan mereka. Ini termasuklah menyediakan produk yang lebih hebat, penjimatan dan ganjaran yang lebih tinggi bagi memeriahkan lagi hidup mereka.”

 Ganjaran Eksklusif Beg WOW oleh Duta Ulang Tahun Yana Samsudin untuk Pelanggan

CJ WOW SHOP juga telah melantik selebriti terkenal dan pemenang pelbagai anugerah, Yana Samsudin, sebagai duta ‘2 Tahun, Lebih WOW!’. Pemilihan ini dibuat berdasarkan sambutan hangat yang diterima selepas beliau menjadi pengacara undangan selebriti rancangan istimewa saluran ini, ‘The WOW Show’. Yana mempunyai rekod prestasi yang terbukti antaranya kejayaan beliau mencapai jualan melebihi 200 unit Athira Pendant oleh Habib Jewel dalam masa 22 minit.

Kerjasama ini merangkumi juga “Beg WOW”, beg mesra alam edisi terhad yang direka dan dibawa khas oleh Yana Samsudin. Sepanjang bulan April, hadiah eksklusif ini akan diberikan secara percuma kepada para peminat Yana dan para pembeli yang membuat sebarang pembelian di CJ WOW SHOP.

Pelantikan ini juga selaras dengan konsep CJ WOW SHOP untuk membawa pengalaman ‘shoppertainment’ yang unik dan menarik. Yana Samsudin akan berganding bahu dengan hos tetap rancangan CJ WOW SHOP seperti Zaim Helmi dan Lily Liyana bagi menghiburkan penonton.

 Komitmen untuk Berkembang Bersama Pelanggan dan Rakan Niaga

Pencapaian tahun 2017 telah meningkatkan lagi keyakinan CJ WOW SHOP untuk terus berkembang bersama pelanggan dan rakan niaga, terutamanya syarikat-syarikat tempatan yang menyediakan produk hebat. Pada masa ini, 70% daripada produk yang dijual melalui saluran ini terdiri daripada jenama tempatan termasuklah Mugen, Riino, Elba, Habib Jewel, Ariani dan Winds, penjual gajet, peralatan serta produk isu rumah.

En. Kim berkata,

“Kerjasama rapat dengan syarikat kecil dan sederhana tempatan sentiasa menjadi keutamaan kerana CJ WOW SHOP merupakan platform pemasaran menyeluruh untuk membantu perniagaan ini mencapai potensi pasaran meluas yang sebenar. Dalam bulan-bulan yang akan datang, kami juga akan meningkatkan khidmat pelanggan serta pengalaman membeli belah secara keseluruhan bagi menyokong strategi pertumbuhan kami.”

CJ WOW SHOP adalah usaha sama antara Media Prima Berhad dengan CJO Shopping Co Ltd (CJO) dari Korea Selatan, yang pengendali rangkaian belibelah di rumah melalui TV No 1 di Asia. Dilancarkan dengan meriah pada bulan April 2016, kerjasama strategik CJ WOW SHOP dengan jenama tempatan seperti Proton dan Simplysiti telah menyaksikan syarikat menerima pengiktirafan serantau dari The Spark Awards 2017 untuk Penyelesaian Risikan Pemasaran dan Jualan Terbaik (Emas) dan  Marketing PR Awards 2017 Asia Tenggara untuk Kempen PR Terus kepada Pelanggan Terbaik (Gangsa).



Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
CJ WOW SHOP, Ulang Tahun Kedua

Post navigation

Previous: Rasa Coca-Cola Stevia Di Pameran ‘Cabaran Rasa’ Coca-Cola
Next: Nasib Si Labu Labi- Labu & Labi Bertinju 127 Pusingan Hanya di TV2

Related Posts

Pembelian tiket boleh dibuat melalui Ticket2U For You Nourul.

FOR YOU NOURUL DI ZEPP KL JANJI KEJUTAN, LAGU IKONIK BERI NAFAS BARU

May 13, 2026May 13, 2026 Nannie Isa

INTERNATIONAL HEALTHCARE WEEK 2025, APA YANG BEST!

June 2, 2025September 5, 2025 Nannie Isa
PTTI CIPTA DUA REKOD MALAYSIA BOOK OF RECORDS

PTTI CIPTA DUA REKOD MALAYSIA BOOK OF RECORDS UNTUK SPM 2024

June 2, 2025September 5, 2025 Nannie Isa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CONTACT ME

For any collaboration or invitations can contact at kitepunye2018@gmail.com

YOUTUBE KITEPUNYE

Subscribe

ⒸNannie Isa | KITEPUNYE DOT COM [003016049-T] |

Copyright All Rights Reserved | Theme: BlockWP by Candid Themes.
Manage Consent
To provide the best experiences, we use technologies like cookies to store and/or access device information. Consenting to these technologies will allow us to process data such as browsing behavior or unique IDs on this site. Not consenting or withdrawing consent, may adversely affect certain features and functions.
Functional Always active
The technical storage or access is strictly necessary for the legitimate purpose of enabling the use of a specific service explicitly requested by the subscriber or user, or for the sole purpose of carrying out the transmission of a communication over an electronic communications network.
Preferences
The technical storage or access is necessary for the legitimate purpose of storing preferences that are not requested by the subscriber or user.
Statistics
The technical storage or access that is used exclusively for statistical purposes. The technical storage or access that is used exclusively for anonymous statistical purposes. Without a subpoena, voluntary compliance on the part of your Internet Service Provider, or additional records from a third party, information stored or retrieved for this purpose alone cannot usually be used to identify you.
Marketing
The technical storage or access is required to create user profiles to send advertising, or to track the user on a website or across several websites for similar marketing purposes.
  • Manage options
  • Manage services
  • Manage {vendor_count} vendors
  • Read more about these purposes
View preferences
  • {title}
  • {title}
  • {title}